Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 1, 2013

First time Umai ke klinik Gigi


Bila Umai yang berusia 5 tahun, mengadu giginya berdarah.. Berdetik hatiku untuk memberi semangat kepadanya agar melakukan pemeriksaan di klinik Gigi, Ya.. Umai anak daraku yang berani. Mungkin juga melihat aku sering ke dental sejak dia dilahirkan, membuatkan kekuatan fizikalnya untuk tidak gentar dengan dental terserlah..

Akhirnya semalam, jam 11 pagi.. Umai telefon handphoneku.. Mendengar suaranya yang meminta mahu ke klinik gigi.... Aku yang kesibukkan di CR mengiakan sahaja.

Jam 3petang, CR dihentikan operasi selama 2 jam untuk memudahkan aku mebawa Umai ke bandar berdekatan.
Lihatlah wajahnya dikaunter pendaftaran. Senyum tanda suka...

14minit menunggu, doktor personalku memeriksa gigi Umai. Kebetulan doktor tahu ini kali pertama kali Umai cabut gigi, doktor tidak mengunakan istilah 'cabut gigi' tapi gosok gigi. Hehee

Selepas sejenis gam diletakkan ke kedua gigi bawah yang rosak, mungkin digosok (aku seriau time tu tak ingat dah), 4minit doktor kembali untuk memulakan mencabut gigi yang rosak.
Alat yang sama seperti orang dewasa, gigi susu Umai sebanyak 2 batang akhirnya tercabut juga.

Tiada tangisan atau jeritan kesakitan dari anakku.. Tahniah Umai.. Ibu bangga.

ps:
molek seawal usia 4-5 tahun,didik anak agar tidak takut melakukan pemeriksaan gigi..

13 ulasan:

pena rozie said...

Si twin mesti nagis punyer

Hudalatip said...

bagus umai..tulah anak saya yang dua orang tu pun alhamdulillah tak takut ke dentist..

Umialya said...

bagusnya umai

Mrs. Abi said...

tgk senyuman Umai, tetiba tersenyum juga.....

PCL said...

sama dgn ank pcl tu,si umairah pon suka...tak takut cabut gigi.

Ena's Stories said...

Bgusnya dia...ank sy nmpk je doc gigi dia menjerit ni kan nak cabut...sampai doc yg takut..adoiii

Rabia Sensei said...

Bagusnya Umai. Thumb up!

Dr K said...

bagus umai!!! tahniah..

dentist tu pun pandai guna psikologi utk kanak kanak..guna term ' gosok gigi' hihihihi

Nur-nba said...

Hebatnya Umai... Go go girl!!...

Unknown said...

Zaman dah canggih cabut gigi pun dah tak sakit, tak macam zaman kita kecil-kecil dulu. Saya dulu kalau tengok van klinik datang sekolah lutut dah gigil... bila kena panggil nak nangis.... sakitttt

munna said...

bagusnya umai..... munna pun nak bawa budak berdua tu ke dentist tapi tak sampai2 lagi....

ibuintan said...

wah respeklah kat umai... senyum lebar je dia

Kak Amy said...

Bagusnya umai..good gurl..

p/s: rindu akak jugak..