CITARASA RINDUAN

Wednesday, January 12, 2011

Kisah AJL25 lagi,


Corat-Coret AJL 25: Yang Menarik, Yang Kontroversi...

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2011: Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25) yang dianjurkan oleh TV3 sudah pun berlangsung dengan jayanya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Ahad yang lalu. Namun, sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya, ia tetap akan mengundang kontroversi serta pelbagai kisah menarik khususnya yang berkaitan dengan keputusan pemenangnya terutama sekali juara AJL 25.

Tahun ini, kemenangan telah berpihak kepada lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan nyanyian Ana Raffali. Keputusan itu bukan saja telah mencetuskan kontroversi yang cukup hebat tetapi segelintir pihak dengan lantangnya turut menolak kemenangan anak didik kepada komposer Aidit Alfian itu.

Bukan lagu Ana Raffali tidak cukup bagus tetapi jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang turut dipertandingkan di dalam anugerah ini, ianya dilihat masih tidak cukup layak untuk diangkat sebagai juara AJL 25. Atas sebab itu, kredibiliti M Nasir sebagai ketua juri turut dipertikaikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku di majlis anugerah ini, ikuti corat-coret AJL 25 seperti yang dihimpunkan oleh murai.com.my.

1. Tiket untuk menyaksikan AJL 25 mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat. Habis semua tiket diedarkan kepada mereka, akibatnya suasana di dalam stadium jadi padat dan penuh. Sampaikan tak cukup tempat duduk dan ada yang peminat yang tidak dibenarkan masuk.

2. Terlalu banyak elemen drama ditampilkan dalam persembahan AJL 25. Menjadikan segelintir penonton di stadium dan di rumah berasa rimas. Lagipun AKJL 25 adalah pertandingan lagu bukannya drama.

3. Disebabkan terlalu banyak elemen drama, ada suara nakal yang melabelkan AJL 25 sebagai program realiti Pilih Kasih di RTM.

4. Ramai yang mengutuk serta mengkritik lontaran vokal si pembaca puisi dalam persembahan Shahir kerana bunyinya sangat teruk. Namun, akhirnya penonton yang berasa terkejut kerana si pembaca puisi itu adalah Nasha Aziz. OMG!

5. Lontaran vokal yang lemah daripada Nasha Aziz menerusi bacaan puisinya itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti yang sibuk bertwitter pada malam itu. Antaranya ialah Erma Fatima yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

6. Aktres Nasha Aziz bukan saja membuat kejutan menerusi lontaran vokalnya yang lemah tetapi juga tamparan yang betul-betul diberikannya kepada Shahir di penghujung lagu Kebahagian Dalam Perpisahan. Ouch!! Pasti masih terasa kesan sakitnyakan Shahir?

7. Walaupun dibantu oleh aktres dan model, Nasha Aziz dengan menyuntik elemen drama, namun persembahan Shahir adalah yang paling membosankan pada malam tu.

8. Penampilan pertama Hafiz dengan stail ala Herman Tino apabila meletakkan selendang di lehernya telah menjadi bahan lawak di kalangan penonton.

9. Begitupun, ramai yang terkejut apabila melihat letupan pada Hafiz selepas dia menyanyikan setengah lagu daripada Noktah Cinta. Dan Hafiz kemudian tiba-tiba rebah seperti orang yang sudah mati. Rupanya ia hanyalah sekadar gimik dan gimik itu pula cukup menjadi! Well done, Hafiz...

10. Sama seperti Faizal Tahir pada AJL yang sebelumnya, Hafiz juga tampil dengan baju yang kedua selepas hidup semula daripada letupan tersebut. Namun, baju yang dipakainya macam baju ala-ala pengantin.

11. Faizal Tahir pula membawa ramai wajah-wajah pelakon popular seperti Datuk Aziz Sattar, Nor Khiriah, Fatimah Abu Bakar dan anaknya sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam. Nampak sweet but penonton dah tak sanggup tengok persembahan yang mempunyai elemen drama lagi. Its too much.

