CITARASA RINDUAN

Wednesday, March 16, 2011

Murahkah air mata Dia?

Sekali lagi..dia terluka,,aku dapat lihat diwajahnya..
Hingga bederai juga kolam air matanya..
Dia tak mampu menahan aliran yang tertakung lama…
Tertumpah dek ejekan syaitan yang bertopengkan manusia

Salah dia kan?..
Silap dia kan?..
Ini ujian dari yang esa…
Ini sebenarnya dugaan yang tertulis untuknya di dunia…
Mana tau di akhirat dia yang paling terpilih diantara yang terpilih

Sedarlah manusia
Sedarlah..
kerana mulut santan binasa
Kerana mulut membawa luka
Terpikulkah dikau diakhirat sana?
Mungkin dia memaafkan kau..
Tapi…adakah kau tidak terfikir satu hari nanti balasan bakal menjeratmu
Bukan sekarang…
Mungkin esok…
Dan esok…..

Subhanallah…….


PS: dan untuk dia….hati ini hanya menyanyangimu…walau apa yang terjadi denganmu…ku ada disisimu selalu……dan sesungguhnya DIA (penciptamu) yang maha mengetahui apa yang berlaku…..sabarlah sayangku…lebihkan zikirullah, hati yang sedih Insyallah di sinari sang pelangi…

16 ulasan:

Ati Masrif said...

kadang2 manusia ni tak fikirkan
hati dan perasaan insan lain..

Gen2Merah said...

semoga dia tabah dengan ujian dunia ini. Insya Allah akan ada hikmah di atas apa yang terjadi..

shahjiehan said...

sabar je la kak .. mana nk buatnya.mulut tempayan boleh la di tutup, tapi mulut org..er... payah la...

Sunah Mohammad said...

moga ok-ok saje ye akak...ujian Allah untuk hamba yang beriman tu berbeza-beza..kerana kekuatan untuk menghadapinya juga berbeza-beza...

Woofer Storm said...

sis...mgkn ada hikmah disebaliknya..stiap ujian yang allah beri bersebab,jdi terpulang dgn kita mcm mna nak menghadapinya..sabar3 kuncinya...

rosmina samin said...

insya Allah... setiap yg berlaku mesti ada sebabnyer.. yg penting kita redha dan sabar dgn setiap dugaan ^^

siti murni said...

tidak mudah menempuh ujian, dan bukan senang menangani cubaan..
walaupun susah..harus kuat..
semoga semua nya okey untuk 'dia' dan Ayu juga...

Nur Azila Ismail said...

akak ! rindu akak sgt2 . hehe :)

nice entri kak . makin maju sekarang ya :)

Cikgu Nurin said...

Manusia kan bermulut tempayan...

Cikgu CTE said...

tabik kat para blogger sekarang...memang mantap bab buat puisi nie..

saya sahaja yang masih malu2 dan tak pandai2....

cik anna said...

sedih pulak :(

Kalamhati said...

sabarlah..sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar..=)

mysara said...

manusia ni mcm2..
mmg ati pedih..tp, insyALLAH ada hikmahnyer..

pggl sy mai je k kak..:)
sy xbrape selesa ngn pgglan sara..hehe

Kasawari said...

hanya penulis sahaja memahaminya..

p/s; dah berulang kali baca entri ni.. sukar nak faham... namun moga segalanya dipermudahkan..

Nieza said...

ujian dan dugaan dlm hidup sentiasa dtng silih berganti... sabar dan ingatlah Allah selalu pasti ada jln penyelesaiannya..kemungkinan apa yg terjadi ada hikmah disebaliknya.

srikandi cinta said...

siapakah si dia ituh???
:) mcm suspend jewkk. :) hehehe