Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Alangkah indahnya....

Jika...
tidak perlu bekerja,
Jika...
tidak perlu bangun tidur,
Jika...
wang dipetik di rimbunan rumput,
Jika...
wang dipetik di tepian jalanan
Alangkah indahnya kannnn!

Tapi,
Apa jadi jika semua manusia menjadi malas?
Apa jadi jika semua manusia mementingkan diri sendiri?
Apa jadi jika semua manusia bermusuhan sesama manusia?
Apa jadi jika semua manusia saling menzalimi sesama manusia?

Kerana..
Kita hanya layak meminjami 'harta' yang sementara...
Di sana kekal abadi
Allahuakhbar!!! Bersyukurlah kerana kita wujud antara yang terbaik dari yang terbaik!

Alangkah indahnya......

Tuesday, October 16, 2012

Berbudi....







Alhamdullilah.... nikmat Allah.. berbudi pada tanah, inilah hasilnya....

Berbudi pada manusia? fikir-fikirkan..... kenang dan ingatlah hingga bawa ke Sana... kita hidup memerlukan kerjasama dari satu sama lain, hanya tiba masa kita akan keseorangan apabila dijemput pulang...Wallahualam


Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidul Rasul..~ Tuan rumah ke Serting, N9)


Selamat berhujung minggu sahabat… salam maulidur Rasul..

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”


Marilah kita bersama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita beroleh syafaat daripada baginda kelak di akhirat sana. Amin.

Friday, January 20, 2012

Hari ini banyak yang ku belajar..salam takziah buat keluarga Arwah Izwan Pilus

Awal pagi aku dah gabra dengan tarikh temujanji En Zalie, dengan topup handphone tinggal beberapa sen… bila aku call HSI memang betul hari ini tarikh apoinment En Zalie.. mujur jam 9 pagi adalah masa temujanji bersama doctor Jothi…

Doctor yang sangat baik sepanjang En Zalie di rawat di HSI.. bila bertemu doctor, kami masih berpegang dengan kehendak kami, iaitu tidak mahu operation dilakukan, memandangkan risiko amat besar jika di jalankan…

Moga, dengan bantuan alat pernafasan yang dipakai oleh suamiku setiap malam dengan izinNya suamiku dapat meneruskan kehidupannya.. Insyallah…

Tarikh temujanji dengan beliau pada tahun hadapan iaitu pada18 january 2013.

Ini perkara yang ku belajar pada hari ini,. Redha dan berusahalah selagi hayat masih ada… masih ada orang lain disana yang menghadapi pelbagai dugaan dariNya, itu tandanya DIA sayangkan kita.. itu tandanya kita tergolong dalam golongan orang2 yang terpilih.

Syukur…

Dan kerana itu, aku terlupa temujanji aku dengan blogger ini, sungguh!!! Aku terlupa. Maafkan kak dari hujung rambut hingga hujung jari, ada jodoh insyallah.. kita bertemu lagi..


PS: salam takziah buat seluruh keluarga arwah Izwan Pilus diatas kehilangan beliau yang menghadap Illahi pada jam 6.15 petang dihospital Ampang, beliau dimasukkan ke hopital  pada pagi tadi (jumaat), punca kematiannya kerana menghidap penyakit jangkitan kuman di paru-parunya. Jenazahnya akan di kebumikan di kampungnya di Melaka,Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin.Al fatihah buat Allahyarham

Post FB beliau kali terakhir..




Usianya hampir sama denganku.. masaku entah bila??, Malam ini, atau esok2 mungkin giliranku.. ku mohon beribu kemaafan buat semua teman2 yang mengenaliku, samada kesalahan yang ku lakukan secara senghaja atau tidak..

