Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, March 14, 2011

Mana hilangnya doremon 11 january 2011

Sepanjang hari di citarasa rinduan…
Pelbagai cerita yang aku dengari dari pihak disana dan disitu..bukan seorang dua..malah pelbagai customer yang singgah menyampaikan keresahan tentang
Bencana alam tsunami yang melanda Jepun jumaat lalu (11 march 2011)

Alhamdullilah, kita hidup di Malaysia…masih jauh di ancam bahaya tersebut…namun, kuasaNya mana boleh mengatasi segalanya???

*************************
Malah, bila aku baca akhbar hari ini, berkesan di hati tentang masyarakat Jepun yang mengalami kesedihan dengan bencana gempa bumi berskala 8.9 magnitud… dengan tajuk besar seperti:-

·        10,000 maut di Miyagi saja

·        Krisis paling buruk: Naoto Kan

·        Gunung berapi pula meletup

·        Gempa bumi 7 magnitud dijangka landa Jepun lagi

·        Krisis nuklear makin teruk

 

Ngeri?? Siapa bilang aku tak rasa resah dan bersimpati……hanya dapat ku memanjangkan doa agar rakyat kita di sana selamat dari bencana yang melanda…lebih-lebih lagi krisis nuklear yang boleh menyebabkan radioaktif yang tercemar diudara makin mengusutkan masalah…wallauhualam..


PS: agak terkilan sesetengah masyarakat kita sesenangnya mengeluarkan statusnya di FB atau Twitter  dengan ayat-ayat sinis seperti “kemana larinya Otromen, Doraemon, pada 11 march 2011”, tanpa memikirkan perasaan sesetengah masyarakat?, ini bukan isi gurauan………namun, bencana alam yang ada hubung kait dengan perbuatan manusia itu sendiri.. dunia semakin nipis….kan? kan………..







10 ulasan:

Tinta Emas said...

bila tsunami melanda negara maju, kesannya bukan kepada penduduk setempat sahaja tetapi kepada penduduk dunia...

nasib baik kita tak ada loji nuklear...

teringat masa kat Rusia, kebocoran loji nuklear mybbkan penduduk sekitarnya diserang kanser, anak dlm kandungan cacat, botak dn kecacatan lain..

betul2 ia mencairkan anggota badan..macam kesan bom atom sahaja kepada rakyat Jepun..

jeBateja said...

depa ni tak sensitip....masa negara kita kena...depa tak buat gurauan pun....tak paham le depa ni...

Mas said...

setuju ngan ayu...
sepatutnya kita berasa insaf bahawa kita hanya hamba Allah yang kerdil...
kuasa Allah melebihi segala2nya..
bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang...

BIONIC WOMEN said...

kalau pun tiada rasa insaf di hati mereka tentang amarah Allah itu, sekurangnya bersimpati ler pada yg mengalaminya..
Jangan x tau, kalau ekonomi jepun lumpuh, kita akan terasa jugak tempiasnya..
Berapa puluh ribu barang2 harian kita yg dikeluarkan oleh jepun..
Kereta ajer dah berpuluh jenis, motor lagi...
renung2kan...

Cik Ecah said...

doakan yg terbaek utk mereka disana...huhu

ibuintan said...

simpati sangat dengan mereka di sana..

semuanya atas kehendakNya, moga negara kita dilindungi dari musibah sebegini

ckLah @xiiinam said...

Lawak slapstik tu! Mereka belum diuji dengan peristiwa gempa dan tsunami. Dah biasa selesa...sedihkan!

Unknown said...

alahai..ada yg main2 ek

risau jika ada keluarga @ saudara Islam kita yg berada disana..cemana la nasib mereka kan

The Norah said...

moga kita dijauhkan dari sifat2 mcm tu....simpati pada nasib mereka disana....berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul....

logorithm said...

Kartunis Zoy pon buat komik bangang pasal tsunami nih.