Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label umai. Show all posts
Showing posts with label umai. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday: Umai tak ada Geng!

Makan bersama-sama

Jalan-jalan bersama-sama

Shopping sama-sama

Belajar mewarna dan baca buku bersama-sama

Solat bersama-sama

ps: kini Umai tak ada geng, sepupunya sudah pulang. Alahai! kasihannya...

Monday, June 3, 2013

Jangan bohong!

Konon derhaka resepi kek kepada muffin, alasannya sebab bila minta umai ke dapur untuk bantuku buat kerja2 dapur. Aku perlu pandai berkata2 kononnya daku buatkan muffin untuknya, walahemah daku nak buat kek pisang atas permintaan En Zalie

Dan akibatnya? sila tabah ya kaum ibu..  dah bohong pada anak. Terimalah padahnya. Kalau kek pasti hasilnya kek...


ps; mujur hanya 6 biji muffin derhaka. seloyang kek pisang sudah dimakan oleh En Zalie

pss; peringatan pada diri sendiri, JANGAN BOHONG!

Wednesday, April 17, 2013

Wedless Wednesday: Dia Penyeri kami


Seperti budak-budak lain, Umai minat lolipop, mainan yang beraneka rupa dan warna.

Banyak2 tempat yang kami pergi, Umai minat dengan haiwan, tak kisahlah jika haiwan itu pelbagai rupa, janji haiwan. Kebanyakkan channel TV ASTRO yang diminati adalah channel Haiwan...

Moga sentiasa menjadi anak yang solehah, Ibu doakan yang terbaik buat kamu. Amin.. Sayang kamu NUR UMAIRAH


ps: tahniah buat sahabat yang bakal bergelar ibu/ayah, yang bakal tambah bilangan ahli keluarga.. Tahniahhh semua

Friday, April 12, 2013

Anak berTUAH!!


Suci murni jer lantai nie. Bila hari cuti macam nie jelah aku dapat mengemas dengan erti kata sebenar BERSIH (eh!! bunyinya ala2 politik gitu), korek celah kerusi, korek bawah almari tv..
Akhirnya!!
Tara!!!!
Terselit mainan, potongan keratan majalah yang digunting, rambut (gerenti rambut hadapanya di gunting), dan macam-macamlah.

Bertuah punya budak, sat gi balik sekolah dapatlah 'hadiah telingamu ya' khutbah panjang dari ibumu...
Fuh!! sabar-sabar, hari jumaat kena cari sebanyak yang boleh pahala... Hehheheh

Tuesday, January 8, 2013

Belajar dari kesilapan lepas..

Setahun nan lalu, 2 jam aku sampul buku sekolah anakku, tahun nie tak sampai 20 minit 14 buah buku bersampul

Entry tahun lepas aku tak leh syer, maklumlah guna hp.
Siap akhirnya....

Thursday, January 3, 2013

Pandai gak aku!

"Ibu... Buatkan Umai burung,..."

"Burung? Ibu mana tau nak.., tuhan yang cipta burung.."

Ala.... senang jer.....guna kertas...
(ler, origami rupanya)

Dan akhirnya aku turutkan kata2 Umai, terhasil juga origami burung..

Pandai gak eik, ingatkan tau masak2 jer...


Itupun semuanya hasil dari aku ikut langkah2 dalam majalah.. kalau tak ada tunjuk ajar, kompommmm jadi ular sawa.
eikkkkkkk!!.

Umai ke sekolah PASTI lagi

Alhamdullilah.. hari ini hari ke dua Umai kesekolah yang sama, mudahan anak daraku menjadi insan yang terpilih dari segi rohani dan jasmaninya. Mudahan akhlaknya terpelihara. Amin..

Biarlah orang kata hijau itu. totttttt.. yang pasti aku bukan bijak pandai untuk menentukan politik.. cukuplah pelajaran yang telah setahun sebelum ini yang ku perhatikan tiada unsur2 politik dicampur adukkan..

Syukurilah.... ilmiah yang diterapkan mencukupi untuk budak seusianya... mudah-mudahan kekal hingga anak-anak menutup mata..

ps;
jelik dengar orang menuduh bukan2....

Tuesday, January 1, 2013

First time Umai ke klinik Gigi


Bila Umai yang berusia 5 tahun, mengadu giginya berdarah.. Berdetik hatiku untuk memberi semangat kepadanya agar melakukan pemeriksaan di klinik Gigi, Ya.. Umai anak daraku yang berani. Mungkin juga melihat aku sering ke dental sejak dia dilahirkan, membuatkan kekuatan fizikalnya untuk tidak gentar dengan dental terserlah..

Akhirnya semalam, jam 11 pagi.. Umai telefon handphoneku.. Mendengar suaranya yang meminta mahu ke klinik gigi.... Aku yang kesibukkan di CR mengiakan sahaja.