Thursday, January 19, 2012

Menjadi isteri diredhai Allah


Rutin seorang ibu setiap pagi, selain kejutkan anak.. pastinya si ayah anak perlu dikejutkan…

Bila anak dikejut.. perlu di tiak namanya… Umai, bangun sayang.. hari ini ke sekolah…
Bila ayah anak di kejut.. perlu digoyangkan ibu jari kaki kanannya, Abang, bangun sayang.. nanti terlambat solat subuh

Ya… kita perlu kejutkan mereka dengan kata2 yang indah2.. kata2 yang buatkan mood mereka 1 hari berjalan dengan baik,

Moga mereka yang tersayang sentiasa ingat bahawa kita sebagai seorang ibu, isteri, wanita memang seorang yang sentiasa cukup bertenaga menjaga mereka.. walaupun kadangakala kita ada sakit peningnya…



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Friday, January 13, 2012

Selamat pagi, kisah semalam, kisah IQRA, sedikit Renungan..


Selamat pagi penghulu hari sahabatku diluar…

Semalam yang sangat memenatkan, tempahan yang ku terima dibatalkan, namun ku bersyukur kerana jika tempahan jadi, maknanya aku pasti tak cukup tangan menguruskan tempahan nasi ambeng sebanyak 100 bungkus dan melayani karenan pelanggan disatu masa yang sama.

Ada hikmahnya ditambah pekerjaku yang dah bertahun berjasa denganku bercuti.. tempahan ditunda ke minggu hadapan..


***************

Sekejap lagi, aku akan menguruskan persekolahan anak daraku.. buku IQRA telah En Zalie belikan, ada sedikit lucu yang berlaku, di sekolah PASTI cikgu ada buat penambahan belajar mengaji, upah RM 12 perlu dibayar setiap bulan, sejak umai berusia 3 tahun aku dah ajar Muqadam, rupa-rupanya selama aku tahu nak belajar asas belajar AL QURAN dengan Mukadam, rupa-rupanya zaman sekarang melalui IQRA.. hehehheheheh (Nampak sangat aku tertinggal jauh tentang perkara itu, maklumlah adik paling bungsuku dah berusia 18 tahun, manalahku tahu… )

***************

Sedikit renungan dipagi jumaat

Seseungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan kamu dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat menyintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu
Riwayat Muslim & Tabrani



PS: dah tinggalkan URL anda di entry
ini??? Jika anda berminat jom lakukan segera.

Wednesday, December 28, 2011

Yang ini pula siapa yang punya?


Jangan malukan kaum wanita, destinasi betul2 berhadapan kedaiku, dok comel terselit kat helaian rumputan..

Aduh!!! Malunya…. Buat renungan sahabat wanita diluar, berhati2lah dengan hak peribadi anda.. kerana wanita itu semulajadi, ayu, dan cantik.. kejadian dariNya, semuanya serba serbi indah… tolonglah berwaspada…

Kepada sahabat lelaki diluar, ingatkanlah kepada adik perempuan, kakak dan anak2 kamu.. 


Friday, October 14, 2011

KENAPA TAK ROGOL SAYA???



Kisah benar ini berlaku di US. 

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu. 

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke 
rumahnya. 

******************
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu. 

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?” 
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
tu?) 

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw 
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.” 
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..) 

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu. 

p/s : MORAL CERITA INI??? 

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan 
diriNya. 

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 




PS: Selamat pagi penghulu hari sahabatku semua…. Moga setiap pekerjaan yang kita lakukan di redhai olehNya..amin

Saturday, September 24, 2011

Moga hari ini lebih baik dari semalam..

Salam pagi sabtu sahabatku semua..

Hari ini citarasa rinduan kembali beroperasi…. Walau semalam banyak agenda… walau semalam urusan utama banyak dilakukan… namun sekurangnya ku rasa lega kerana semuanya berjaya dilalui…. Hidup hanya sekali, pandai2 menguruskan itu ini…

Moga hari ini lebih baik dari semalam, semoga rezeki bertambah2…. Jom, ke citarasa rinduan !

