Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, March 22, 2011

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

Sein dan Nana bersama anak-anak mereka

PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.
Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.
"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.
"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.
"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.
"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.
Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.
"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.
"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.
Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.
"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.
"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.
Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.
Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Kredit to mstar

PS: alhamdullilah, itu yang terbaik utk kehidupan mereka sekeluarga..semoga panjang jodoh mereka..amin

13 ulasan:

tun_telani said...

huh...mcm 1st time je tun jd org 1st yg komen kt sini.. tp xtau nk komen ape lak sbb tun biasa x amik tau pasal artis nih.. huhu.. moga berkekalan, jgn cerai2 lg..

Unknown said...

tun--
heheheh..kak ayu buzy..tu yang update blog hari nie agak lambat

azzey said...

Semoga apa yg telah berlaku blh dijadikan iktibar buat pasangan lain juga dan semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka..:)

mama maman aka yana said...

itu la cara terbaik sekali kan... fikirkan masa depan anak2.... kebahagian boleh dicipta...:)

PCL said...

Alhamdulillah...ambil iktibar atas apa yg telah berlaku, ada hikmah disebaliknya...kesyukuran kepadaNYA kerana telah menyatukan mereka kembali.

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..
mmg inila yg patut mereka pilih..lebih2 lagi anak2 yg masih perlukan kasih syg mak dan ayah mereka kan..

Kak Amy said...

alhamdulillah semoga selepas ini tidak berlaku lagi dan tingkatkan kesabaran dalam diri..

Syafiq Rosli said...

semoga mereka berkekalan

Aku Anak Pahang said...

Assalam, elok le tu kalau dah berbaik semula sian kat anak sesekali tengok muka anak2 dan maknya yang ayu manis itu :)
New Entry "Padah Memakai Legging di Public !"

ibuintan said...

alhamdulillah itu yg sebaiknya.. demi anak2

Cik Ecah said...

Alhamdulillah....bersatu kembali...
doakan yg terbaik utk mereka..:)

Ati Masrif said...

anak-anak ni pengikat
kasih sayang ibu bapa

alhamdulillah..

Cik Azz said...

Alhamdulillah...

Suka bila dengar dorang dah berbaik semula.. Mudah2an lepas ni ramai lagi artis yg sedang mengalami krisis rumahtangga tu ambil keputusan yang sama iaitu rujuk kembali..

Salam kenal.. =)