Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Satu penghargaan bila Dato Siti Nurhaliza mencuba resepi di blog Citarasa Rinduan

Instagram Dato Siti Nurhaliza pada jam 7.34 (30 Jun 2013)

(Daku copy semula Ayat Dato " Disinilah Ct dapat resepi puding oreo...siapa-siapa nak cuba silalah, thanks You Very Much ruhayurazali. luv it!)

Alhamdullilah, sebenarnya sudah hampir sebulan blog CR tidak bernyawa, kengkangan masa buat daku terpaksa membiarkan blog CR tanpa entry dan resepi baru, Syukur, kuasa Allah malam ini ku terima berita gembira. Buat Dato terima kasih kerana sudi mencuba resepi puding Oreo Bercoklat, klik SINI untuk sahabat- sahabat yang lain ingin  cuba membuat puding oreo ini.

Terima Kasih Allah, terima kasih kepada sahabatku blogger Jaja dan blogger-blogger yang memberi tahu akan berita terbaru ini, Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.. Syukran!!

(thanks Jaja kerana sudi copy semula ke whatapss Ayu)


Saturday, July 7, 2012

Wajah ELLA dimajlis perkahwinannya


Cantik, molek dan segar.. Tahniah buat Norzila Aminuddin, atau nama glemnya Ella, ratu rock Malaysia telah sah menjadi isteri orang pada malam ini 7 July 2012, SELAMAT PENGANTIN BARU buat beliau dan pasangannya Azhar Ghazali, yang berasal dari Muar Johor. suka lihat gambar ini, kredit untuk FB Media Hiburan,.




Cincin tunang dan nikah dari pihak lelaki buat Ella


(wajah Ella semasa disolekkan)

Saturday, May 5, 2012

Gambar Nikah dan Berinai artis Selebriti Awal dan Scha

Pasangan Selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) 30 Tahun dan pasangannya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya (Scha) 29 Tahun


(selamat pengantin baru buat pasangan ini, majlis nikah berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, selepas isyak jam 9.15 Malam)

(Mas kahwin berjumlah RM 2050, manakala wang hantaran di rahsiakan)


Kredit to mStar Online


(gambar berinai besar kredit blog Feelfreetofly)





Thursday, May 3, 2012

Salam Takziah dari CR buat seluruh keluarga BOB KUMAN


Seluruh warga Citarasa Rinduan mengucapkan salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Husni Mohd Rawi atau senang dikenali sebagai BOB KUMAN atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada 3 Mei 2012 jam 4.38 Petang dikediamannya di Kota Damansara.

Allahyarham menghembuskan nafasnya saat akhir disebelah isterinya, jenazah allahyarham akan dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

Presiden seniman iaitu Harun Salim Bachik mengesahkan berita kematian allahyarham...
Al fatihah buat allahyarham Husni Mohd Rawi, moga dipermudahkan urusannya ke sana...

Kredit to Mstar online

PS: aku yang sibuk menguruskan tempahan Nasi ayam. dikejutkan dengan berita kematian allahyarham, sesungguhnya, tiada yang berkuasa melainkan DIA

Thursday, February 23, 2012

Apabila Lisa dan Yusry nikah, Aku sekarang dah lega!


Memandangkan suami aku, sering bergurau dengan anak daraku tentang keinginanya berGFkan seorang wanita  bernama Lisa Surihani… dan apabila dikaca TV ada iklan produk si Lisalah yang jadi dutanya..

Hingga aku sering makan hati…. Umai pula, bila aku merajuk, makin kuat tawannya...

Depa dua beranak nie, suka benor sakat aku tentang kecantikan Lisa, walhal depa tak tau.. yang aku pun suka sangat dengan lisa yang cantik ayu tu…

Alhamdullilah, dah bergelar isteri buat Lisa kepada suami tersayang iaitu Yusry…pada 23 Febuary 2012
Tahniah buat mereka, sekarang ini aku dah tak kisah langsung pun kalau en zalie dan umai nak gurau tentang Lisa dengan aku,tak jeles pun... Lisa dah jadi hak orang....hahahha

Jom layan gambar2 mereka, kredit to mstar online

Yusry menyarungkan cincin nikah ke jari manis isterinya pada majlis membatalkan air sembahyang.