Friday, September 23, 2011

Doa dan amalan untuk mendapakan Zuriat


Salam pagi jumaat sahabatku semua…sekejapnya masa berlalu.. hari ini citarasa rinduan tidak beroperasi, jadual ku akan dipenuhi dengan temujanji en zalie dengan doctor… sudah tiba masanya jadual kami padat dik temujanji demi temujanji yang telah dibuat sebelum ramadhan lagi..

Saat ini, ku bermohon agar 1 hari nanti akan ada zuriat buat kami… selain usaha, selain petua yang kami amalkan.. ada jua amalan berkaitan dengan doa yang kami amalkan…
Ku kongsikan dengan kalian doa amalan kami untuk mendapatkan zuriat …. Kami usaha, Insyallah..


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


PS: Doa ini kupelajari dari Ustazah Siti Nur Bahiyah..semoga usaha yang kita lakukan sekurangnya membuahkan hasil.. Insyallah

Sunday, September 4, 2011

Buat sahabat diluar

Aku jadi kekok apabila dah lama tak  menaip. Apatah lagi nak berfikir malah nak kongsi sesuatu dengan kalian semua….
Namun, sebagai seorang sahabat hanya ingatan kepada semua sahabat yang sering berkunjung ke blog daku.. berhati2 memandu pulang ke rumah dan berhati2 memandu pulang ke tempat kerja anda..
Kerana ku tahu saat ini, pastinya ramai rakan2 yang sedang menguruskan keperluan untuk kembali bertugas setelah seminggu bercuti berhari raya…
Semoga, keperluan anda dan anak2 anda diuruskan dengan sebaiknya sebelum pagi menjelma…
Salam sayang dari aku Ayu Citarasa rinduan..


Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday (Part 9) Nuzul Al Quran



Salam ramadhan ke 17, bersamaan hari Nuzul Al Quran.. Ibu Negara bercuti,. Tidak di Johor.. sama2 kita memperbanyakkan bacaan ayat2 suci Al Quran Nur Karim.. Semoga amalan ini dipupuk buat bacaan harian  kita...

Tuesday, August 16, 2011

Untuk renungan perempuan.... Berhati-hatilah berpakaian

Salam ramadhan ke 16 sahabatku..
Sesekala bila ku kering idea.. ku akan singgah ke blog sahabat untuk bertanya khabar… bila singgah ke blogger itu… hatiku terdetik, betapa lalainya kita dalam menunaikan fardhu yang diwajibkan atas kita.
Ku kongsikan dengan kalian apa yang berlaku pada mata kasarku semenjak berniaga di gerai yang sentiasa dipenuhi manusia.. lagilah berhadapan bank..  berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai ragam dan cara..

Kempen Legging
2 kali ku bertembung dengan makcik2 yang sopan pakaiannya namun memakai lengging (seluar yang nipis, ketat).. subhanallah.. malu diri ini bila berhadapan dengan mereka… sekiranya tubuh badan kecil, mungkin molek.. namun sebaliknya???
*************
Ada sekali dalam jam 3.20 petang, sedang aku menyusun makanan dari kenderaanku.. ku terpandang seorang perempuan yang berambut panjang, berseluar pendek yang menampakkan peha paling atas (bagiku seluar itu sama tinggi dengan seluar kecil@fahamkan maksudku?), berbaju tanpa lenggan, kulitnya berwarna gelap.. tanpa segan pilu menyusun langkah ke bank dengan terdapat 6 anak tangga…
Pada wanita sepertiku.. ianya amat mengaibkan..  Sepanjang geraiku ada pelbagai gerai.. semestinya mata2 para lelaki tidak berkelip memandang perempuan itu… setiap langkah naik anak tangga itu pasti menjadi saat paling berahi untuk para lelaki..
***************
Untuk renungan bersama-sama para perempuan.. hentikan tabiat buruk tersebut, sekiranya itu pakaian yang menjadi pelengkap anda dibulan2 biasa..Sila hentikan di bulan yang mulia ini,.. hentikan dan janganlah mengurangkan pahala ibadat orang2 yang berhampiran anda..

