Selamat tengahari…
Hari nie, citarasa rinduan dipenuhi pelanggan..maklumlah, esok dah naik sekolah, ibubapa sibuk uruskan persekolah anak yang berasrama….
Pagi nie, pekerja citarasa rinduan…berkongsi cerita..maklumlah 2 hari bercuti…asyik ceritakan pengalaman masing-masing..
Aku tertarik dengan cerita bibikku dari cilacap, jawa timur….semalam beliau belanjer di econsave…temankan kakaknya yang buka kedai makan di seberang jalan…
Katanya….semasa urusan pembayaran dilakukan…ada 5, 6 pelanggan merunggut tentang beg plastic yang perlu dibayar..
Yang buat ku gelak, bibik dengan
PICTURE:kredit to mr google
- Mungkin aku tergelak gara-gara kerana beberapa sen…masa, kepenatan yang telah dikeluarkan semasa memilih barangan disia-siakan begitu sahaja..
- Dan mungkin aku tak tahu…beberapa sen yang dikeluarkan menyebabkan budget mereka lari
- Atau mungkin, mereka kurang sedar….alam sekitar kita diparas membimbangkan..hingga pelbagai cara/kaedah dilakukan untuk menyedarkan pengguna,,
***************************************************
Pembeli-belah Perlu Bayar 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik, Setiap Sabtu
PETALING JAYA: Orang ramai di seluruh negara perlu membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik apabila mereka membeli-belah di pasar raya besar, pasar raya dan kiosk stesen minyak Petronas pada setiap Sabtu.
Langkah mengenakan bayaran tersebut yang telah pun dilaksanakan di Selangor dan diperkenalkan untuk mengurangkan lapan bilion beg plastik digunakan setiap tahun di negara ini, mengejutkan ramai pembeli-belah.
Lain-lain perkembangan:
> Jumlah bayaran yang dikenakan itu akan disalurkan ke dana khas untuk memberikan faedah kepada persekitaran dan komuniti;
> Pembeli-belah di Pulau
> Pengusaha industri plastik di Pulau Pinang yang tidak menyenangi langkah tersebut nekad untuk mengagihkan 30,000 beg plastik secara percuma kepada orang ramai.
Kredit to mStar online
PS: sebagai langkah berjaga-jaga..tiap kali korang nak shopping dipasaraya..tolong bawa beg kertas/beg guni yang pernah korang beli/ada…….sekurangnya tak membazir….kan?
9 ulasan:
mas kan ayu dah 2 tahun lebih amalkan bw beg sendiri...kesian kan bumi bila terlampau byk benda2 mcm plastik ni...dan untuk kebaikkan anak cucu cicit kita juga nnti...
skrg ni dah terlampau byk pencemaran....
salam ayu...
klu kat jusco lg ler lansung x disediakan beg plastik setiap hari sabtu....kecuali kli kita belanja lbh dr RM100 jj akan bagi beg percuma...
so..akak mmg dh ada byk beg2 shopping (bukan plastik)ni....
Nanti akak bawak bakul rotan aje ler g shopping.
kan bagus utk alam sekitar?
kita suka je..
dah kena semalam di Giant ayu..mula2 terkejut gak, depa tak bagi..tapi cepat realize
ayu,
kalau kita bawa beg sendiri.. beg kain ke.. beg yg kita jahit sendiri... boleh tak?
takut guard pasaraya tu tak bg masuk pulak..
bagus sebenarnya camtu kak ayu
betapa now, alam sekitar kita makin parah dgn plastik2 nie..
selalu jusco buat hari sabtu adalah hari tanpa plastik
ala..if dah penuh 2 troley pun..
apa salahnya terus bayar..tak masuk kat plastik, masukkan jer dlm troley....then, pindah masuk kereta...takde masalah sebenarnya..cuma mentaliti orang kita nie kan....
secara peribadi, ada wajarnya beg plastik di kenakan caj. bukan hanya pada hari sabtu jer tapi pada setiap hari. di samping boleh mendidik orang ramai berjimat cermat agar tidak membazir pada benda yang tidak perlu.
kepada pengusaha plastik, aku tak berani nak komen wooo, itu dah pekerjaan mereka
Walaupun baru Sabtu semalam pelancaran rasmi, sebenarnya Sabtu Tanpa Plastik Beg, sudah bermula lama dah esp. Tesco.
Sejak itu Kak Azie memang bawa beg khas Tesco yang beli awal-awal dulu. Dan bila dah kena kerja Sabtu, Kak Azie memang sentiasa spare beg khas dlm beg pegi kerja, sbb kadang2 kuar ofis jer pegi beli barang.
Yang pasti, kita rakyat harus menyokong usaha menjaga alam sekitar. Jika tidak kita, siapa lagi? Takkan ler ayam itik plak...?
Post a Comment