CITARASA RINDUAN

Monday, January 3, 2011

Kalau dah namanya rezeki… Jangan pula tolak…ambil-ambil……

Malam nie, sempat pula nak buka beg sekolah hasil pemberian pendaftaran umai pagi tadi, dalamnya??


Selain beg sekolah percuma, ada baju seragam percuma, baju sukan percuma, siap ada air mineral dan roti dari jenama H5..

Rezeki kan, dafarkan anak kat tabika KEMAS???…

Ramai yang anggap hantar anak ke sekolah KEMAS pembelajaran mereka tak setaraf sekolah lain, tapi…buat aku yang bekedai….aku memang memilih KEMAS untuk persekolahan umai…

Selain gurunya yang rajin mengajar pelajar dengan pelbagai bentuk alatan pembelajaran….mereka ambil berat rutin kesukaan anak-anak kita..samada makan, minat dan sebagainya

Bayaran yuran. Murah jer…hanya RM 10.00, untuk makan sebulan RM 15.00

Dari umai yang pemalu, tak pandai bergaul…dah pandai tonjolkan bakatnya, ayat-ayat yang keluar dari mulutnya yang tak pelat tu….selalu soalkan pekara yang aku tak sangka….

contoh… “Ibu, jangan berselerakan bilik..nanti tidur tak selesa”….atau

“Ibu, buatkan Umai susu…di sekolah teacher tak bagi minum, Umai nak minum puas-puas di rumah…”


PS: syukur…banyak perubahan kepada positif yang ku lihat dari anakku ini….siapa kataa TABIKA KEMAS kurang bagus??? Aku pun sekolah disana 25 tahun yang lepas….jadi orang gak…..kan?kan?

18 ulasan:

nurhafizahzaidi said...

betul tu,,,sy sokong,,sy dulu pun mantan KEMAS,,^_^

Citarasa Rinduan said...

fiza--
i like Tabika Kemas....

sissyira said...

salam, selamat malam

tak kira di mana anak kita bersekolah, yang penting bila beliau balik, beliau reti hormat ibu bapanya :D

iqbalhakimi said...

hehe...budak2 mesti suka kan dah dapat kwan baru..so bagus lah utk perkembangan diorg kak..

Citarasa Rinduan said...

SALAM..
hai syira...dah baik dari batuk

setuju apa yang adik katakan..hanya agak terkilan dgn cara sahabat yang kata..tadika KEMAS tak bagus...tak elok...tak itu..tak ini..

Citarasa Rinduan said...

iqbal--
setuju..
bertambah kawan, dapat barang baru...
mesti mereka lebih teruja nak ke sekolah
mcm kita awal2 sekolah juga,,heheheh

alinac lover said...

yong pon sama..dari tabika kemas juga

hehhe

Citarasa Rinduan said...

yong..kita anak peneroka...hehehehhe

eelobor said...

aku pun nak hantar muaz ke tabika kemas gak nanti

azzey said...

CITARASA RINDUAN; KEMAS pon dah advance...:)

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Cam dah murah pulak Tabika kemas sekarang. Dulu masak anak akak sekolah tahun 1995 Rm40 yuran di sebulan. Terpulang pada individu, akak pun bersekolah tabika kemas gak.

kella said...

haah.. kemas.. kemas juga jdnya.. :)

kella said...

haah.. kemas.. kemas juga jdnya.. :)

azian said...

kak...ade jugak ek org yg mendiskriminasi (betul ka?) kemas ni???pada sy ok jek...sy pun belajar kat tabika kemas gak...

Siti Indrawati said...

Salam Ayu..betul tu,anak pertama kita tbk kemas tahun lepas,tahun ni anak ke2 pulk..betul cikgu2nya kreatif dan memahami keperluan anak-anak didik mereka..saya dulu pun tbk kemas,2 tahun lg..yg penting anak2 nak belajar..

sahromnasrudin said...

biasa la tue..asal namanye kerajaan semuanya tak bagus..pejabat kerajaan lembap...tabika kerajaan slow....kalau swasta semuanya bagus..mentaliti yg harus diubah....

EiJa ZaQuaN said...

btol tu..sekolah tabika kemas pun sekolah jugak..eija pun rasa ini sume mentaliti sesetengah org yg anggap sekolah krjn jerk x bagus..rasanya mmg senang lagi + yuran pun murah kalo hntar anak tabika kemas...tp kat area rumah eija tu tabika kemas dh tutup..pening gak kepala lepas ni nak antar zaquan sekolah tabika mane pulak..

azieazah said...

KEMAS biasanya dapat dana/peruntukan dari pihak kerajaan tempatan, kan? (Betulkan saya jika salah).

Sekolah mana pun sebenarnya semua baik dan bagus. Terpulang kita nak hantar mana mengikut kesukaan dan kemampuan masing-masing.

Ada persepsi mengatakan sekolah KEMAS kurang progresif, sekadar andaian dari mulut ke mulut yang tiada bukti kukuh.
Jangan lupa ada kes juga, masalah dalaman para guru juga buatkan guru yang berhenti dari mengajar di KEMAS buat cerita yg buruk tentang KEMAS... so cerita berjalannnnn....