PS: hilangkah iman/maruah kalian??

Friday, July 29, 2011

Jadualku Padat...

Assalamualaikum, salam penghulu hari sahabatku semua,
Hari ini, jumaat terakhir sebelum kita yang beragama islam menunaikan rukun islam yang ke tiga.. bersama-sama kita melakukan perbuatan yang baik-baik disisiNya..Insyallah…
Jadual ku hari ini amat penuh…maklumlah hari ini citarasa Rinduan bercuti....
1.       sekejap lagi ku akan bersama-sama pekerjaku mengziarahi pusara arwah FIL (hamis bin Haji Abu), al fatihah atas roh allahyarham
2.       ku akan menemankan MIL membeli barang-barang dapur (rumah) untuk bulan ogos/ramadhan
3.       Ku akan membeli barang-barang kering untuk jualan sempena bulan ramadhan nanti.
4.       Mungkin aku akan mengambil kesempatan untuk membeli pakaian raya untuk anakku umai..
Oleh itu.. untuk sahabatku di alam maya..
Ku tidak sempat untuk singgah ke rumah kalian… Mohon kalian memahami, terlanjur ku buat entry ini,,
Khas untuk sahabat yang kerap update blog pada waktu bekerja, ku mengucapkan Selamat menjalani Ibadat Puasa…. Semoga ibadat puasa kita diterima olehNya, dan disamping itu kita melakukan amalan-amalan yang mulia di bulan yang penuh barakah ini.. bersedekahlah sekiranya kalian mampu.

PS: Ku mohon, agar apa jua pertuturan/perkataan yang mungkin ada membuatkan kalian terasa/kasar di hati kalian, ku mohon ampun dan maaf..salam sayang dariku Ayu-citarasa rinduan

Tuesday, July 19, 2011

Peringatan:Ku loya...

Rupa cantik
Bertudung dan berbaju yang melambangkan ciri2 muslimah….

Tapi sayang..
Tapi aku ada sedikit bimbang

Bila kuku jarimu tak terurus, bukan kerana berkuku panjang…
Bukan kerana beruncing atau kau bubuh pewarna..
Tapi.. ku loya bila lihat kau berkuku hitam..

~selingan: untuk peringatan diri sendiri dan kaum2 ku.. jaga kebersihan anda,. Termasuk lah dalam dan luar…~

PS: teringat pulak zaman kanak2… berkuku hitam sebab main guli tanah… heheheh

Wednesday, May 25, 2011

Apa itu kehidupan?

Assalamualaikum..
Selamat pagi sahabatku sekalian...
Pagi nie aku terjaga awal... syukur, kerana setiap hari aku sentiasa bertuah dikejutkan olehNYa, untuk menikmati satu hari dan satu hari lagi nikmat kehidupan, insyallah.. selagi ku bergelar hambanya... ku berserah kepada yang maha esa...
Amin
**********************
Kadangakala terfikir di benak ku apa itu kehidupan?
Kadangakala akal menguasi nafsu, hingga aku terlupa aku seperti kalian....ada waktu segarnya, ada waktu lemahnya , hanya sedar bila pening dan batuk melanda....itu “warning” awal
Syukur, tidak seperti insan yang lain, menderita terlantar lamanya di atas tilam, tidak berdaya menguruskan diri, apatah lagi nikmat makan dan minum di tarik balik
**********************
Dan ku bersyukur, kerana sentiasa di kelilingi ahli keluarga dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang aku, dikala insan lain menderita kehilangan insan-insan yang tersayang....
Dan mengingatkan pada aku.... bahawa hidup mati itu pasti...


PS: akhir-akhir ini, aku memang agak sibuk.... hingga satu waktu ku rasakan perlukan ku hentikan sahaja aktiviti berblog ku ini???

Terima kasih sahabat kerana sentiasa mengingatiku dan memahami situasiku kini....

