Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label SAJER2. Show all posts
Showing posts with label SAJER2. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Cuti sekolah ertinya makan nasi minyak gitu....

Bahahhaha..
bersusun ko surat saman, esok ada 2 undangan. Ada dari kampung terdekat dan ada undangan dari kampung yang jauh2.

Pokoknya sediakan jer 'salam keruk' dan perut yang kosong.. lumayan tau. Hehheh

ps: tak kuruslah aku!

Tuesday, May 7, 2013

Cuci mata pulak....

Ubat stress bila berhadapan dengan situasi di dalam hospital..
Kembar 2 keduanya lelaki. Hensemm tau...

Peramah budak kembar ini. Abang nama Ikram, adik nama apa entah.. lupa pulak daku  Asyik sekodeng gelagat mereka berdua sampai lupa sudah 5jam daku menunggu doktor.. Sekurangnya aksi mereka berdua sangat comel, wawawaw... tetiba ingat anak dara kat umah pulak..

ps: teringin nak ada baby twins . Ya Allah... Kau makbulkan doaku . Amin

Monday, January 14, 2013

Apa perlu dibuat bila jumpa wang bukan milik kita?

Bila bertemu tabung masjid, doakan atas hamba Allah yang tercicir duit itu. Moga berkat.
Niat agar Hamba Allah itu sihat tubuh badannya dan murah rezekinya. Masukkan wang itu kedalam mulut tabung sebaik-baiknya

RM 50? memang banyak fadhilatnya untuk orang yang benar-benar memerlukan.

Kalau tercicir RM 1,000. mungkinlahhhh.. aku ganti handphone baru... muhahahhhahahah

Thursday, January 3, 2013

Pandai gak aku!

"Ibu... Buatkan Umai burung,..."

"Burung? Ibu mana tau nak.., tuhan yang cipta burung.."

Ala.... senang jer.....guna kertas...
(ler, origami rupanya)

Dan akhirnya aku turutkan kata2 Umai, terhasil juga origami burung..

Pandai gak eik, ingatkan tau masak2 jer...


Itupun semuanya hasil dari aku ikut langkah2 dalam majalah.. kalau tak ada tunjuk ajar, kompommmm jadi ular sawa.
eikkkkkkk!!.

Wednesday, January 2, 2013

Siapa ada kenangan dengan gula2 udang?

Kelahiran penghujung tahun 70an-80an pastinya ada memory terhadap gula-gula udang seperti gambar diatas.....

Baik ngaku, korang makan plastik putih tu kan?..

Hahhhhha

(kaitan entry?. aku berjaya jumpa gula2 ini kembali... horeyyy)

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12 (100 tahun lagi perlu diulang? Sah aku dah mereput)



Bila blogger Abah Zino up status di FB.. ku terus berfikir untuk menjadikan ianya suatu kenangan, dan sayangnya,.. Jam yang ingin ku taip 12:12 menjadi 12/12.. Hahahhaha, gitulah daku yang yang cepat.. typo sudahhhhhh...


PS:hanya sekadar nombor yang cantik,apalah sangat, namun untuk mengulanginya 100 tahun akan datang???  entahkan tulangku sudah mereput diliang lahat atau dunia sudah tidak wujud lagi? Wallahualam..

Sunday, December 9, 2012

Tak habis-habiss!!!

Sarapan menu ini

Jam 10 pagi ambil nie pulak


Karang jam 12 tengahari pi majlis perkahwinan.. Kompom ambil yang ini.


PS: Bila nak diet entahlahhhhhhh....

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wenesday: Kembar 2





Masih ingat entry kembar 3? tak cukup tangan ku melayan karenah mereka.. suaraku pula kembang dan lantang macam mak tarzan (Eh, istilah mak tarzan tu buat aku teringat blogger Azie Azah)

Sunday, October 7, 2012

Layannnnn..


(update blog, sambil kunyah jambu air)

Cuaca beberapa hari nie panas terik di tengahari, jam 3-4 hujan tiba2... apa-apapun nikmatilah kehidupan selagi kita bernyawa...

Selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku..... moga yang baik2 buat kalian termasuk diriku.

Dan selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat ulang tahun kelahiran kepada sesiapa yang meraikannya.

Monday, October 1, 2012

Kenangan lama....


Semalam ke majlis kahwin.. tersua bekas tisu yang disusun cantik. Seriusss... aku tak sabar nan tayang buat entry. Tapi sayang line internet entah apa2. Baru 2-3minit lepas pakcik TM tolong betulkan petang ini.

Korang pernah jumpa tak tisu yang diubah seperti tu?. Zaman sekarang bekas tisu pasti yang dalam kotak, kannnn....

Thursday, September 27, 2012

Terliurrrr

Yang ini makan time panas memang ngammm.. 



Cecah dengan sambal kicap!! Peeh....


Kalau dapat makan dengan nasi panas pun syok gak..  


Kalau yang ini macam dah jemu... 


Peeh!! mantoppp 


Tak apa.. ambil yang ini jer, lepas raya kesihatan kena jaga...


PS: Entry untuk orang yang sedang  berpuasa ganti.. Heheheh... Sumber Gambar
(kredit untuk diri sendiri,sendiri masak, sendiri snapp)

Wednesday, September 5, 2012

Rabun ayam atau Rabun?


Cermin mata yang tersarung di telinga mengambarkan si pemakainnya...bersih atau kotor cerminnya.

Aku jenis yang lasak namun rabun. Suasana persekitaran yang terdedah dengan minyak goreng, wap panas dari makanan dan minuman. Membuatkan aku perlu sentiasa 'up to date'.

Kalau korang nak tahu tempoh tukar cermin atau bingkai ku lakukan apabila tempoh pengunaan hampir pada 3tahun atau berlaku 'kecederaan' pada harta utamaku.

Memang sukar bergelar si Rabun dari bergelar si 'rabun ayam'

Thursday, August 18, 2011

Cari nie malam jumaat!


Malam nie malam jumaat eik??
Lepas solat tarawih aku cari nie.. buat penyejuk diri.. hehehehhehe..


Apasal rasa panas jer ya, hairan tu luar udara sejuk, tapi dalam hangat oooo
PS: sesekali nakal2.. boleh kan???

Thursday, August 4, 2011

Nama Isteri di Handphone Suami..


Baru menikah: MY LOVELY WIFE ♥♥
1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
5 thn menikah: HOME
10 thn menikah:IBU PEJABAT
......
15 thn menikah: BILIK GERAKAN
20 thn menikah: BUKIT AMAN
25 thn menikah: WRONG NUMBER
PS: kredit to Norhasina Daud, sahabat ku semasa bekerja di Mersing dahulu....
jom check hp hubby masing2.. hehehhe, 
Bulan ogos adalah aniversarry daku … jeng2….Jom, teka berapa haribulan?

Thursday, July 28, 2011

Korang dah start berbelanja bahan-bahan untuk bulan Ramadhan?

Assalamualaikum sahabaku semua….
Apa kena dengan aku hari nie?
Mood berblog merundum 100%,nak tunjuk resepi masak-masak pun tak ada idea… lainlah kalau ada sahabat yang request, mungkin ku akan pertimbangkan….
Tadi masuk blog Azila , dia dah start shopping untuk bulan ramadhan… esok adalah hari jumaat. Rasanya hari yang paling sesuai ku berbelanjer, tambahan esok nak cari bahan-bahan kuih muih, pengat/bubur dan bahan kering untup perniagaan di bulan ramadhan…

PS: korang dah start berbelanjer ker?

Saturday, February 26, 2011

kerja??

Bismillahirahmanirahim..

Selamat pagi sabtu, sahabatku semua.......