Tersenyum gembira, wajah pengantin dua jiwa, hati yang sama.



Lisa mencium tangan suaminya menandakan mulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri.

PS: Astro Awani menyiarkan secara live perkahwinan mereka.. 

Saturday, February 4, 2012

Rafida Ibrahim Maafkan Mamat Sepah di Apa Kata FBI (Feb 2012)


Akhirnya….
Persengketaan yang berlaku antara Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim, berakhir di pentas APA KATA FBI, yang dihostkan oleh Faizal Ismail..

Mulanya, topic yang hangat tentang laman social Fb, Tweet dll untuk artis undangan seperti shila, Azwan Ali yang sentiasa hot dan tutttt dan Rafidah agak bertenaga dengan si AA yang sentiasa bikin panasss….

Bila, Faizal tanya Fida tentang punca keretakan hubungannya bersama Mamat disebabkan FB, aku mula tertarik….


Sebab Faizal tanya, kalau bersua Mamat, apa yang Fida nak katakan pada Mamat?
Jawapan Fida….. saya dah lama maafkan awak!!! Wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiba2…. Mamat terus naik ke atas pentas Apa kata FBI.. masa inilah air mata Fida mengalir..
Apa-apa pun akhirnya hubungan sengketa mereka yang bertahun lamanya selesai jua.. tahniah

PS: bab tudung Fida tu macam biasa,, aku rasa sangat pelikkk. Apa kata korang?

**mood berblog merundum habisss.. tiba2 naik melonjat dik APA Kata FBI.. hehehehe


Saturday, November 12, 2011

Anugerah Industri Muzik ke 18.. Keputusan Terkini


Agak terlambat aku menonton anugerah Industri Muzik ke 18 diastro RIA,namun untuk sahabatku yang ingin berkongsi.. jom, ku kongsikan siapa yang berhak memiliki Anugerah pada malam ini….

Sebelum tu, paling aku suka, gandingan pengacara hebat Zizan dan AC Mizal.. (mereka memang serasi)

  1. ARTIS BARU TERBAIK – Najwa (Got to Go)
  2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) – Anuar Zain
  3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) - Yuna
  4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU – Lagu Beribu sesalan
  5. LAGU POP ETNIK TERBAIK – Adibah Nor (joget  hati senang )
  6. LAGU NASYID TERBAIK - Nora
  7. LAGU ROCK TERBAIK - API
  8. LAGU POP TERBAIK – Anuar Zain
  9. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK – Najwa (got to Go)
  10. LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA - Rossa
  11. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah lagu jeritan Batinku
  12. ALBUM TERBAIK - Aizat

Bagi lagu pilihan Celcom (yang banyak dimuat turun oleh pelanggan)
Sixth Sense

Bagi Anugerah kembara AIM18
Yuna

Sunday, September 25, 2011

Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri




Memey dan Norman kini sah bergelar suami isteri.
PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.
Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.
Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.






Memey menerima hadiah hantaran daripada Norman. - Foto RAHMAN EMBONG
Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.
Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.
Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.
Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
PS: Kredit to mstar online, semoga berbahagia dan kekal selamanya…..

Monday, August 29, 2011

Blog penyanyi CINTA MUKA BUKU~~Najwa lafif

Sebelum nak bercinta di dapur.. Jom, layan dahulu lagu yang ku sedang minat giles!!


Punyalah pulun nak cari pemilik lagu yang agak comel dan santai ini.. aku google dan dapat sesuatu untuk di kongsi dengan korang…
My Photo
Rupa2nya adik Najwa Latif nie blogger juga tau!! Jom… sama2 terjah ke blog beliau, daku follower ke 11951, korang dah follow blog adik yang masih bersekolah nie ker???


