CITARASA RINDUAN

Monday, January 31, 2011

Banjir di kota tinggi, mohon sahabat semua doakan supaya keadaan kembali pulih..amin

Selamat malam para sahabat…

Sepetang di citarasa rinduan, dengan cuaca yang amat kurang selesa, ditambah hujan tanpa henti…mungkin rezeki kami, pelanggan pun semakin bertambah….

***************************
Orang pelbagai ragam, ada yang mendiamkan diri tanda bimbang dengan hal yang dihadapi..dengan situasi air yang semakin naik, memikirkan bencana yang bakal berlaku..

Ada yang ingin segerakan bungkusan makanan mereka, risau kenderaan terkandas….maka, pekerja citarasa rinduan, terpaksa tahan sabar…kerana situasi darurat ini memang menguji tahap keimanan kami….masak secepat yang boleh. dahulukan pelanggan yang ingin meredah banjir….

Ada juga yang tersenyum girang, tanda gembira tak perlu bekerja selama beberapa hari….bila putus jalan, maka…boleh senang-senang bercuti tanpa gaji…

Malah, ada pelanggan siap beri cadangan suruh ambil kesempatan dengan berniaga pau dan nasi bungkus dikawasan yang dinaiki air…macam-macam……


*******************
Aku?

Saat ini hanya bedoa agar banjir dikota tinggi, jambatan sayong-bandar tenggara surut cepat, kesiannkan perniaga, pengguna di sana…bertungkus lumus memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi

Kota tinggi kawasan landai….bekas paya,,apabila hujan tiada henti, dan system peparitan bermasalah..maka…..terkuburkah Bandar kota tinggi dalam beberapa hari, atau mungkin seminggu atau bakal berlaku gelombang banjir kali ke 2..…..wallahualam……


PS: mari kita doakan agar kejadian banjir pada tahun 2006 tidak dialami lagi………amin

Kredit to pegawai polis dan polis bantuan, sentiasa memberi maklumat keadaan sekitar dan peka terhadap kawasan yang dinaiki air……

Kredit to sahabat FB yang berkongsi gambar sekitar kejadian banjir di kota tinggi pada 31 january 2011







u

9 ulasan:

Nieza said...

wah teruk juga yer banjir disana ayu....semoga semua mangsa banjir di Johor selamat..amin.

Citarasa Rinduan said...

kota tinggi kawasan rendah..banyak sungai..tu yang air sng naik...
thanks atas doa mieza..

cik pulau said...

moga keadaan bertambah baik....
kak Ayu jangan risau...
moga segalanya dieprmudahkan.. amin..

Citarasa Rinduan said...

cik pulau..
semoga semuanya kembali pulih..
hujan dh henti dari jam 7 malam..semoga cerah utk esok hari

amin..

Yatie said...

Salam Ayu,
Akak dah berangan2 nak cuti pnjng balik kmpng CNY ni...umah mak akak kat Felda Papan Timor...lalu jln kota gak...harap2 semuanya ok...

alinac lover said...

alahai..risaunya T__T

Citarasa Rinduan said...

salam kak yatie--
isyallah..tak apa2..sbb hujan dh henti..tak mcm 3 hari lepas...non stop tiada henti hujannya

ooo..mak mertua org kota f papan timur..kalau lalu ikut jb-mersing tak masuk kota kak....
semoga selamat



yong--
sangat risau, kini alhamdullilah..tenang hati kak ayu

siti murni said...

alhamdulillah..ujan dah berhenti..petanda baik tu. mudah2an akan banjir cepat surut n semuanya kembali ok...:)

AYU said...

jambatan balik mersing bole lalu ke ayu?