Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 8 Terkorban (UPDATE TANAH RUNTUH DI RUMAH PERSATUAN ANAK YATIM MALAYSIA

Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Kajang pada Sabtu didukung oleh seorang pegawai penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI 

KAJANG: Enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Kredit to mstar online
PS: semoga mangsa-mangsa yang tertimbus ditemui dengan segera.. Al fatihah kepada roh-roh mangsa yang terkorban... 
 ***************
DAN salam takziah kepada ahli keluarga SENIWATI MAHYON ISMAIL, atas pemergian allahyarhamah yang telah menghembuskan nafasnya pada jam 12.30 tengahari (21 MEI 2011), DI HOSPITAL ampang puteri. AL FATIHAH atas roh arwah


25 ulasan:

IMANSHAH said...

Alfatihah

sangat sedih

Syue Mustafa said...

Takziah kepada keluarga mangsa. Berat penanggungan & ujian yang diterima oleh mereka. Al-fatihah.

jeBateja said...

ALLAH...tak perasan pasal berita ni kak....kebetulan TV rosak....kajang dekat kat sini....semoga mereka di limpahi RAHMAT ALLAH....

Sunah Sakura said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..

Cheq Sue said...

Innalillah...kalo saya nengok berita kat tb tadi ni...sah2 dah nanges ni...syedihnya...

gadisBunga™ said...

innalillahiwainailahirajiun...sedih sangat pasal peristiwa yg menimpa rumah anak yatim ni..

uncle gedek said...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Cik Ecah said...

INNALILLAH....

takziah kpd semua keluarga arwah..smg ditempatkan dgn org2 yg beriman...

Amin...

Amni said...

kalau Pak Nil tak bagitau tadi masa kat AF tu, memang tak tau pun pasal ni... hari ni banyak plak cerita sedih.. huhu...

takziah untuk keluarga Faizal Hussein... baru cakap pasal dia semalam... juga takziah pada keluarga mangsa tanah runtuh tu...

azila said...

Ayu..sedih kan kat kanak2 tu.harap selamatlah baki yg masih dicari tu:(

tun_telani said...

ya Allah, sedihnya.. umah kt lereng2 bukit mmg tinggi risk kene land slide.. semoga yg terperangkap tu berjaya diselamatkan.
al-Fatihah pd mereka yg dh kembali padaNya

Mas said...

takziah pada keluarga mangsa.....
harap kanak2 yang masih tertimbus dapat diselamatkan segera...

Sury said...

Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...sian budak2 tu macam anak2 kita je

Anonymous said...

Sedih apa yang berlaku kepada anak yatim. Al Fatihah kepada mangsa

ZaraZueyin said...

al fatihah utk semua :(

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

Al-Fatihah...

erienz said...

salam ayu....
salam takziah buat keluarga yg terlibat...dugaan dari Allah...Dia lebih mengetahui tersurat dan tersirat....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesian kanak2 itu kan Ayu... moga syurga la tempatmu Nak oii.. Amin.

azian said...

sedihkan kak....kl la sedara mara kita atau kita sendiri mcmne la gaknya...

munna said...

MMG SEDIH DGN BERITA TRAGEDI NI... SEMOGA ALLAH CUCURI RAHMAT BUAT MEREKA YG TELAH PERGI

Rina Rahamat said...

al-fatihah..

mmg sedih baca tragedi nih..ajal maut ketentuan Allah..

wahida said...

tak boleh baca bab tanah runtuh tu...sedih sgt..

Alfatihah utk mereka semua...

Kak Amy said...

Terharu dan sedih snagat melihat tragedi sebegini.apa pun takziah dan al fatihah kepada mangsa terkorban..al fatihah juga buat seniwati mahyun ismail..

kella said...

setiap yang hidup kan pergi jua.. al fatihah..

Unknown said...

takziah