12. Pun begitu elemen drama yang ditampilkan Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut pula tekah memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap khalayak penonton. Apa tidaknya, aksinya menyanyi di atas pentas yang tinggi dan kemudian menjatuhkan dirinya ke bawah membuat ramai terkejut. Where is Faizal?

13. Panik! Yes, penonton panik seketika. Tak lama kemudian, silhouette (bayangan) Faizal Tahir menari di dalam air dengan berkaca mata hitam kelihatan di bawah pentas tersebut. Wow, sangat stailo. Sangat international. Ramai yang terpegun! Itulah kemuncak yang paling hebat dalam AJL 25.

14. Ana Rafali juga mahu mencipta kejutan dengan elemen dramanya. Namun, ramai yang mengumpamakan persembahannya seperti sarkis. Kesian Ana....

15. Tidak cukup dengan itu, Ana Rafalli juga menjadi mangsa kemarahan ramai penonton apabila lagunya Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara AJL 25. Bukan lagu itu tidak bagus tetapi ia dianggap tidak layak menang sebagai juara.

16. Penonton di stadium terus pulang berduyun-duyun sebaik saja lagu lagu ciptaan Ana Raffali ini diumumkan sebagai pemenang.

17. Disebabkan tidak puas hati dengan kemenangan lagu Ana Raffali tersebut, sebahagian peminat seni telah mewujudkan page: Kami Tidak beretuju Dengan Kemenangan Ana Raffali

18. Penyokong Ana Raffali bagaimanapun tidak berdiam diri, mereka wujudkan pula page: Kami Menentang Page Kami Tidak Bersetuju Dengan Kemenangan Ana na Raffali. Tidak lama kemudian wujud pula page: Kami Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25

19. Bukan hanya setakat peminat seni, rata-rata wartawan hiburan juga nampaknya tidak bersetuju dengan pemilihan lagu tersebut sebagai juara AJL Tidak ramailah mengapa Ketua Juri, M Nasir telah diasak dengan pelbagai soalan. Namun, alasannya yang diberikannya sungguh tidak konkrit.

20. Selaku seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang muzik serta digelar sifu muzik, peminat seni juga tidak mengerti mengapa M Nasir mampu membuat pemilihan yang sebegitu. Hinggakan sampai pada satu tahap, ada yang melabelnya sebagai seorang yang pekak muzik.

21. Ramai yang bosan dengan lawak yang dilakukan oleh tiga pengacara gandingan AJL 25 pada malam itu iaitu ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Lawak mereka bukan saja tidak dapat difahami tetapi juga dianggap lapuk.

22. Biduanita negara, Dato Sharifah Aini berjaya kembalikan nostagila menerusi lagu-lagu hitsnya. Dia yang sudah pulang selepas menunaikan haji di Mekah kelihatan cukup manis berjilbab merah yang sedondon dengan warna bajunya.

23. Kemunculan Ziana Zain pada malam itu cukup menarik dan penuh dengan karisma. Malah, dia sempat menuding jari telunjuknya ke arah salah seorang peminat setinay yang juga digelar Ziana Zain kedua.

24. Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza menjadi artis undangan terakhir yang menutup tirai persembahan AJL 25. Ramai yang cakao Siti pukul habis semua persembahan pada malam itu.

25. Kemunculan Siti yang hanya berselendang di bahagian belakang rambutnya juga turut menjadi bualan.

26. Buat pertama kalinya Siti telah memakai baju rekaan Wanpa di majlis anugerah AJL 25. Baju yang menggunakan material kain lycra itu disiapkan hanya dalam tempoh 2 hari. Sebelum ini, Siti sering menggunakan khidmat Rizman Khuzaimi.

27. Disebabkan terlalu banyak elemen drama yang diselitkan dalam beberapa persembahan finalis, ada yang meramalkan Black akan membawa Datin Sofea Jane di atas pentas sewaktu dia membawakan lagu solonya yang judulnya menggunakan nama aktres berkaliber tersebut. Mujurlah dia tidak melakukannya...

