Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, March 8, 2011

Tersentak aku dengan pembesaran anakku….

“Ibu ingat lagi tak?”

“Ingat apa”…(sambil memakaikan stoking dan kasut ke kedua-dua kakinya, ku tenung matanya yang bulat bercahaya..)

Ala..ibu ingat tak? Ibu pernah janji nak belikan adik lolipop”

EH! Bila? Ibu tak ingatlah……………

(walhal masih segar diingatanku semasa hari jumaat minggu lepas, aku ke Johor menyiapakan permit sambungan pembantu rumahku, Umai menyatakan ibu nak kemana berbaju kurung?, dan jawapanku hari ini hari jumaat…Ibu dan semua perempuan termasuk adik kena pakai pakaian muslimah… dan Umai tersenyum bila ku menjawab sambil menyapu bedak ke mukannya)

Sekarang ini, masih mekar diingatnya tentang kes lollipop jumaat nan lalu, walhal aku tak tahu..apa itu lollipop??? Gula-gula kah??? Dan aku sendiri terlupa kes itu…

Dan, bila ku tanya lollipop itu apa??

Umai kata… Ala…itupun ibu tak tahu, yang perisa strawberry…bulat-bulat warna macam pelangi…….”

Sah…lollipop itu gula-gula…
(kuat betul memory Umai, walhal masa aku kecil-kecil hanya tahu main pondok-pondok dan baling selipor..nak minta gula-gula pun takut kena piat ditelinga dengan bonda)

************************
Semakin dewasa Umai, semakin banyak istilah yang perlu ku belajari…
Masakah tidak??

Semasa kecil-kecil aku mengeja abjad dengan nyanyian A – Ayam, B – Burung
Tapi, Umai akan menyanyi…Capital Latter A,E,I,O,U…. semakin hari aku perlu menyelak kamus untuk aku lebih memahami apa yang Umai katakan….
Belum lagi dia tunjukkan nanyian spider, dan macam-macam lagi surah yang dibacanya..

*********************
Apabila ada pertandingan nyanyian mencari juara uji bakat di kaca TV…umai pasti menyatakan… “Eh!! Kenapa orang tu tak pandai menyanyi..”

Tesentak aku, sekecil itu..sudah tahu cari salah pacing lari, lupa lirik??

Walhal semasa ku kecil-kecil aku hanya tahu nanyi enjit-enjit semut dan rumah terbakar…

**********************
Kalian pula?

Apa yang menyebabkan kalian boleh tersentak dengan perangai anak-anak yang semakin meningkat dewasa???..... semoga aku tidak bakal tersentak lagi..



23 ulasan:

mama maman aka yana said...

mmg kekadang tersentak gak... tak terfikir maman akan ckp gitu... ckp cam org tua... lain kan kanak2 zaman skrg... bijak sgt..:)

Unknown said...

mama yana--
setuju sampai tersentak ayu...
rasa situasi kita jauh berbeza

miloaiskurangmanis said...

memang terasa begitu cepat anak2 membesar
kanak2 zaman sekarang dah advance kan????
zaman iols lah especially nya - tak de mainan2 baru semua ni - psp semua tu
even my son - lebih terer main games tu semua dari iols
evrytime iols kata 'ala... mama tak reti main games ni semua' then he will answer - 'masa mam kecik2 tak de ke mainan camni???'
hiks

ibu qaleesya said...

sekarang anak masih kecil.. seusia 11bulan. tapi tiba-tiba terkejut dengan peredaran zaman yang begitu cepat.. baru je rase lepas bersalin tapi anak dah semakin besar dan membesar

Mas said...

ayu...bebudak sekarang berbeza ngan masa kita kecik2 dulu..
mas pun kadang2 tak terjawab ngan macam2 soalan yang ditanya...lepas tu mesti tanya kenapa...
anak2 mas pun macam tu gak...kuat betul ingatan diaorang...
kita dah lupa...budak2 tu ingat lagi..he....he..