Wah!!! Mengantuk ko….kiranya malam semalam dapat lah BW ke blog-blog yang terdapat dalam bloglistku…itupun terpaksa guna mancis buat elak mataku tertutup ( ala-ala mr bean pulak..waka..waka…)

Seronok sebenarnya berkongi pengalaman dengan sahabat-sahabat semua…rasa indah bila sesuatu itu ada kaitan dengan kita…rasa bertenaga bila kita rasa aura berblogging menurun…dan rasa syukur bila dapat kumul ilmiah bersama-sama teman-teman yang turut berkongsi ilmu pengetahuan dan rasa gembira dapat syer resepi untuk masakkan yang memang sinonim dengan kehidupan kita…(ada ker. Yang 1 hari tak makan, dan minum???)


Untuk edisi GEGAR BLOG ANDA, ada  hari lagi..agak lama sebenarnyakan??? Tak apa….aku berblog bukan nak cari lawan…tapi nak cari teman dan kenalan

PS: selain aku yang berkerja hari nie, dengar-dengar cikgu pun kerja kan??? So…….di antara kalian siapa yang kerja hari sabtu???cepat-cepat mengaku yer!!

Monday, February 7, 2011

situasi blogger di pagi isnin

Assalamualaikum..

Selamat pagi sahabatku sekalian….

Sekarang nie aku sedang membayangkan situasi teman-teman

Blogger yang bekerjaya ada anak kecil/bersekolah (lelaki)

Semestinya sedang bertungkus lumus membantu si isteri menguruskan anak-anak, hantar anak kesekolah, mood bekerja ala-ala zero gitu…maklumlah….minggu lepas baru bercuti….lah nie kepala dok pikir kerja yang menimbin sedang menunggu

Blogger yang bekerjaya ada anak kecil/bersekolah (perempuan)

Situasi ala-ala sama dengan blogger lelaki diatas, hanya tambah sedikit bab pakaian,,,sure korang cantik dan cun menggayakan baju baru sempena CNY…merah kan??? Menyala ko,.

Blogger yang bekerjaya tiada tanggungan sebab anak dah besar/belum dikurniakan cahaya mata/single (lelaki)

Semestinya, sedang panaskan enjin kenderaan anda ke tempat kerja, atau sedang menempuhi jem yang agak panjang sepanjang perjalanan ke tempat kerja, sarapan samada isteri yang sediakan atau makan kat kedai mamak, ,mood kerja pun sama macam blogger diatas…dalam hati sure bekerja..kalaulah masih cuti..kan best!!!

Blogger yang bekerjaya tiada tanggungan sebab anak dah besar/belum dikurniakan cahaya mata/single (perempuan)

Semestinya seperti blogger lelaki diatas, hanya tambah sedikit bab pakaian..ehem…..cantik ko…..mood kerja rasanya sure melantun sebab rindu kat kawan-kawan ditempat kerja

PS: blogger yang tak bekerja dan ada anak……….(mesti macam aku…..agak rebut gitu pagi nie.wawawaw…mana stokin anak aku…baju yang dah di gosok renyuk semula)
Atau blogger yang tak bekerja dan anak dah besar/tiada anak.jom sambung tidur lagi

            Hanya senyuman di pagi isnin…jangan marah ya!!!
Yang penting kita perlu bersemangat dalam melakukan apa jua pekerjaan
SEMANGAT!!!!!!


Thursday, January 27, 2011

Tidur Mati..............

Selamat pagi semua

Hahahhahahaha, jangan terkejut yer,.malam-malam buta aku merepek meraban dengan korang..sebenarnya aku baru bangun dari tidur…..selepas balik dari citarasa rinduan, dalam jam 8.40 malam…terus tertidur depan tv…bukan penat, tapi kepala ada berat sikit…




Umai dan en zalie pun geleng kepala bila nak kejutkan aku, puas diorang kejutkan…tapi aku tak gerak-gerak….sampai en zalie kata, ingatkan nak bior aku tidur sorang-sorang kat ruang tamu…(eik, ada ker patut depa nak bior ibu mithali nie duk sorang-sorang kat rumah bawah)…..

Malam jumaat tau…karang datang antu cekik aku????