Jam 3petang, CR dihentikan operasi selama 2 jam untuk memudahkan aku mebawa Umai ke bandar berdekatan.
Lihatlah wajahnya dikaunter pendaftaran. Senyum tanda suka...

14minit menunggu, doktor personalku memeriksa gigi Umai. Kebetulan doktor tahu ini kali pertama kali Umai cabut gigi, doktor tidak mengunakan istilah 'cabut gigi' tapi gosok gigi. Hehee

Selepas sejenis gam diletakkan ke kedua gigi bawah yang rosak, mungkin digosok (aku seriau time tu tak ingat dah), 4minit doktor kembali untuk memulakan mencabut gigi yang rosak.
Alat yang sama seperti orang dewasa, gigi susu Umai sebanyak 2 batang akhirnya tercabut juga.

Tiada tangisan atau jeritan kesakitan dari anakku.. Tahniah Umai.. Ibu bangga.

ps:
molek seawal usia 4-5 tahun,didik anak agar tidak takut melakukan pemeriksaan gigi..

Monday, December 3, 2012

Tahan lama ker?



'Terpaksa'?..Idaklah, sebenarnya ibu Umai yang rela mengosongkan dompetnya untuk membelikan set 'beauty house' atau Umai tiak Rumahku Syurgaku..

Tujuan utama entry dibuat?
Nak tengok sejauh mana jangka hayat set mainan tersebut ditangan Umai.

PS:
Harganya boleh buat bayaran ansuran bulanan motorsikal tau!! pitammm

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wenesday: Kembar 2





Masih ingat entry kembar 3? tak cukup tangan ku melayan karenah mereka.. suaraku pula kembang dan lantang macam mak tarzan (Eh, istilah mak tarzan tu buat aku teringat blogger Azie Azah)

Saturday, November 10, 2012

Hari Anugerah kecemerlangan 2012 PASTI kawasanTENGGARA JOHOR.


 Nasyid

 Lakonan pendek



Dikir barat dan pelbagai lagi persembahan daripada pelajar PASTI kawasan Tenggara iaitu:

  • PASTI AL UMMAH (F PASIR RAJA)
  • PASTI AL UMMAH 1 (F PENGELI TIMUR)
  • PASTI IBNU KHALDUN (TAMAN ANGGERIK)
  • PASTI AL UMMAH 2 (BANDAR TENGGARA)
  • PASTI AL HIJRAH (F SG SAYONG)
  • PASTI UMAR AL KHATAB ( F BUKIT RAMUN)
  • PASTI AL FARABI & PASTI IBNU SINA (KOTA TINGGI)



EN MAHADZIR B MD ZILI iaitu pengarah PASTI Negeri Johor menyampaikan anugerah buat pelajar yang mendapat gelaran Tokoh pelajar cemerlang 2012 iaitu:
Pelajar 6 tahun,Adik Daniel Haikal b. Marwan
Pelajar 5 tahun, Adik Nurul Nafisah Bt Bahri.


Hari Anugerah pelajar berlangsung di Dewan Kejora Bandar Tenggara, pada 10.11.12.


Alhamdullilah, Anakku Nur Umairah antara pelajar yang menerima anugerah pelajar-pelajar cemerlang.



Tahniah buat Umai, moga akan datang di tingkatkan lagi pencapaian kecemerlangan pelajarannya untuk masa hadapan. Moga menjadi anak yang solehah. Amin


Jua, tahniah buat ibubapa, guru-guru dan ajk yang terlibat untuk menyemarakkan lagi hari Anugerah pelajar PASTI..

Saturday, November 3, 2012

Aksi buah hatiku


 Senyuman menggoda!"

Dia ramah, cepat mesra dan sentiasa riang, walau pertama kali bertemu

"Ibu!.. adik gembira sebab banyak bola" mungkin itu kata hati buah hatiku.

Setiap perbuatannya, buatkan hatiku sentiasa terhibur..Moga menjadi anak yang solehah Nur Umairah.. Sayang buah hati Ibu...

Friday, November 2, 2012

Khemah kenduri kahwin?

Selepas solat jumaat kami mencari khemah mainan buat anak daraku, semuanya gara2 Umai yang hari-hari asyik berselerakkan ruang tamu,disusunnya kusyen tinggi-tinggi untuk dijadikan khemah.. Berletehlah nenek Umai bila ruang tamu dah macam tongkang pecah. Huhuhuhu.

Akhirnya bila perjanjian dah termeteri antara Umai dan abahnya, iaitu nombor peperiksaan dari 1-3, akhirnya Umai berjaya untuk mendapatkan hadiah berupa khemah macam gambar diatas.


Sampai rumah, ibu Umai secepat kilat capaikan hajat Umai untuk membentuk khemah didalam rumah, bukan khemah kenduri kawin ya.. (tiba-tiba, gelak sorang teringat komen blogger Anyss di FBku) hahahhah.
Gambar daku tu telah diambil oleh Umai sebab dia suruh abadikan dalam blog ibunya.. Amboiii


Alhamdullilah sebelum maghrib sebiji khemah telah tersedia didalam rumah. Hujung-hujung ibu Umai juga mandi lewat.. auwwww....


