CITARASA RINDUAN

Thursday, January 10, 2013

Resepi: Burung Merpati Masak Manis


Selamat malam jumaat buat pembaca blog CITARASA RINDUAN. Korang pernah makan daging burung merpati?. Serius daku hanya pernah makan burung puyuh sahaja.

Namun semalam mak saudara En Zalie hantar 2 ekor burung merpati ke CR yang sudah di sembelih dan dibuang bulunya. Suaminya teringin makan, namun isterinya tidak sanggup untuk memasaknya.


Lihatlah... seakan ayam hutan bukan?.Liat, daging burung merpati perlu direbus lama, seakan memasak daging lembu, ayam kampung dan ayam tua.

Jom semak resepi:

Bahan-bahannya,


  • 1 ekor burung merpati (disembelih, cabut bulu, dibasuh dan direbus bersama 2biji bawang putih, sedikit garam, dan halia sebesar ibu jari. Masa merebus 4-5 jam)
  • 2 sudu makan Lada blander
  • 1 biji bawang Hollan dpotong 4
  • 1 buku Halia sebesar ibu jari dihiris halus
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • Rempah tumis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan 
  • 400ml air

Cara menyediakan,
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tumis, bawang hollan, halia dan lada hingga naik bau
  2. Masukkan daging burung merpati,masukkan air.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan sos, tomato,gula, garam dan sos cili. Biarkan hingga bahan sebati dengan daging burung.
  4. Matikan api dapur,sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba.


24 ulasan:

Cheq Sue said...

saya memang teringin nak makan, memang tak pernah berpeluang. ayu makan tak ni, camana rasanya?

citarasa rinduan said...

cheq sue
Kebetulan ayu diet bergoreng dan minyak.
Jadi ayu xrasa pun. siap masak ayu hantar pada mak saudara.
ada 2 kerat ayu bagi MIL.
Mak kata sebiji rasanya macam ayam hutan.
liat

Kniedaz said...

xpernah lagi makan merpati..selalu makan buruh puyuh je..dagingnya liat ya Ayu?

citarasa rinduan said...

kniedaz:
ya.. klu xada gigi.. jgn berani2 nk makan

pena rozie said...

Teringin nak mkn

citarasa rinduan said...

pena:
Ada jual kot kat mana2 restoran

Norhaizan hakim said...

Tak pernah makan..ada rasa macam puyuh ke?

suri solehah said...

silap ayu baru dapat semalam..kalau masa akak preggy hari tu..mau akak mintak skit hehe,,mengidam

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

oh, liat ke?????

errrr... rasa tak sanggup juga nak makan sebab mmg byk burung merpati kan belakang rumah ni...

Wak Gelas™ said...

rumah wak ni rumah merpati, tp wak X penah makan burung merpati jugakkk..,ahHHKs

Queenie said...

masa preggy anak sulung dulu, ntah camner boleh teringin nak makan merpati..pastu dpt la 4 ekor (ada org bagi) dh siap sembelih dn buang bulu...dan2 tu akak goreng dua ekor dn makan sorang2, masa tu isi burung tu warna hitam..... pastu kan ayu, lepas makan badan punyalah panas macam kena panggang...tak boleh pakai baju langsung..semalaman tak lena tidur, kejap2 duduk bawah shower...
nasib baik tk keguguran...org lain akak taktau la, tp rasa tobat la nk makan merpati lg...masa ngandung mmg byk suka benda2 yg bebukan, bila dh tak ngandung, bila ingat balik, loya pulak rasanya..mcm dh takder benda lain nk dimakan hahaha

pastu yg 2 ekor lagi tu terus taktau apa citer hahaha...

gadisBunga™ said...

kat UDA ni saya nampak banyak merpati. tangkap sekor dua sedap gak kan? kuikuikui!

rebus dalam periuk tekanan boleh kan? pendek sikit masanya..

azieazah said...

Dulu masa kecik, saya percaya yang burung merpati tak boleh makan. Ntah apa sebab pun taktau. Hehehe

[PCL] said...

CR, pcl macam pernah makan daging merpati nih...tp dah lama dulu masa kecik2.., tak kesah janji halal kira ok jer...nampak sedap sangat !

ishy77 said...

alamak..rare ni kak..kalau tau mgkin xmakan,..kalau xtau...ku sebat aje la...hehe

norhidana miswan said...

dana penah mkn burung merpati, sedap tp agak liat daging nyer tp sedap gk tak berlemak...

sbb ada sedara membela burung merpati nih,tiap kali dtg umah dia mmg dpt merasa lah...

bujal X said...

saya tak pernah makan merpati kak~~hantar sikit kat sini~~

Murni Alfathunnisa said...

Pernah makan sekali..dah lama sangat. seingat siti, masa sekolah dulu. dah tak ingat exactly macammana rasanya daging nya. kalau sekali pandang, macam burung puyuh je..memang tak reti beza pun..hehe.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak selalu goreng burung puyuh jer.. teringin juga nak rasa burung merpati ni Ayu... mana Ayu beli :D

Ratu Hatiku said...

Org selalu ckp burung merpati sedap..tp x pernah makan sbb x smpai hati uhuhu

Huszaini Haron said...

err.... macam nak test makan. sedap ke?

Nur-nba said...

Nur pun tak pernah makan.. Masak lagilah tak pernah... Rasa dia macam mana ye??

Zira Aziz said...

..seriously x pnh mkn.. n x bape sanggup nk mkn :D..

Cinta Misteri said...

Nampak mcm sedappppppp. Mnta skit