Friday, August 19, 2011

Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran


PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.
Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.
Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.
“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.
“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.
Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.
“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh. KREDIT TO mStar
PS: salam takziah untuk pasangan ini…  Semoga bakal ada penyambut zuriat kalian…. Usia masih muda, bukan penghalang untuk mengecapi kebahagian…

Saturday, August 13, 2011

Yusry dan Lisa Surihani naik pelamin tahun 2012

Ucapan tahniah ku ucapkan khas untuk pasangan Liza dan Yusri.. semoga jodoh mereka berkekalan..
Yusry (kiri) dan Lisa Surihani
Ku kongsi berita gembira di FB ku.. macam2 respon dari kawan2 termasuklah adik lelaki dan sepupu lelakiku.. semuanya turut terkejut dengan berita tersebut.. ada yang minat dengan lisa yang sangat comel turut terkejut dengan berita ini.
Tak apalah, walau usia yusri berbeza jauh dgn lisa asalkan mereka bahagia…

Jom, klik sini untuk berita selanjutnya

Friday, August 12, 2011

Fida & Mamat (Sepah) Mengaku Kawan Rapat

KUALA LUMPUR: Pelakon Fida Ibrahim dan pelawak Mamat (Sepah) mengaku mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.
Fida ketika ditemui di majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akui menyenangi sikap Mamat yang lebih mementingkan keluarga dalam hidupnya.
"Saya dan Mamat berkawan rapat hampir enam bulan lalu. Saya suka berkawan dengannya setelah melihat banyak keistimewaan dalam dirinya.
"Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain.
"Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak," jelas Fida.
Menurutnya, hubungan mereka mula mesra selepas kerap kali bertemu untuk menjayakan promosi filem “Man Sewel Datang KL” pada bulan Mac tahun ini.
"Saya tak nafikan, sejak dari itu kami pernah keluar bersama-sama tetapi ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing.
"Kami juga sering berhubung melalui BlackBerry Messenger (BBM). Saya serius berkawan dengannya cuma tentang jodoh kita belum tahu," ujar Fida.
Sebelum ini, Fida akui pernah berkawan dengan Zizan (Raja Lawak). Ditanya sama ada kriteria lelaki pilihannya adalah seorang yang kelakar, jelas Fida: "Saya suka pelawak kerana seronok berkawan dengan mereka yang kadangkala berbeza karakter di luar berbanding yang kita tengok di televisyen."

PS”, sebenarnya ada baca di FB Cik Meen tentang hubungan mamat dengan Fida.. apa2pun kita doakan yang terbaik untuk mereka. kredit to mstar online

Wednesday, June 15, 2011

SOSEH SOSEH: Memey, Norman nikah September

SELEPAS mengharungi pelbagai kontroversi, akhirnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan disatukan dan majlis pernikahan mereka akan dilakukan pada September nanti di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaruh Selatan 1, Johor.


SS difahamkan, sebelum ini Memey mahupun Norman masih merahsiakan tarikh majlis pernikahan dan persandingan kerana tidak mahu ia terlalu digembar-gemburkan pihak media. 
Bagaimanapun, baru-baru ini pelakon drama bersiri Songkok itu mengumumkan tarikh majlis pernikahan secara eksklusif di rancangan Apa Saja FBI yang disiarkan di TV9 setiap Jumaat. Ketika itu, Memey diundang menjayakan program yang dikendalikan penyampai Hot FM, Faizal Ismail. 

Kebetulan teman SS berada di lokasi rakaman rancangan itu dan turut mendengar pengakuan Memey. Ternyata ia disambut baik sebahagian besar penonton yang hadir menyaksikan rakaman yang berlangsung di Stesen Bas Puduraya, baru-baru ini.


Cerita Memey lagi setakat ini segala persiapan berjalan lancar dan dia mengharapkan apa yang dirancang bakal menjadi kenyataan tanpa ada perkara yang boleh mengganggu perjalanan rancangan mereka untuk hidup bersama.


 Kata Memey lagi, majlis pernikahan dan persandingan pihak perempuan akan diadakan di kampungnya pada pertengahan September yang juga kebetulan dalam sambutan Aidilfitri sementara majlis pihak lelaki akan dilangsungkan pada akhir September. 

Tiada majlis akan dilangsungkan di rumah keluarga Norman di Kuantan, Pahang kerana katanya, keluarga tunangnya kebanyakannya menetap di Kuala Lumpur. Kad jemputan kahwin juga akan mula diedarkan pada akhir Julai nanti. 


