CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 4, 2011

Abby Abadi Panggil Memey Perempuan Gatal

Memey Suhaiza anggap tindakan Abby tidak rasional

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

KREDIT TO MSTAR ONLINE


PS: artis, artis……..aku pula yang rasa ~mengenyam~...........banyak sangat makan keladi rebus petang semalam...


19 ulasan:

Ujang9897 said...

bla la ko pompuan gatal..cis2

azieazah said...

Dalam satu blog pun ada sebut kisah ini.
Apa yang Kak Azie leh komen,

Sapa yang sebenarnya cari pasal ni? Yang kena tinggal pun dah macam meroyan gila talak.
Yang dah bertunang pun, kadang2 tak sedar perlakuan tidak berkenan di mata orang lain. Kena jaga masing-masing lah.

Tak sedar dok bagi malu tu kena kat muka si lelaki juga. Aduhaiii...
Apa lah perasaan anak-anak mereka tu kat sekolah bila ada yang sebut nanti??

Kalu dah artis tuuuuu.....

alinac lover said...

haish

panass..panasss

Citarasa Rinduan said...

ujang--
kak pun agak hairan...nasiblah kak tak dipanggil 'gatal'..sebab kak tak suka makan benda 'miang'...

Syafiq Rosli said...

haish..macam gunung berapi dah ni..tggu nak meletus je..huhu

Miza Yusof said...

kontorversi. panasss!
eh, boleh ke kalau baru berunang duduk/tinggal serumah. haiyaaa -.-" patutlah segelintir artis tak layak dijadikan idola/ikon.

Citarasa Rinduan said...

kakazie--
hujung2 yang terkena sure si lelaki,,,

ayu nie bukan apa..hairan pula tunang leh pepagi duk satu rumah

yang sorang lagi tu,agak tension yang dok up status tulis mcm tu lagu mana?

sama2 suka publisiti murahan...

Citarasa Rinduan said...

yong,
mana yang panas?
pisang goreng atau pisang rebus?

Citarasa Rinduan said...

shafiq--
gunung merapi pun dah habis meletus...

ini tambah satu gunung lagi....heheh

Citarasa Rinduan said...

miza--
soal satu rumah tu..rasanya tuan adan sure ada alasan macam2.....

artis kan???

idola utk artis tak elok rasanya..sesuai kita pilih PM atau mantan negara..

s1t1 2uL41k4 said...

dua-dua pun sengal. macam2 lah artis ni kan kak. tak faham saya.

Citarasa Rinduan said...

siti--
jangan hairan bab artis nie..sama2 suka cr pasal

azieazah said...

Elok juga kita berbaik sangka. Ada pepagi bersama bukan bukti kukuh mengatakan mereka tinggal bersama. Mungkin kebetulan sahaja mereka berjumpa awal pagi utk suatu urusan...

Selagi tiada bukti..

Jika benar, itu antara mereka dengan Tuhan.

wahida said...

samapai bila2 pun x suka ngan memey tu...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..semoga kita tak buruk sangka dan menghina sesama muslim

azian said...

kak ayu...
isk...biar betik...
mamat gatal jugak...tapi gatal kl makan udang, ketam....heheheheheh

Ummi AmnaAmzar said...

kena cekup ckp xde pape..xlama lepas tu tunang...then dah tgal serumah...ape lagi jbtn agama islam..serbuuuuuuu...hehe

sissyira said...

salam

ooo...bley memey ckp mcm tu, duduk serumah tu dia tak tahu ke hukum dia apa.?

sissyira said...

salam

ooo...bley memey ckp mcm tu, duduk serumah tu dia tak tahu ke hukum dia apa.?