Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, May 4, 2011

Simpan dimana?

Assalamualaikum..selamat pagi rabu sahabatku semua...

Semoga kalian dalam mood yang okey-okey sahaja... senyum selalu...kerana senyum itu membawa kepada caj-caj positif dalam diri anda... awet muda gitu.......

*******************

Pagi ini ku ingin berkongsi sesuatu yang mungkin agak remeh tapi penting dalam kehidupan kalian...
Kita semua ada simpanan akaun di bank-bank pilihan kita...mungkin 3, 2 atau 1 bank yang kita percaya dengan sistem bank tersebut

Tapi.. yang paling terbaik pada pemerhatian aku adalah BANK TABUNG HAJI.... antaranya

1.       Satu-satunya bank yang akan menguruskan zakat terhadap pengdeposit
2.       Semestinya menjalankan urusniaga secara islam, halal dan diyakini suci
3.       Pengecualian cukai pendapatan
4.       Satu-satu peluang untuk orang islam menunaikan farhdu haji
5.       Satu-satu bank meletakkan syarat semasa membuka akaun, memerlukan waris... disini, ada kelebihan dimana apabila pengdeposit sudah meninggal dunia, maka memudahkan waris untuk menguruskan harta pusaka dalam akaun allahyarham/allayarhamah..

Selamat menyimpan

PS: apabila si mati meninggal, tanpa dapat mengerjakan haji, automatik waris dapat menguruskan dengan mudah urusan haji si mati

26 ulasan:

hentian said...

IM memang lama dah mendeposit wang dalam TH ni. tapi tak penuh penuh he..he..

IM juga pilih buka akaun di bank islam kerana ia ada link dengan akauh TH.

azieazah said...

Terimakasih info.

Dalam family, ada yg akaun Bank Islam, juga Tabung Haji.

Selamat menyimpan.

Sunah Sakura said...

dari dulu nak bukak akaun TH, tapi tak terbukak2 pun...huhuuhu...thanks kak ayu untuk info ni~ :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe nak buka akaun bersama boleh tabung haji tak?

norhidana said...

salam pagi rabu kak...
mood arini sedih sbb en edy kene balik tganu semula utk settelkan skit keje.. uhuk2 :(

dana ada bnyk bank tp yg paling aktif maybank sbb itulah duit gaji mask bulan2, TH pun ada dr kecik2 lg ada bt simpanan... simpan duit raya kt situ dr dulu smpai skrg hehehe

Kakzakie Purvit said...

Semua ahli keluarga kakak mesti ada a/c tabung haji. Anak-anak pun ada kelab TAHA. Masa tunai haji kalau nak withdraw kat Mekah pun mudah, ada dibuka di sana masa musim haji....

Aku Anak Pahang said...

Salam, ada jugak menabung sikit kat TH tu utk hari tua.

bujal X said...

saya pagi ni mood kurang baik~~

saya simpan bawah tilam je kak~~bole tak?

*jangan bagitau orang tahu!

sarah-najwan said...

selamat menabung utk masa depan..
tabungan ni penting utk kegunaan hari tua atau kat TH.opkos nk pi mnegerjakan haji..

azila said...

OK Ayu..senyum..senyum(nak awet muda )heheh.huhuh, akaun dah ader, tu pon nasib mak yg tolong bukakkan masa kecik2 dulu

Cik Pulau said...

tak bukak2 lagi akaun TH..
ingat dah keje nanti nak bukak la..hehhe..
^^,

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,Mmg betoi apa yg akak ckp..Sy pong pas bersalin jer,hubby terus g wat surat beranak n daftar Akaun TH utk anak,tiap bulan,mmg masuk duit utk diorang,sng simpan cikit dari diarang kecik..Yerla nak simpan byk2 bknnya org berada..Beringat seksiap utk masa dpn diorang selain simmpan kat SSPN..

PCL said...

memang senyum meleret pg ni..mood ok, huh! lelaki mana ada tak ok..memanjang ok je...hari2 sempoi.

akaun TH mmg dah ready dari awal2 masuk keja dulu lagi..mmg niat di hati nak ke sana...satu family dah siap cumanya caruman jer kekadang ada ..akan diperbaiki semoga cepat sampai niat ku ini.

Rina Rahamat said...

mak saya pon ckp..simpan TH je bagus..

wanita mutalib said...

dh bukak untuk baby Q :))

Unknown said...

yong da ada akaun :)

Encik MamaT said...

dulu guna bank islam.. leh transfer ke tabung haji.. sekarang ni pindah sini susah btol nak cari bank islam ngan tabung haji... aku guna Al Rajhi... :)



TH haji pon ada penyelewengan.. ampes btol kan depa tu...

Unknown said...

Stuju..
Saya lebih prefer TH berbanding ASB.. Takyah penin2 kira zakat..

bersama kak Es said...

Pilihan terbaik, kan :)

Lydia Miza said...

LM pun simpan tabung haji gak...semua kat ASB dah tukar ke tabung haji

SITI NOARIZAH ARIS said...

Alhamdulillah dh buat simpanan kt sana awal2 lagi dan dh mendaftar pun nk ke tanah suci... insyaALLAH semoga di pnjgkan umur & urusan di permudahkan nanti.

eelobor said...

aku tlg simpankan untuk ko, nak tak?

Kelab Kembar Malaysia said...

haah laa baru pasan... tq ayu!

Fyqa said...

thnks for info kak :)

gadisBunga™ said...

frankly, saya belum ada akaun tabung haji. hihi~

Murni Alfathunnisa said...

haih..entah bila la nak buka akaun tabung haji..asyik bertangguh-tangguh je...huhu.

thanx ayu..for d info.