PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 mencatat sejarah apabila sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan siaran secara langsung perkahwinan hebat kerabat Diraja Britian, Putera William dengan Kate Middleton (gambar) pada 29 April lalu.
Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu memperlihatkan bahawa stesen berkenaan berjaya mencari pengaruh dengan menyiarkan acara berprestij itu terus menerus dari London.
ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan menerusi perkahwinan tersebut selain menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards.
Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin DiRaja dan keluarga mereka.
Liputan perkahwinan itu juga boleh ditonton secara dalam talian selama seminggu menerusi www.tonton.com.my. Setakat ini, jumlah tontonan video sudah mencapai 25,000.
Kredit to mstar online..
PS: kalau terkenal sure orang ramai nak ikuti kan?? Lagi-lagi majlis perkahwinan di raja... tapi.. aku jer belum ada kesempatan nak tonton...hehehe
10 ulasan:
ramainyer....
kesian org yg tengok tu
keluarga diraja paling berpengaruh di dunia la katakan..lama dah mencari butang followers di blog ini..akhirnya hari ni baru jumpa..x tipu tau
orang kahwin yg di tengok ,rugi...pergi kahwinkan untung...
awe tgk gak..tapi agak mengantok ngan lagu :)
Ramai peminatnya yaa :)
William tersohor kerana bondanya.....
tak tengok
tun tgk kt astro. tunggu nk tgk baju dia.hehe
sy tgk kat tenet je..hehe..suka tgk kate..cantik n gojes
Post a Comment