Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, March 17, 2011

Apa yang perlu aku lakukan supaya kesihatanku terpelihara

Sejujurnya…
Berniaga memang membuatkan diri kurang terjaga…
Nak berpakaian cantik pun tak mungkin
Nak bersolek lagilah tak munasabah..

Hanya cukuplah kalau aku katakan pakaianku bersih dari kotoran dah mencukupi..
Banyak mata-mata memandang bukan?…

**********************
Kadangkala kesihatan juga turut terabai…
Nak makan ikut masa lagi lah tak mungkin..
Hanya lebihkan minuman air ELKEN (suling)

Kadangkala orang sentiasa bertanya, dah makan???
Takkan aku nak kata belum??
Walhal makanan penuh di meja makanan..
Agak pelik bunyinya..

Jadi, apa yang perlu aku lakukan supaya kesihatanku terpelihara??

Aku amalkan mengunyah kudapan…
Biskut IKO adalah yang menjadi pilihan hatiku……



Yang pasti sarapan memang aku hanya sempat minum jus tomato buatan sendiri…



Makan tengahari?? Agak terlewat…jam 3 petang baru aku sempat makan…mujur perutku sudah selesa sebab mengunyah IKO…

Dan menu terakhir kuambil selalunya minum petang dalam jam 6 petang…..

dan hari-hari aku jika aku tak ada masa nak berGYM, jogging...aku kayuh rider dalam rumah selepas solat maghrib......

PS: harap-harap aku tak diserang penyakit gastric, badan sihat..hatiku riang…(pic aku pinjam mr google…)

11 ulasan:

missbby said...

biskut iko feveret saya jugaklah kak ayu..boleh la buat alas perut. berniaga2 jugak, kesihatan kena jaga tu..tetiba cam nak pegi kedai kak ayu je..

azzey said...

Walau sibuk tp tetap kena fix kan masa utk makan dsb. X pe ayu walau berniaga makanan x salah nak bersolek n berpakaian cantik sikit.. asal sedap mata memandang:)

munna said...

klu jaga kaunter rata2 tokey restoran kat sini dressing mengalahkan mak datin lah ayu...

tun_telani said...

kak ayu.. oo kak ayu.. dh makan blom.. ni tun dtg bawa nasi.. hihi.. kene makan tau.. baru jd sihat dan kuat. biskut iko baik utk kesihatan, byk fiber, tp mkn biskut je xcukup utk completekn semua nutrient yg perlu. sian pulak.. tun doakan cepat dpt pekerja baru.

PCL said...

Salam Kak Ayu...moga ceria selalu..

kalau pandai mengurus diri itu tandanya anda seorang yang bertanggugjawab terhadap diri. tak kira bagaimana cara, yg penting mengikut keselesaan sendiri...

---------------------------------
Terima Kasih atas doa/sedekah al-fatihah yg telah dititipkan dan keperihatinan anda kpd arwah adik saya semoga mendapat rahmat Allah SWT.

Unknown said...

alaaa... siannya ayu. yg penting makan yg berkhasiat. ayu take care yea.. nnt nak jaga en.zallie lagik...

Unknown said...

Cuba ayu ambil susu kambibg,higoat..ok gak...ye la kan kalau hari2 adap mcm2 jenis mkanan pun tk lalu gak..lebih2 lagi bila dh penat..
apa2pun ayu kena jaga kesihatan..ida sentiasa doakan ayu diberi kesihatan yg baik supaya dpt meneruskan perniagaan dgn baik.

Ce'gu JAERA said...

kesian akak... sibuk2 pun kesihatan jangan diabaikan ya (",)

Cik Ecah said...

ok la tu..jus tomato!
sedap x k.ayu?
biskut iko memang buat kenyang la..n sedapp..hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
kurangkan makan saja

SITI NOARIZAH ARIS said...

Bagus.. w/pun sibuk mknan & kesihatan diri masih terjaga... kita berusaha ALLAH aje yg menentukan yg pasti TAWAKAL.