Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum…
Hari nie 10 hb march 2011.. apoinment en zalie dengan doctor medical…..
Namun, hari ini akan diadakan ultra sound untuk buah pinggangnya
Semoga, urusan kami pada hari ini dirahmatinya…ku tinggalkan satu persoalan tentang info ultrasound untuk pemeriksaan buah pinggang dan jawapnnya......
*********************
Kaitan gout, karang
soalan
SAYA berusia 44 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap penyakit gout. Sejak kebelakangan ini, saya kerap mengalami sakit pinggang pada sebelah kanan dan kerap kali kencing berdarah.
Kemusykilan saya, apakah penyakit gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal? Apakah rawatan yang perlu saya jalani dan langkah-langkah yang perlu saya ambil selepas ini?
Kemusykilan saya, apakah penyakit gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal? Apakah rawatan yang perlu saya jalani dan langkah-langkah yang perlu saya ambil selepas ini?
Jawapan
PENYAKIT gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Ini kerana pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout boleh berlaku dalam buah pinggang. Keadaan ini seterusnya membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Namun begitu, ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.
Daripada tanda yang anda alami iaitu sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah, kemungkinan besar anda menghadapi masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.
Antara pemeriksaan yang perlu saudara jalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing saudara. Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.
Saudara juga perlu menjalani ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman.
Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis radiolucent.
Dari segi rawatan pula, ia bergantung kepada saiz dan sama ada berlaku komplikasi atau tidak.
Rata-rata batu karang dari jenis asid urik adalah dari jenis yang lembut dan boleh dihancurkan dengan ubat-ubatan. Jika tidak ada apa-apa penyumbatan pada buah pinggang, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis akan diberi.
Rawatan ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol serta urinary alkalinizer iaitu sejenis ubat yang menjadikan air kencing saudara beralkali. Ini seterusnya akan membantu menghancurkan batu karang.
Selain itu, batu karang asid urik ini juga boleh dipecahkan dengan menggunakan cara extra corporeal shock wave lithotripsy. Teknik pemecahan batu ini boleh dilakukan secara rawatan harian dan tidak memerlukan bius.
Daripada sudut pemakanan pula, elak mengambil minuman berkafein seperti kopi. Saudara juga perlu mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak. Selain itu, daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana.
Hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana. Sayur-sayuran dari bentuk kekacang juga perlu dielak.
INFO: Tip pemakanan pesakit gout

· Minum banyak air kosong.
· Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi.
· Elak memakan makanan mengandungi kadar purine tinggi. Ini boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan. Contoh makanan ialah organ dalaman seperti hati dan paru-paru dan otak.
· Daging merah seperti daging kambing dan lembu perlu dimakan dalam kuantiti sederhana.
· Hasil laut seperti kerang, kepah, ikan bilis, sardin dan salmon juga mengandungi kadar purine tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana.
· Sayur-sayuran dalam bentuk kekacang juga perlu dielak.
****************
Untuk sahabatku yang sering singgah ke blog citarasa rinduan…ribuan terima kasih ku ucapkan…
23 ulasan:
wahhh... kne benti minum nescafe la cam ni..
aduh... :(
CARA2 MELAJUKAN BROADBAND ANDA YANG DAH HABIS LIMIT ATAUPON YANG LEMBAP"
moga en zalie semakin sihat =)
semoga semuanya berjalan lancar dan suami akak semakin sihat juga. :)
kalo kena gout - memang tak leh makan seafood - my abah kena penyakit gout gak...
seafood - kekacang - tak bleh makan dah
hope everything is fine and ok...
take care ye... both of you!
Salam ayu... sakit gout takleh mkn ikan bilis... tu yg org pernah cite la psl org tu pun sakit gout gak.. jaga mkn.. takleh mkn garam sgt... moga2 selamat ye... banyakkan bersabar dan berdoa...
semoga suami ayu cpt sembuh..
tanx for sharing.....
harus dinasihati babahku....huhu
thnks..informasi yg berguna ni...
Assalamu'alaikum Ayu,
En. Zalie ada tanda-tanada itu ke? Kesinnya.... Moga dipermudahkan dan serah pada yg Esa setelah berusaha. Kakak doa untuknya.....
hm, yang masz tau orang sakit gout x leh makan kekacang.. so ada info tambahan leh bagi kat abah nie..
assalammualaikum kanda ayu..
kwn doakan semuanya selamat..
kita tak tahu dkemudian hari..
jd thanx kak fe dis info..
amat berguna...
saye akan cuba sampaikan info ni kpd yg lain..
:)
semoga selamat semuanya..INsyaALLAH..
selalau org kata penyakit gout nie penyakit org kaya kan huhuhuhhh
Salam semoga semuanya di berikan segala kebaikannya dan kemudahannya jua insyaallah.
moga en zalie cepat sembuh ye ayu~
moga suami akak cepat sembuh...
cik pulau mmg suka singgah sini,.. lalala~ ^^,
hai kak ayu..
baru sempat kita singgah ke sini, sambil minum nescafe! errk! tercekik minum nescafe! uhhhh...
harap kak ayu dan suami sihat sejahtera..
terima kasih kak, sebab berada dengan kita sepanjang waktu tegang hari tu.. :)
terima kasih sangat! love u 4 eva.. :)
Nasinb amy x suka minum nescafe...
angah kurang sikit bab nescafe nie..
ayu, kat opis rin ni bos2 yg kena gout, sian gak tgk, jalan terjengkit2...rupanye x leh minum kafein...
welcome akak ayu...
sy tiap2 ari mesti singgah,,, :)
tadi pagi, kawan saya ada bercerita tentang pepatah cina...
Orang cina yang banyak duit (kaya), akan menghabiskan duit mrk untuk mengubati penyakit mereka sahaja...
saya tak tau betul atau tidak...cuma saya ketawa aje..
tapi pada saya, semakin meningkat usia, semakin banyak penyakit yang menanti...
saya doakan hubby ayu sembuh seperti sediakala dgn segera..
Post a Comment