Friday, May 20, 2011

Ingat MATI


Assalamualaikum....

Selamat pagi sahabatku semua, salam pagi bagi penghulu hari,

Alhamdullilah... baru balik dari mengziarahi pusara my FIL, ku bawa kesemua pekerjaku.... syukur, rasa lega bila setiap pagi jumaat kami meluangkan waktu berkunjung ke pusara... dan sekurangnya, amalan ke kubur mengingatkan aku kepada kehidupan aku di dunia..

Setiap yang bernyawa pasti satu hari akan di jemput kesana, oleh itu... berbuatlah baik sesama insan, mohon kemaafan keatas sahabat atau kenalan kita jika kita pernah terasa atau memasam muka..

*********************

Tanamkan jiwa kita dengan keikhlasan memaafkan setiap apa jua yang berlaku antara kita sesama insan. Walau perit, walau sakit jiwa kita... ikhlaskan diri... beri kemaafan...

Selagi kita bernyawa, kita masih ada peluang untuk melakukannya, namun... jika tengahari nanti, petang nanti, malam nanti atau esok, atau sekarang ini kita di jemput kesana...?

Semestianya, Tiada peluang kita berbuat sedemikian...!!!!

PS: renungan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabatku sekalian..




Selingan~ JEMPUT-JEMPUT OAT CINTA AYU~ Sarapan kami..


Monday, May 9, 2011

SEMANGAT!!!!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi isnin sahabatku semu

Ku doakan supaya apa jua pekerjaan/perbuatan kalian pada hari ini dipermudahkan olehNYA...
Untuk sahabat-sahabat yang berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan....
Tabahkan hati..... kuatkan semangat anda...

Kita manusia, kecil besar dugaan untuk kita semuanya telah di tetapkan olehNYA dan Tuhan tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuan insanya.. Insyallah..

Senangkan diri, lapangkan hati.. pelbanyakkan selawat atas junjungan Nabi kita Muhamad , keluarganya dan sahabat-sahabatnya..

Jua, lebihkan zikirullah.. basahkan bibirkan anda dengan kalimah-kalimah memuji kebesaranNYA..

Dan.......
Senyum-senyum selalu sahabatku semua......

PS: jom kerja!!!! SEMANGAT!!!!!!!! (untuk diri sendiri dan kalian semua)

Monday, April 4, 2011

Memang sudah tiba masanya padaku..

Baru pulang dari klinik
Doctor sahkan aku tiada sakit
Hanya dikatakan ku perlu rehat yang cukup..
Aku agak hairan…kerana setiap hari aku memang tidur secukupnya dalam 6 jam seharian, aku tiada darah tinggi, apatah lagi ku mengandung…

Bacaan BPku 101/69…
Namun bukan darahku rendah…

Ku terima 4 jenis ubatan iaitu pening, sakit kepala, ubat cegah sakit kepala dan perjalanan darah..

***************
Ku rasa memang sudah tiba masanya padaku…
Mungkin sebelum ini aku alpha..
Mungkin sebelum ini ku tidak ambil berat

Kini perlu ku kongsi dengan kalian
Selain ayat Qursi, Istifar untuk pelindung diri
Ada satu lagi ayat Doa Pelindung dan penggerak yang ingin ku kongsi dengan kalian.



Nota kaki: atau adakah surah/doa lain yang kalian amalkan untuk pelindung diri kalian?? Mari kita kongsi bersama-sama untuk kebaikan semua


PS: terima kasih teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepadaku…ku amat terharu dengan sikap perhatin kalian… Insyallah…apabila ku sihat seperti biasa…akan ku singgah ke blog kalian…

Friday, April 1, 2011

1 April........... April Fool.

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.

********************
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

************************
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

*************************

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.

Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.


PS: entry ini, tak silap ku kongsikan pada tahun lepas…..namun..menyedari 1 april datang lagi..sama-sama kita ambil iktibar….