CITARASA RINDUAN

Monday, May 23, 2011

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.
Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
Kredit to mstar online
PS: aku dah google, ada 220 jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat PURATOS MALAYSIA SDN BHD, klik sini

31 ulasan:

senyumSOYA said...

ooo..bru tahu,,
bahayakn skng bab2 mknn halal ni,,
kena selalu dipntau...

azieazah said...

Sebagai pengguna, kita sangat kesal. Tetapi siapa yang harus kita persalahkan?

Tokey kilang?
Kerajaan?
Tukang bancuh tepung?

akuanakpahang said...

Susah hari ini byk benor makanan yang haram... kesannya amat buruk kepada keperibadian kita sebagai umat islam :(

ckLah said...

...tak bertanggungjawab.

Antan Bertingkah said...

Susahnya nak cari yang halal sekarang ni...ada je yang tersembunyi...

Ummi said...

Assalam Ayu...thanks atas info nih...adeehh macam2 skrg ni kan..nak makan kat luar takut serba serbi x kena...dah nak buat sendiri, bahan2 pulak buat hal...huhuuuu

Tinta Emas said...

patutlah anak2 sekarang semakin degil dan kurang ajar...

rupa2nya byk makanan yang tak halal di pasaran..

Nieza said...

Assalam Ayu, bagus sharing info ni ayu...tq dear.

azila said...

tq ayu share info ni.mcm dok janji2 plak..zla pon semlm dok browse pasal isu halal ni gak semlm:)

diana said...

kedai kek terkenal tu
agak2namanye apa??
heheh...
aih!!!
kita ni duduk kat malaysia ke kat cina ye??

munna said...

katanya SR pun tak halal....huhuhu...

Sue's said...

Itu la yang sgt2 dirisaukan sekarang... memang kena berhati2 sgt nak makan2 dekat luar ni... mintak2 dijauhkan

Mat Gebu said...

Terima kasih ayu...benda2 mcm ni penting bagi kita, terutama blogger masak2 macam saya dan lain2...

Antzly said...

maksih atas infonya ...

Yan said...

Thanks for the infos.

masalah masyarakat kita suka sangat minum kat kopitiam yang terbyata kebanyakannya tidak halal.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq kak ayu..td miza jmp ni.nnt akak ayu bacalah ye?
http://www.fasihah.com/2011/05/secret-recipe-tak-halal-jangan-terus.html

Mamamya said...

alhamdulillah...tq ayu...akak selalu jugak beli kek secret recipe ni (antara yg menggunakan bahan x halal nih)

akak nak share info ni juga yer....:D

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

bahaya..bahaya..
terus ragu2 mahu tempah kek pula untuk birthday anak..
terimakasih kak ayu share info

Sury said...

sekarang macam2 berlaku kita kena lebih hati2 sebagai pengguna

erienz said...

duduk kat negara islam...tp mknn semua yg x halal...dh jadik takut nk makan kat luar...

kakcik said...

Entah sudah berapa banyak benda yang haram dan syubhat masuk ke perut kita seterusnya menjadi darah daging! :(

cik pulau said...

kedai kek yg terkenal tu secret recipe la kan..
tu la.. halal haram ni jangan dibuat main..
jadi darah daging kte..
susah jadinya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lepas ni tak perlulah nak beli kek dari luar lagi... buat sendiri jelah kek walaupun tak sesedap kek di SR tu.. tapi yang penting bersih & halal...

thanks for the info ye ayu...

kemei said...

wahhhh..bru kutahu~

Daddy Ziyyad said...

saya tak faham, kenapa dalam benda2 baking macam ni pun perlu letak babi..

wahida said...

kalau SR, rasanya SR dah kluarkan statement...halal katanya..

maszmadi said...

hm, ada jugak bende tu dalam tepun kan... iskisk

Ayie Media Networking said...

Assalamualaikum saya ucapkan disini

Pada pendapat saya, sejak akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu-isu yang diluar jangkaan kita.

Pelbagai isu makanan haram yang selama ini kita makan telah menjadi isu pada hari ini.

Mengapakah? Apakah puncanya?

Apa-apapun diharapkan kepada semua umat islam, saya nasihatkan agar semua berhati-hati dalam pemilihan makanan harian anda.

BLOG-AYIE.COM | SHARE & LEARN

My Little Diary said...

takutnyaaaa...
mcm2 hal lah sekrang ni!!

siti murni said...

Panjangnya senarai tu...huhu..gerun pulak rasanya.

tq ayu..for d info..

alinac lover said...

adeh cemana tu..tkt nk mkn da