Unknown said...

iolis--
setuju...belum lagi bab nak pilih permainan..kita tunjuk mainan masak2, dia ambilnya lappy kanak2


hujung2 baru tau yang zaman dulu dan kini jauh berbbeza

ibu qaleesya--
tempohari anak sahabat datang...ada mainan drum dan piano guna video screen..
wah menakjubkan...

Unknown said...

mas--
setuju...kita nak buat2 lupa dah tak boleh..
susu kah? atau oihak mediakan? yang menyebabkan anak2 kita terdidik dgn cepat?

Kakcik Seroja said...

Anak2 zaman cyber ini terlalu laju pemikiran mereka...

tun_telani said...

kak ayu.. bdk2 zaman skrg cepat matang :) tgk anak2 sedara yg 3-4 thn pun dh cakap mcm bdk besar.

azian said...

akak...
kl dengar muaz cakap...ya ALLAH...anak sape la tuh...budak2 skrang ni mmg cerdik...

Ati Masrif said...

budak zaman cyber kan...

segalanya lebih maju kehadapan
nak di banding dgn kita dulu2

sekadar satu coretan said...

mcm tu la ayu...makin dia besar makin mcm2 soalan dan mcm benda baru yg kite tak jangka dia buat...kita nasihat jer mane yg baik dan buruk...

kalau kite dh bejanji tu..siap la dituntutnye sampai dpt...

budak2 zaman sekarang tak mcm zaman kite dulu2...

Kalamhati said...

Salam sis Ayu!huhu lama betul tak jenguk citarasa rinduan..rindu banget!!hope sis n family sihat dan diberkati Allah selalu..mmuah

azieazah said...

Kak Azie pun pernah terkejut dgn perkara-perkara sebegitu. Contoh:

anak age 9 tahun tengok citer drama di tv.. ada scene pasangan masuk ke bilik tidor bersama..

dia terus kata, “Ohh dia orang dah kahwinnnn....”

Lelord said...

anak2 skang semakin pintar dan bijak, bertuah dan bangga rasannya bile anak menunjukkan peningkatan demi peningkatan.

ISZA said...

anak saya ayu.. banyak beno terpengaruh dengan tv.. i luv u.. kawen.. pakwe.. makwe.. dah pandal mengatal..
hu3

Cik Pulau said...

zaman cik pulau dulu men teng teng je.. zaman sekarang maen laptop..

zaman cik pulau dulu maen congkak.. zaman skarang maen dance map..

zaman cik pulau makan ubi kayu... zaman sekarang makan kenny rogers..

argghh.. sume dah berbeza.. zaman anak cik pulau nanti.. tak tau lah camne.. (waaahh. jauh cik pulau merenung masa depan..)

Unknown said...

wah cerdik betul la anak ayu...bijak-bijak budak zaman sekarang kan..:)

eelobor said...

ayu: bakat ko dah terserlah semenjak kecil lagi yer pasal nyanyi lagu enjit2 semut cam kak limah

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang begitu bebudak skrg Ayu... fikiran lebih jauh ke depan berbanding kita2 dulu.. apatah lg kanak2 perempuan, perkembangan minda mereka lebih cepat berbanding kanak2 lelaki (mengikut kajian sendiri - tapi tak semua).

sarah-najwan said...

itulah anak..apabila sudah lahir dari kita sbg ibu..mmg cepat besar..rasa mcm baru je dok sakit dlm labour room tu..alih2 da besar doh..nok bule adik pulok doh..hhahaa

Hazlin Nazri said...

bila anak-anak dah sama tinggi atau lebih dari kita.. haaaa..yg lelaki dh boleh jd bodyguard!

Cikgu Nurin said...

tumbesara nak - tersentak bila anak da gunakan perkataan yang kita dok bebelkan dia, dia bebelkan kita balik. Contoh: Ibu ni, bloggg jer, bukan nak baca buku...?


*da buka blog balik*