Yang tak boleh tahan... amboiiiii.. Bukan Umai boleh duduk dalam khemah, abah Umai pun join sekali.. pitaaammm gini!!

Thursday, October 18, 2012

Di sebalik kisah Sop kaki Ayam....


Kaki Ayam, ceker atau garphu adalah nama yang sama untuk gambar diatas.. Malam ini tiba-tiba satu CR gempar sebab permintaannya...
Inilah pemilik sop ceker yang dari pagi sampai ke malam mahukan sop kaki ayam. (yang kasihan dia panggil sop cendawan) kalau dah besor malulah Umai kalau dia tahu yang sebenarnya dia telah ditipu hidup-hidup dengan bibik2 CR....

Ibu umai?... layan sepecial sikit... telur mayong dimasak asam pedas... petua dari ibu aku. Kena makan banyak telur kalau mahu mengandung.. Ya Ibu, Ayu menurut perintah...

ps: post kat fb gambar pertama.. rupanya ramai kawan2 tak suka makan sop kaki... hehwheh

Monday, October 8, 2012

Doakan...


Bermula hari ini 8/10/2012 hingga 12/10/2012, anakku NurUmairah akan menduduki peperiksaan sekolah PASTI Al Hijrah , ku mendoakan agar dilapangkan hatinya, dipermudahkan urusannya apabila menjawap kertas-kertas peperiksaannya. Amin

( Walau peperiksaan biasa, hati ibu ini jua gementar, hanya doa yang baik-baik untuk beliau)

Wednesday, October 3, 2012

Exam...


8-12oktober 2012, adalah hari peperiksaan Umai, kurang 5 hari lagi anak daraku bakal menjalani peperiksaan sekolahnya..

Anakku, moga kamu berjaya..... moga dibuka seluasnya pintu hatimu, diterangkan dadamu olehNya....Yang baik-baik sahaja ibu doakan untukmu.


(makan malam tadi, di kedai Nasi lemak terkemuka di kulaijaya, Umai sentiasa dengan aksi yang sentiasa buat ibuabah kerap tarik nafas dalam-dalam)


PS: entry ditaip saat ibu terjaga dari lena. Terima kasih tuhan, kau titipkan cahaya mata untuk kami bergelar ibuabah... Jika kau beri seorang, kau jadikanlah dia dalam golongan terpelihara zahir dan batin. Amin

Monday, September 17, 2012

Untungnya.....




Hadiah hari lahir Umai dari mak saudaranya Cik Ijah,. wow..... aku belek2... bukan sikit2 murah nie.....
Untungnya anak daraku...
Buat Siti Hamizah Jamil. Terima kasih.... kak Ayu sangat hargai... Moga kamu dirahmati dan dimurahkan rezeki olehNya... Amin

PS: Hadiah ini, kenalah ibu Umai simpan baik2.. kalau Umai yang jaga, tak sampai 6bulan.. kalau tak hilang, rosak jadinya....

Monday, September 10, 2012

Nur Umairah 5 TAHUN...


Happy birthday sayang, moga menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat.

Semakin matang anakku dalam kehidupannya, engkaulah satu2 penawar buat kehidupan kami berdua....
Ketahuilah kasih sayang kami tidak boleh dijualbeli.
Moga dirahmati dan sentiasa diberkati olehNya, moga diberi lindungan... AMIN


Umai sentiasa dikelilingi orang2 yang menyayanginnya...



Majlis kecil yang sederhana.. tetap meriah disamping sahabat Umai.. Ibu masakkan dengan penuh kasih sayang.

Maaf. Ibu agat letih mungkin akibat terlalu sibuk menguruskan masakkan di CR kemudiannya untuk majlis Umai, ditambah demam,batuk dan salsema yang belum sembuh.. Namun ibu gembira sebab kamu suka majlis ringkas ini


Sayang abah!!!! Umai suapkan kek untuk abah, abah tak dapat meraikan hari ulangtahun kelahirannya di sekolah.


Hadiah untuk Umai.. Terima kasih untuk Cikgu, sahabat Umai, pekerja CR dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Umai yang ke 5 Tahun




Thursday, September 6, 2012

Mula-mula bersemangat, akhirnya?


Teratak pertama.. Penuh perasan berselawat, ceria dan senang kawal mereka.
Teratak terakhir (rumah ke 4)..
Suara tak terkeluar, terabur...Nak marah pun tak sampai hati. Bukan kanak-kanak jer letih dan terlebih kenyang.. cikgu dan ibu2 pun tak larat juga. huhuhuu

PS; esok hari terakhir marhaban.. hati sentiasa bersyukur sebab masih ada peluang merapatkan ukhwah dan mendidik anak2 erti bermasyarakat dan berjiran.