Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, May 20, 2011

Ingat MATI


Assalamualaikum....

Selamat pagi sahabatku semua, salam pagi bagi penghulu hari,

Alhamdullilah... baru balik dari mengziarahi pusara my FIL, ku bawa kesemua pekerjaku.... syukur, rasa lega bila setiap pagi jumaat kami meluangkan waktu berkunjung ke pusara... dan sekurangnya, amalan ke kubur mengingatkan aku kepada kehidupan aku di dunia..

Setiap yang bernyawa pasti satu hari akan di jemput kesana, oleh itu... berbuatlah baik sesama insan, mohon kemaafan keatas sahabat atau kenalan kita jika kita pernah terasa atau memasam muka..

*********************

Tanamkan jiwa kita dengan keikhlasan memaafkan setiap apa jua yang berlaku antara kita sesama insan. Walau perit, walau sakit jiwa kita... ikhlaskan diri... beri kemaafan...

Selagi kita bernyawa, kita masih ada peluang untuk melakukannya, namun... jika tengahari nanti, petang nanti, malam nanti atau esok, atau sekarang ini kita di jemput kesana...?

Semestianya, Tiada peluang kita berbuat sedemikian...!!!!

PS: renungan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabatku sekalian..




Selingan~ JEMPUT-JEMPUT OAT CINTA AYU~ Sarapan kami..


19 ulasan:

dwatyKNY said...

selamat pagi... alhamdulillah... kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar pagi ini... esok, lusa, tulat??? hanya DIA yang tahu...

conan said...

mengingati mati antara perkara yang harus diingti oleh setiap manusia,jgn nnt bila da mati baru teringat..hmm..mcm mn t???

Kakzakie Purvit said...

Sesungguhnya mati itu pasti. Tidak akan terlewat barang sesaat.

Sebelum itu mata kena jamu cekodok oat. Kakak tak pernah buat tau....

Syue Mustafa said...

Salam Ayu. Mati itu memang sesuatu yang pasti cuma bila kita akan dijemput oleh-Nya tak dapat ditentukan.

Cik Puan Kocik said...

Salam Jumaat Kak Ayu...sihat ker

Hudalatip said...

Memang selalu ingat mati..Cuba untuk jadi manusia yang lagi baik dari hari semalam..

bujal X said...

saya jarang ingat mati kak~~haih~

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak tahu la awe ni jenis pendemdan atau bukan kak...sebab awe tak boleh nak maaf kan orang yang jatuhkan maruah awe..sebab dia skunk masih bersenang lenang dan awe susah sampai sekarang

SITI NOARIZAH ARIS said...

ALHAMDULILLAH...hari ni sy masih bernafas untuk dtg menjengguk ayu di CR ni.

p/s:Jemput-jemput oat tu nmpak sedap sgt ada lak nescafe pastu b/fast sambil berblogging kat taman dpn rumah... fulamakkkk syoknyaaa !!

azian said...

kak...
kdg2 bila fikir ajal kita diambil skrang, takde apa amalan yg nak di bawa....

Encik MamaT said...

orang bijak ialah orang yang selalu mengingat akan mati dan bersiap utk menghadapinya...

nak memaafkan tu mudah.. kadang sukar utk melupakan...

sarah-najwan said...

sedak cekodok tuuu...

amatlah murni hati kita krn setiap saat kita bersangka baik pada org lain dan sedia maafkan org lain..

miloaiskurangmanis said...

thanks - for the tazkirah
cekodok tu - nampak sedap
makan cicah ngan cili sos! perghhhh!

azila said...

Mengingati mati akan membuatkan hidup kt lebih bermatlamat:)

PCL said...

salam pg Jumaat Ayu,..

mengigatkan PCL pada arwah dindaku abah IZZ, baru minggu lps ziarah kuburnya.

>ingat mati boleh mendekatkan kita kpd ALLAH.

blog-tips-kurus said...

org byg selalu mengingati mati ialah orang yg bijak..

*ckodok oat tu bubuh ape lg ye?

CT Delima said...

As'salam Ayu

Ya-Allah... tr kasih kerana mengingatkan akan kami2 ini yang masih kerdil dibumi Allah ni. Sesungguhnya didunia ni amat indah hanya dimata. Tapi bila kita renung2kan ia hanyalah sementara.Teringat pada kedua arwah ibu bapa yang telah tiada..semoga roh kedua ibu bapa ku sentiasa dicucuri rahmat..aminnnn

Beramal dan bersolatlah selagi hayat dikandung badam..

Unknown said...

mengingati mati akan membuatkan kita lebih mengingatiNYA ...

Amni said...

teringat ngan arwah kakak... sebelum dia meninggal, habis emua orang dia jumpa... mintak mmaf... belanja amkan la....serius masa dia meninggal, semua orang cam terkejut dan sedih gilerr..... terasa sampai skang.. tak sempat nak mintak maaf ngan dia... =(