Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, March 6, 2011

Minta pendapat di awal pagi...........


Semalam dapatlah aku lelap dalam 1 jam sahaja, dalam jam 11.30 malam…kesihatan umai tiba-tiba tidak begitu baik…

Sepanjang malam asyik menangis…
Aku fikirkan dia kepenatan sebab semalam petang asyik bermain…namun, telaanku salah…

Berhenti menangis dia merengek…ku pegang dahinya…tak panas, puas ku pujuk pelbagai cara…tetap merengek seperti baby,..




Akhirnya, ku berikan ubat salsema….sebab aku perasan selepas bermain basikal…umai bersin, seperti salsema walau tiada hingus keluar dari hidungnya

Alhamdullilah…sekarang baru umai berhenti merengek…menonton nasyid keagamaan kegemarannya…

Ku ingin meminta pendapat kalian yang ada pengalaman terhadap anak-anak,  
umai dah berusia 3 tahun 6 bulan..ini kali pertama berlaku kepadanya…merengek disebabkan salsema…betul atau tidak???

PS: yang pasti sekarang aku perlu menyiapkan diri untuk ke citarasa rinduan, walau tak tidur secukupnya…melihat umai normal itu sudah melegakan perasaanku

17 ulasan:

Cikgu Nurin said...

Ayu..ibu tetap seorang ibu, bila anaka merengek je..kita mula tak sedap hati..kan?

Habis tu semalam kata nak tidur awal..tak jadi laaa?

Tak apa Umai mayb selesema je tu...tapi kalau serius, bw g jumpa doktor...

diarisatuhari said...

apiz tak tau......>.<.......

G jumpe doktor?

ibuintan said...

mungkin Umai nak selsema kot, mungkin hidung dia tersumbat tu yang dia asik merengek sebab tak selesa

Ce'gu JAERA said...

saya blum kawin, tu sebab saya belum tau situasinya kepayahan dan keseronokan menjaga anak ni.. apa pun, jumpa doktor adalah yang terbaik.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ayu - maybe tekak, hidung rasa tak sedap, tu yg dia merengek tapi kalau org2 tua jawa, mereka ada satu kepercayaan yg pelik (tapi adakala benar...atau maybe kebetulan), bila anak merengek kemungkinan ada sedara mara terdekat yg pregnant, di mana ini disebut sbg "themarenen"... tapi tak tau la di mana logiknya kan Ayu. Memang pelik telahan org2 tua adakalanya.

eelobor said...

Insya Allah, takde apa2 tuh

Ibu Mifzal said...

mungkin umai selsema kot..kalau kita yg besar ni pun x selesa kalau nak kena selsema..sah kan budak kecik..kan..hope umai dah sihat...

Mas said...

InsyaAllah umai tak de apa2...
mungkin semalam umai terasa tak selesa kot sebab tanda2 selsema nak bermula....

apdm said...

salam

kita tak ada baby lagi kak, myb tak sedap badan kot tu..

azian said...

akak...
kl makin memburuk...bawaklah jumpa doc...

ISZA said...

kadang2 dia cuma nak perhatian.. mood dia pun tak menentu juaga..

sarah-najwan said...

umai xselesa kot..nk tido hidung tersumbat...
badan dia lenguh2 kot tu psl dia merengek sb letih..nk bgtau xreti..

jika dok kat kampung..saya teringat kes digigit kutu khinzir..anak saya xpenah tapi anak2 org lain penah..budak tu sakit demam kebah on off..rupa2nya pi check..ada kutu khinzir kat tempat2 yg tersembunyi..budak xreti nk bgtau sakit tang mana kan..kita org tua bole la ckp kan..

tapi harap2 umai xde apa2..bole tanya dia tang mana dia sakit sb da umur 3 thun lebih..

Cik Pulau said...

errr..cik pulau tak tau..
cik pulau belum ada anak..
papepun.. moga umai cepat sembuh..
maybe selesema je tu kot.. ^^,

IMANSHAH said...

urm, apa yek..takde pengalaman..mungkin dia demam kot

hentian said...

kasihnya ibu, gitu ek..

Unknown said...

ayu... anak kecik akk, dia klau nak selsema mesti pening kepala, cam org tua gak.. tp dia dah pandai ckp, umai 1st time kena kot, tu yg dia x tau camana nak explain...
miss mirror: temenan... ada betulnya jugak tu..

Unknown said...

cikgu nurin--
tak, ayu lelap 1 jam jer....semalaman asyik melayan kerenahnya ..moga2 malam nie lenalah...
tq ckgu bagi pendapat


mohd hafiz--
insyallah, nampak segar pulak hari ni

ibuintan--
terima kasih ibuintan..skrang nie elok pulak...


gen2--
insyallah...kalau ada jodoh..capatlah cikgu rasa pengorbanan seroang ayah satu hari nanti


MM--
terima kasih laling, wah......adikku mmg baru disahkan mengandung...kalau ibunya???
hehehehehe kosong


eelobor--
tq beb

ibu mifzal
itulah..tak ada hingus hanya semalam petang..tiba2 bersin

MAS--
harap2 tak panjanglah..tapi hari nie molek jer.....

syira--
wsalam, terima kasih dik, beri pendapat

azian--
thanks azian...dah molek pulak

cikgu isza--
itulah kan...tapi pertama kali sejak dilahirkan

sarah--
malam tadi menangisnya macam tak selesa...
check gak seluruh badan dia...takut ada kutu babi...tak ada....
terima aksih yer beri pendapat dan nasihat..


cik pulau--
ehem!!! kak doakan awak cepat kawin yer.nanti punya anak2 yang comel2

iman--
tak deman..suhu normal

IM--
gitulah..sama dgn kasihnya ayah...


Armie--
setuju juga kata MM kan, kebetulan adik ayu mmg pregant..
dia kalau pening sakit kepala..pandai mengadu..sbb dia dah jelas berkata2...