SS gembira mendengar perkembangan ini kerana kedua-duanya sudah pun mengambil keputusan tepat untuk berumahtangga walaupun pada waktu sama terpaksa berhadapan dengan pelbagai kontroversi dan kes perbicaraan membabitkan dakwaan khalwat sebelum ini. 

Di kesempatan ini, biarlah SS menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Memey dan Norman. Semoga keputusan untuk berumahtangga akan lebih diberkati dan dikurniakan rezeki lebih.



kredit to metro online

PS: alhamdullilah.. selamat malam semua... esok nak puasa, jom sama-sama berpuasa.. 1.00am-7.00. 16 Jun 2011. ada gerhana bulan penuh... subhanallah,maha suci Allah

Sunday, May 8, 2011

Baju Pengantin Zed Zaidi dan Isterinya



Opss... masih panas lagi tentang majlis perkahwinan ZED zaidi..

Ini gambar  yang ku nantikan. Gambar persandingan Zed zaidi pada malam ini (7 MEI 2011), (majlis di pihak lelaki)
Pakaian pengantin perempuan NATALIA berwarna kelabu. 



(awat lah, adik beradik aku yang duduk depan, macam along dan uda pulak pengantinya... Sah.. aku kena dapatkan gambar yang lebih terbaik... hehehehe)

Hah!!
Ada pun gambar pernikahan mereka pada 30 April 2011..
Jom... layan..



Selamat Pengantin baru..semoga kekal ke anak cucu

Saturday, May 7, 2011

PELAMIN Zed Zaidi

KORANG NAK lihat pelamin ZED ZAIDI dan NATALIA tak??

Jom......
Aku tunjukkan satu gambar khas yang telah ku perolehi dari abang Iparku Halim Abdul Aziz...

Tara!!!!!!!!!




Ringkas, cantik dan moden kan???

Jom, ramai-ramai pakat serbu dewan PERDANA FELDA pada 8.MEI 2011 jom..

Kita makan nasi minyak pelakon popular,, hehehhe

Opss.. kredit to my BIL (HALIM BIN ABDUL AZIZ). Esok, kita lihat pulak baju pengantin raja sehari ya.....SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK MEMPELAI...


Wednesday, April 27, 2011

Kad Undangan Perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia Mustafa kamal

Aku di tag di FB oleh adik perempuan ku... kad undangan perkahwinan pelakon Zed zaidi...kebetulan, zed Zaidi adalah duta O2plus, produk air oksigen berkhasiat...manakala Halim Abdul Aziz tu.. abang iparku....
Kad, sangat sempoi.. nampak macam FB pulak kan??? tarikh majlis perkahwinan pada 7 Mei 2011, betempat di dewan  perdana FELDA... Selamat Pengantin baru kepada mereka berdua...




Yang ingin ku kongsi, adalah rupa sebenar bakal isteri Zed Zaidi. Dan hasil google...... Natalia Mustafa Kamal adalah pemilik gambar dibawah...... kebenaranya?? Wallahualam..( kredit to blogger Ezany)


Tuesday, March 22, 2011

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

Sein dan Nana bersama anak-anak mereka

PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.
Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.
"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.
"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.
"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.
"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.
Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.
"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.
"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.
Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.
"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.
"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.
Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.
Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Kredit to mstar

PS: alhamdullilah, itu yang terbaik utk kehidupan mereka sekeluarga..semoga panjang jodoh mereka..amin

Friday, March 18, 2011

Pemenang Raja Lawak Musim Ke5

Keputusan RAJA LAWAK MUSIM KE 5

Johan              : Man
Naib juara      : R2
Ke tiga             : Balas

Sah…….aku dah jangkakan…pemenang bagi raja lawak musim ke 5 adalah MAN..
Mulanya….aku kurang nak ambil tau tentang pertandingan pada malam nie..
Disebabkan umai tetap nak lihat aku turutkan…berblogwalking sambil nantikan keputusannya,bila kawan2 update blog syer tentang raja lawak...aku terus jangkakan MAN layak menang...dan jangkaanku berjaya...

Tugasan Akhir Raja Lawak 5
Alhamdullilah……….bila MAN yang menang..aku yakin…peminat buat keputusan yang bijak..

