CITARASA RINDUAN

Saturday, January 19, 2013

Resepi: Puding roti kukus paling mudah.

Saat entry ini ditaip,kampung tercintaku dihujani air hujan yang lebat. Alangkah moleknya jika saat ini daku tidak berniaga. Tarik selimut,tidur sepuasnya. Bahahahaahaha.

Sambil tu.. Makan puding roti yang sedap dan lazat. Buat peminat puding... Jom semak resepi.

Sumber myResepi

Bahan-bahannya:
10 keping roti
Susu pekat 1/2 tin. (kalau suka manis,1 tin)
200ml Santan kotak
1cawan air pandan dan sedikit pewarna pandan
1 biji telur (pukul rata)

Cara menyediakan:

  1. Panaskan kukusan. Koyak2 kan roti dalam mangkuk. 
  2. Masukkan susu,santan,air pandan,pewarna dan telur kedalam mangkuk yang ada roti. Gaulkan sebati
  3. Ambil loyang yang sudah di oleskan mentega. Masukkan kesemuanya. Sedia untuk dikukus
  4. Selamat mencuba 

Senang dan mudah bukan resepi tersebut.

Ps:
Roti asal yang kugunakan adalah dari buatan roti yang kumasak sendiri, bila ada lebihan pastinya ku memilih bingka,talam atau puding roti untuk mengelakkan pembaziran.

13 ulasan:

Munnafendy said...

woo mmg simple la kak ayu. jadi 1 resipi sedap dr roti belen ek

rinduan citarasa said...

Betul munna.
Asalnya nk bt bingka. Tapi susu cair abis.. Tu y sis bt puding pandan. Cuba ya

Zira Aziz said...

pnh bt..tp dah lama x buat...

tq..tq..bg idea utk minum ptg :D ..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mak mertua akak rajin buat puding roti ala Ayu ni..

iedaimmi said...

akak buat ... akak buat .. tapi lain sikit bahannyee ekekke ..
nanti akak buat entry ye ;)

Fadilah Aziz said...

menariknya, nak cuba juga nanti:)thanks...

azieazah said...

Mudah jer kan? Nak kene cuba ni.

Dengar khabar, Johor dah mula nak kena musim banjir. Hati-hati.

ieda immi said...

ayu !... akak dah buat ;)

http://iedaimmi.blogspot.com/2013/01/puding-roti-kukus.html

ibuintan said...

kukus mengukus memang akak suka... lagi2 yg simple tp sedap camni

Sunah Sakura said...

kan saya da cakap, akak ni rajinnnnnnn sangatttt

elly nadyra said...

sedapnyaaaaaaaa saya rajin makan saja!

gadisBunga™ said...

ni festaim saya tengok puding roti kaler ijo. huhuhu~

Kak Mahh said...

Senang resepi....bolehlah try buat kalau rajin.