Assalamualaikum..
Selamat malam sahabatku semua, malam ini dah malam jumaat..... dengan aktivitiku yang agak padat... tak terlintas pun esok aku bercuti,sekejap sahaja masa berlalu,kalau orang lain bercuti hujung minggu sabtu dan ahad.. ku memilih hari jumaat...
Ku imbas semula, Kalau 9 tahun nan dulu, bolehlah aku goyang kaki, layan komputerku yang ada perisian UBS di office semasa aku menjawat jawatan akauntan di salah satu kolej MLVK.. bila awal bulan baru nak print penyata, hujung bulan kira gaji pekerja. Isi check untuk bayar bil syarikat, print baucer pekerja, print akaun students dengan pihak kolej...
(agak kelam kabut bila bos kadangakala ketuk bilikku bila nak petty cash atau nak minta ambilan buat belanjer bila ada urusan luar.. hehehe)
Namun, semua itu kenangan semasa aku bergelar anak dara...
************************
Bila bersama en zalie,, ku kenal apa itu sudip dan kuali... apa itu menu pagi, macamana rupa ikan kerachi, ikan mayong, ikan jahan, ikan baung, ikan pari, ikan tongkol dan pelbagai bahan-bahan masakkan yang dahulunya tak pernah ku tahu nama dan rupanya.. hanya tahu makan bila waktu rehat di office.
Syukur, kerana pengalaman memantangkan fikiran,, bila sebut tentang lauk pauk.. alhamdullilah,. Ku tahu apa bumbunya, ku tahu sukatannya, ku tahu berapa bilangan sudu garam, ajinamotonya, gulanya dan pelbagainya..
Bertuahnya hiduku... TERIMA KASIH ya Tuhan!!
~selingan: sabtu ini ku dapat tempahan dari PPD Kulaijaya, untuk cikgu dan pelajar sekolah... tempahan makan tengahari..syukur, moga air tanganku sentiasa di hati pelanggan.. amin
29 ulasan:
Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki Cik Ayu jelita
alhamdulillah.. rezeki masing2 kan akak..
ken byak bersyukur dgn nikmat yang Allah bagi.. insyaALLAH...
cik melur jelita--
amin... moga2 murah rezeki ayu..
terima kasih atas doamu
senyumSOYA--
amin, semoga disamping mengejar nikmat hidup, kak sentiasa ingat dibawah...
alhamdullillah sis.....sampai sini terasa bahagianya...ada sinar di hati...ada hangat dijiwa..berbahagialah...selamat malam sis...salam hati :)
Kak Ayu,huhu bila lah dapat merasa air tangan akak,mesti sedap kan..Moga rezeki akak n sy juga sentiasa murah,Amin..
Alhamdulillah.....sentiasa mensyukuri nikmat-Nya
penyair senja--
selamat malam dik, salam dari hati untuk kamu jua....
terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke blog kak..
zaliedana--
wah!! jom2.. turun kulai..
amin.. semoga kita2 semua dirahmati..
eelobor--
amin.. terima kasih kawan
Assalam,
Gembiranya membaca bila kawan2 hatinya berbunga gembira...syukur kepada Allah yang sentiasa memberi rahmat pada umatNya...
antan bertingkah--
wsalam,
syukur, sentiasa di kelilingi sahabat yang menyokong.. terima kasih atas kata2mu itu..terharu
Betul tu kak..
Rezeki itu Allah yg tentukan, pengalaman mengajar kita erti kehidupan :)
Jom Vote "Ada hadiah buat korang…"
bila la kita boleh rasa air tangan akak kan..tak sampai2 lagi kat kedai akak tu.. ^_^
alhamdulillaha, kalaulah Citarasa Rinduan ada cawangan di Sabah, pastinya kami guru2 akan selalu buat pesanan tempahan di restoran ini.. semoga rezeki mencurah2 buat akak dan en Zalie
maklong pun tumpang gembira.. bila ayu bahagia.. semuga yang terbaik sentiasa menjadi milik ayu..
Dulu dah rasa masakan Mat, nanti nak rasa pulak masakan Ayu ye.. :D
Alhamdulillah satu kemajuan. Semoga bertambah maju dan berjaya lagi.
Amiiinnn... ;)
tahniah ayu, seronokkan air tangan sendiri jadi santapan ramai orang.. bilalah masz dapat rasa masakan ayu nie yerk..
alhamdulillah sis ayu.moga bertambah ilmu memasak dan rezeki semakin bertambah ye sis.
sis..nak mee bandung!huhu
semoga sukses selalu....Syukur Alhamdulillah kerana sentiasa ingat padaNYA.
alhamdulillah.. nampaknya rezeki citarasa rinduan semakin bertamah baik....mmg dah terbayang ke dulu ayu akan menjadi tauke kedai makan?
syukur... alhamdulillah...
murah rezeki kakak ku...
rindu sangat kat kak ayu..
sebenarnya pengalaman tu yang menkayakan hidup kita kan. bertuah k ayu. :)
Dari tajuk hingga ke intro kemudian ke isi entri.... sungguh mempersonakan sekali ceritanya.
Sangkakan cerita ini akan panjang.
Tapi seperti tidak selesai di situ. Cerita macam tergantung. Tak puas pula baca.
Sambunglah lagi beberapa kisah kehidupan sederhana seorang anak dara Felda sehingga menjadi tokey restoren yang boleh pandu kereta 4X4...!
Nak tumpang gumbira dan syukur. Selebihnya bangga dengan AYU!
Memang indah hidup ini jika kita tahu untuk mensyukurinya Ayu.
MM pun ingin bersyukur kerana pagi ini dapat mengadap skrin komputer ini dengan tenangnya, tanpa terkejar2kan dateline, anak2 membesar di depan mata, tidur yg cukup tanpa memikirkan bebanan kerja menimbun di opis sebagaimana belasan tahun yg lalu. Syukur alhamdulillah atas nikmat yg diberikan-Nya ini.
seronok ye kak kalu kadang2 fkr kisah lama... dana pun sama, rindu ngn keje lama kt utm skudai dulu... sbb blh lyn mcm2 krenah student...
murah rezeki citarasa rinduan ye, banyak dpt tempahan
alhamdulillah....bila la sy nak try air tangan ayu ni...hehe
bertuah ayu ni :)
bilalah ati nak rasa masakan ayu tu
taktau bila nak jejak kek kulai lagi
alhamdulillahhh... bukan semua yang minat memasak ada kekuatan untuk sentiasa memasak kan?kan? eh, tetiba hehehe. salam kenall! err kak ke sebaya ni ek? haaa ce teka ce teka :-)
seronok baca blog ni...
saya pun ada impian nak bukak restoren..hehhe...mungkin isteri saya yang uruskan ....masih tengah belajar dan mengumpul dana..
Post a Comment