Tahniah kepada pemenang

Wednesday, March 2, 2011

Apa jadi??


JAKARTA: Pemuzik Ahmad Dhani (gambar)didakwa melakukan kekerasan dengan merampas dan mencederakan wartawan Global TV, di sini, Selasa.
Kejadian tersebut bermula apabila wartawan Global TV, Yani cuba membuat liputan dan meninjau di kawasan rumah milik Mulan Jameela, namun begitu tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki datang dan cuba merampas video tersebut.
Dhani yang mengetuai kumpulan lelaki tersebut memaksa anak buahnya untuk merampas pita rakaman berkenaan dengan kekerasan.
Dia juga turut merampas kunci kereta wartawan tersebut dan berlaku sedikit pertikaman lidah.
Akhirnya, perkara tersebut dilaporkan di Balai Polis Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.
Bagaimanapun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Kredit to mstar online

PS: tak silap, dia tu bakal pengetuan AF9. jeng-jeng…

Monday, February 28, 2011

Rahsia cinta Sarah & Shuib

Sabtu lalu merupakan hari bersejarah buat Siti Sarah dan Shuib setelah menyulam cinta lebih setahun. 

Mungkin ramai yang terkejut dengan berita ini memandangkan tiada gosip dan kisah cinta antara mereka yang dicanangkan sepertimana pasangan kekasih lain. 

Namun bagi Sarah, tiada apa perlu dihairankan kerana sudah tertulis jodoh antara mereka. Malah atas nasihat kedua-dua belah keluarga, mereka tidak mahu ikatan pertunangan yang termeterai antara mereka pada 16 November, berlanjutan lama. 

Secara jujurnya, Sarah mengakui hatinya bukan mudah untuk ditakluki mana-mana lelaki, apatah lagi peristiwa putus tunang dengan jejaka mat saleh, Mohd Harith Fuad Robinson, tiga tahun dulu, membuatkannya lebih berhati-hati. 

“Pertemuan pertama kami adalah ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Ketika itulah kami mula mengenali antara satu sama lain. 

“Ketelusan, kesungguhan dan kesabaran Shuib untuk mendapatkan saya membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami,” jelas Sarah yang melangsungkan majlis pernikahannya di sebuah banglo, Jeumpa D’Ramo, Bangsar. 

Dalam majlis yang serba sederhana itu, Sarah dan Shuib dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir dengan disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat. 

Berkonsepkan ‘Kemewahan Tiga Dimensi’ atau 3D dari Ari The Weeding, pasangan mempelai ini kelihatan anggun dengan sentuhan busana berwarna ‘salmon peach’ daripada pereka terkenal, Hatta Dolmat. 

Manakala untuk persalinan kedua, pasangan ini kelihatan secocok dengan busana Inggeris berwarna pastel perang muda dalam sentuhan kemewahan baju jemeki dan mutiara. 
Sarah yang menerima mas kahwin RM1000 bersama sebentuk cincin turut menerima lima barangan hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki. 

Akui Sarah terlalu istimewa buatnya, Shuib berkata, bukan mudah untuknya mendapatkan Sarah. 

“Saya pernah berhenti di tepi lebuh raya semata-mata untuk meluahkan perasaan saya terhadap Sarah. Masa tu hanya kami berdua sahaja dan saya nak Sarah tahu yang saya ni bersungguh-sungguh sukakannya. 

“Sarah adalah orang pertama yang buka hati saya untuk serius dalam hubungan dan dia juga membuatkan saya menjadi lelaki lebih baik,” kata Shuib yang sukar untuk menjelaskan betapa istimewanya Sarah di matanya. 

Seperti pasangan lain, Shuib dan Sarah juga tidak menolak kehadiran cahaya mata dan sekiranya diizinkan Tuhan mereka sedia memikul tanggungjawab itu. 

Ketika diajukan tentang destinasi berbulan madu, baik Shuib mahupun Sarah masih belum berkesempatan untuk merancang ke arah itu. Namun jika berkesempatan mereka memilih Ireland sebagai destinasi pertama.

Kredit to sinar harian online