Assalamualaikum...
Selamat malam sahabatku semua...
Kesejahteraanku masih tahap sederhana... demam tamo hilang, asal makan ubat salsema plus ubat batuk. Aku tertidur tak sedarkan diri... mujur umai mahupun en zalie semakin pandai bawa diri.. asal makanan dah terhidang di depan mata.Nak BW ke blog kawan-kawan,rasa tak selesa bila kepala sakit....
************************
Hari ini aku ingin berkongsi tentang amalan sedekah, era kini... kerap kali kita melihat di dada akhbar mahupun pihak media sumbangan dalam bentuk reptika CEK, Persoalannya, adakah amalan sedekah kita di terima di sisiNYA??
Atau, kes menayang sedekah perlu dipaparkan dimana-mana???
***********************
Ini pengalaman yang sering ku alami... asal ada peminta sedekah atau badan-badan kebajikan tampil diri... bila aku katakan sila tulis HAMBA ALLAH di kolum nama sumbangan, hujung-hujung tertera juga nama citarasa rinduan,
Tak ker terpesong niat asal kepada membanggakan diri/komuniti?
Pernah aku ikuti satu ceramah keagamaan... bila mendengar ceramah dari sesebuah badan kebajikan yang MEGAH, aku akaui isi pati kandungan penyampaian ustaz tersebut amat bagus, hingga kebanyakkan hadirin/hadirat menitiskan airmata....
Tapi, sebelum ceramah di tutup....
Ustaz tersebut telah memohon sumbangan untuk tanah wakaf kubur..
Yang menjadi kemusyikilan aku ayatnya berbunyi......
“silakan hadirin sekalian, menyumbangkan wang sebanyak rm 10.00 untuk membangunkan tanah wakaf kubur di---------“
(yang tak tahan tu... minta sumbangan rm 10.00 sekepala, agak-agak kalian, berapa ramai yang ikhlas menghulurkan sedekah rm10.00?? kalau nak sedekah lebih, perlu ke canangkan satu masjid dengan “saya sumbang rm 1,000.00.......”, sila ambil gambar saya!!)
PS: hujung-hujung yang ikhlas jadi angkuh diri, riak namanya., sedekah rm10.00 mula-mula ikhlas, lama-lama rasa menyesal pulak!!!..... renung-renungkan...
23 ulasan:
huhu...org zaman sekarang ni nak kena tunjuk baru percaya kot..
ikhlaskan diri.. berapa nak sedekah pun x kesah kan.. asal niat untuk bntu sesama islam.(^^!
wallahualam..
huhu yg dorang tulis tu takpelah ayu..bkn niat ayu nak menunjuk pun...
sebab setiap apa yg kita buat adalah ''atas niat' kita..jika kita niat ikhlas..insyaAllah Allah tau..sure!!
sedekahkan aku sket....
kalau namanya sedekah, x perlu la diberitahu berapa jumlahnya...mengikut keikhlasan hati masing2.kalau sedekah 1 sen tp penuh ikhlas, lagi berkat drp sedekah 1000 tp dgn perasaan angkuh dan riak. wallahualam...
hehe..siap ambik gmbr lg kan sis?
ayu..moga cepat2 sihat yerk...
makan ubat tau dan dapatkan rehat secukupnya...
kesiannyer akak ku sorang nii.. moga cepat sembuh ye..
ps: dh jd trend dah sedekah amik2 gmbr dgn cek besar..
Kata orang, kalu nak sedekah itu biarlah kalu boleh tangan kiri pun tak nampak.
Tapi yang buat mokap cek besar-besar tu biasanya syarikat2 besar. Kena declare, sebab depa nak tolak cukai.
Apapun, semoga setiap sedekah itu diberkati, semoga juga yang dibantu itu mendapat hak mereka.
Selamat berehat AYU.
tu la kak..sampai kita tak pasti adakah itu derma atau hadiah jerk...bila nak derma panggil press dan kuar kat media...
tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri :)
Salam kak ayu..
Zaman sekarang ni dah banyak berubah kan.. nak bersedekah pun dah ditetapkan berapa banyak.. tak boleh bagi sesuka hati. Saya pernah dapat kad derma ikhlas sempena jogathon. Dalam kad tu dah letak syarat paling kurang RM10. Susahnya nak derma seikhlas hati sekarang ni..
Derma tenaga..dah duit tada.
Salam ayu, rugi laa kan kalau dah derma disebut2 hilang juga keberkatannya.
kenapa kena rm10?
pelik la
tapi klu org2 besar2 yg nak menderma siap buat press conference lagi...kalau nak minta sumbangan pun jgnlah sampai membebankan org lain...
Biarlah seringgit asalkan ikhlas kalau besar nilai nya tapi tak ikhlas bukan dpt pahala tambah dosa lagi adalah.
derma kenalah ikhlas..mana leh ske2 je nak mintak bape2..haish!!!
p/s : kak..meh lah join bloglist itik kuning~ wink3 ** ( mata shining2 )
yela..zaman sekarng mcm ni la..sedekah x seberapa..cek nye besar sgt3..huuu~ ikhlas nye bsr mana pulak..huuu~ dunno wat to say.. nk tunjuk bukti dia brsedekah kuttt..tuhan tau cukup lah...itu yg lebih penting..
Assalamualaikum akak... selamat pagi...
apa khabar akak pagi nie? doa n harapan diana moga akak sihat hendaknya... banyak kan rehat tau akak...
tu ler kan akak.. kekdg perkara yg sama juga terjadi kat kami... x nak suruh tulis nama.. pas tu tetiba nnt keluar juga nama tu.. ermmm
salah satu tujuan sedekah tayang replika cek tu utk tolak kat income tax, huhuhu
as salam k ayu...
cite psl sedekah tp menunjuk nih mmg dh biasa kn zaman skrg nih... kt tv tu pun banyak tayang, wakil2 rakyat ke menteri2 ke bg sumbangan tp tayang cek besar gabak hehehe...
teringta cite kt astro oasis yg siri TANAH KUBUR psl org tu sedekah tp menunjuk2 last masa dia meninggal ALLAH tunjuk.... zmn skrg nih kn sume dpt bayaran cash
tulah yg xtahan..siap tetapkan had sedekah tu...
tulah.. kdg2 serba salah.. situasi sekarang ni yg memberi permasalahn kpd kita..
tp yg penting niat kita kan.
sedekah ni kalau tk kena gayanya boleh jatuh hukum riak kan ayu bila dlm hati kita mula berkata2..ish..nauzubillah.
Post a Comment