CITARASA RINDUAN

Saturday, January 29, 2011

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Entry post
Oleh KEMALIA OTHMAN
 
Nora Danish
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.
Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.
“Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.
“Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.
Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.
“Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.
“Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.
Gambar bercuti di Jepun bersama Jejai dan keluarga mereka. foto Ohbulan.com
‘Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.
“Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya.
Kredit to mstar online

8 ulasan:

IMANSHAH said...

public figure..tak habis2 dengan kontreversi..baik jadi macam Citarasa Rinduan.bahagia je

zeqzeq said...

hhee bila pulak kisah Ayu keluar dalam paper hhuhuu

azieazah said...

Selamat berhari minggu AYU...

kita jaga famili kita sudah lah kan...:)

alinac lover said...

suka nya

nk p jepun jugakkk hehhee

Anna Suzana said...

happy family tak nampak kepincangan rumahtangga mereka walaupun dah berpisah .. semoga mereka bersatu kembali .. amin

eelobor said...

semoga keluarga aku selamat hingga ke ahirnya....

Ati Masrif said...

hai..kan best mereka dapat
di satu kan semula..demi anak..bahagianya!

azzey said...

sker dgn nora danish n jejai ni. even dh bercerai masih berkawan baik lagi