28. Sebanyak 10 klip video Tiru Gaya Artis yang memenangi persembahan AJL telah diadakan. Alif & The Gang telah diumumkan sebagai pemenang apabila meniru gaya dan aksi Misha Omar dengan begitu baik sewaktu membawakan lagu Pulangkan. Lepas ini, susahlah Misha Omar nak carik makan.

29. Terlalu banyak military jaket digunakan oleh finalis lelaki di dalam persembahan AJL 25. Boringggg....

30. Salah seorang finalis lelaki yang mengenakan militari jaket ini adalah Tomok. Namun, Tomok yang tampil dengan imej dan penampilan ala-ala artis K-Pop telah membuktikan yang dia seorang yang versatile dan hebat apabila menari.

Kredit to murai.com

PS: suka layan corat coret AJL25 dari kutuk mengutuk tentang kemenangan Ana raffali…..

9 ulasan:

sahromnasrudin said...

asslamualaikum...memang juri lebih ariff..kiter kne la terima kan

wahida said...

salam ayu, dah sihat ke?
corat coret ni best lak...apapun, saya suka je lagu ana rafali tu menang...

azieazah said...

Ya Allahhh... (instead of OMG)...

panjangnya senarai corat coret. Tak sangka sampai begitu sekali depa pot yerrr..?

Kak Azie dah siang baru tahu yg lempang Shahir tu adalah Nasha Aziz. Haram tak kenal sbb tak tengok sangat, lebih suka hayati lagu jer.

Dgn gempaknya isu ini, TERNYATA JELAS masyarakat kita masih menghargai muzik dan melihat muzik masih menjadi industri yang ingin maju...

man yusoef said...

btol tu..saya pon rasa time nasha aziz bersajak tu sanggat menganggu persembahan shahir

azzey said...

CITARASA RINDUAN: Saya x tgk sgt pun AJL .Dah nak abis tu je tgk kejap...

munna said...

tak kisahpun siapa yg menang... lagi best layan 3 diva tu nyanyi

eelobor said...

sepatutnya terima jer keputusan tersebut. dan rasanya sifu M.Nasir tidak perlu di pertikaikan lagi kredibilitinya. Begitu juga melonjaknya Akademi Fantasia adalah ketika musim ke-3 yang mana M.Nasir adalah pengetua.

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

sonok baca n3 nih

hehehe

✿(^^,)✿

Citarasa Rinduan said...

sahromnassrudin--
wsalam, setuju, usah dipertikaikan

wahida--
salam, alhamdullilah..semakin sembuh..thanks atas doamu....blogworking time...
PS: ana raffali sinonim dgn bj kurung....hidup ana......

kak AA
ayu copy paste dari murai.com...
bab nasha tu...ayu dgn blogger eelobor dok buat ulasan..lepas tu ayu dok kutuk sapalah yang dok sajak..tak kena langsung dgn lagu shahir tu..tak sangka nasha rupanya....hahahhaha
setuju kata2 kak AA...masyarakat kita mengangkat hiburan sebagai satu eleman yang kuat u kemajuan negara tercinta

azzey--
ayu tengok, tapi ada lah terbabas sikit..maklumlah..ayu tak kenal penyanyi sangat..nasib blogger eelobor bantu ayu...kalau tak tak nyata/jelas faktar ayu ttg ajl25

munna--
masyarakat kita kian perhatin..tu yang vouge gile ajl25.....bab diva tak boleh disangkalkan.... mereka power kan....

eelobor--
terang lagi bersuluh...m. nasir juri yang berkualiti...tak usah dipertikaikan....yang pasti...juri pilih bukan glemor tapi mutu lirik, penghayatan...
moga ana raffali ambil iktibar dan menambahkan mutu lagu2 seterusnya....all the best ana..

yanie--
terima kasih...amboi2..bakal pengantin kita nie...hehehe