Eik……tomo…tamo,.selisih..bior aku jumpa korang dalam mimpi dari terjumpa hantu mak limah balik kampong, hihihihihihi

Walhal aku nie memang jenis tidur mati, kalau mercun bunyi kat sebelah aku pun..ada aku kesah?…..tidur…tidur…..huhuhuhuh

PS: nak ziarah rumah korang sekejap, mana tau, malam-malam ada citer baik punya…dan ada pelbagai menu korang tayangkan…kan?: kan?

Wednesday, January 19, 2011

Tesentak aku,,,,,gatai nak tambah bini???



Salam…

Petang tadi, aku berbual dengan seorang pakcik yang suka makan mee goreng mamak dan kopi O..

Dalam perbualan kami, banyak pulak kisah yang di kongsi bersamaku…yang buat kan aku tersentak…dia nak tambah seorang lagi bini

Asalnya pakcik nie, tak lah kaya sangat pun…hanya bekas pekerja kilang, bila dah tak sesuai nak menghadap supervisor dan barang-barang kilang…muak gitu..berhenti..jaga sepasang lembu…

Sampai sekarang hasilnya,dia dah boleh duduk selesa….dah ada beratu-ratus ekor lembu dan kambing……

************************************

Awal pagi menghadap kandang lembu dan kambing. Petang lepak kat kedai aku….

Setiap hari modal cerita nak tambah bini..tapi sampai sekarang tak tambah-tambah, anak pula yang setiap tahun seorang satu…hhuhuhu

PS: cakap kosong okeylah, cuba reality…sanggup ker, dah tua-tua kelek anak lagi, bini jambu…tapi tak boleh nak dekat-dekat, mana taknya..hari-hari bau minyak gamat dan minyak serai…huhuhu (pic kredit to google)

Sunday, January 9, 2011

Gara-gara Cerekerama Cinta Buta.....aku terkenal..hehehe


Assalamualaikum..selamat pagi

Harap-harap hujung minggu hari ini…diisi disamping orang yang tersayang, sambil layan tv dengan menu yang menyelerakan……..

Aku baru balik dari citarasa rinduan, kalau tak update blog rasa lain macam jer badan..walau semalam aku mengalami kecederaan kaki kiri..tetap gagahkan diri berniaga…dah rezeki bidang makanan…janji rezekiku dari sumber yang halal….kan?kan?

Maaflah, pagi ini aku sekali lagi nak kongsi tentang cerita drama CINTA BUTA di tv3…siapa tak tonton sangat rugi, lagu pun mantap tu…(yang tak suka citer tu…jangan marah yer..heheheh)

Semalam..aku sempat borak dengan blogger cikgu jaja tentang pelakon yang bagi kami kurang kena dengan jalan cerita tu…..maklumlah..mak-mak depa muda belia….kalaulah mak si dahni tu tu pertengahan usia mungkin kena kot, samalah sengan syanie….kami siap suka-suka tukarkan mak depa dengan pelakon yang lain..hahhahaha

Tapikan, disebabkan cinta butalah….traffic aku tinggi melambung………..kalau selalunya ada 2-12 visitor pada satu masa….tiba-tiba sampai 61-70 visitor ko…..(aku print screen jam 12.15 malam)

Pada masa yang sama, around 11.30-12.20 malam google tentang cerekarama tu naik sampai 128 hasil carian, selepas waktu tu aku tak tahu..dah mengantuk.hehehe (aku terus print screen buat kenagan aku)

Hingga saat ini jam 10.30 pagi untuk google tentang cerekarama cinta buta hingga ke 276…..(satu jangkaan yang diluar kemampuan…)

Dan, nak buktikan lagi…aku open google………tu dia…visitor pada jam 12-1 pagi adalah sebanyak 279 visitor….hehehehehe. (traffic lain dari yang lain)

Dan kebanyakkan hasil kata kunci adalah 100% tentang cerekarama cinta bulan.


PS: terkenal lah sekejap blog citarasa rinduan, nak dapatkan lagi traffic macam nie, entahbila????????? Sekurangnya…merasalah juga kan...…heheheheh