Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, May 29, 2011

Terima kasih ibu

BABAK 1
“Ibu, kenapa ibu solat? Adik selalu nampak ibu solat 5 kali” ......sambil dikembangkan jari kanannya..
‘Sebab ibu nak jumpa Allah, nak ucapakan terima kasih dan syukur sebab ibu ada anak yang pandai macam umai..’
‘Oooo.... ibu nak ke syurga ya? Terima kasih ibu doakan umai...’ terus umai sarungkan telekungnya, konon-konon mengikutku bersolat..
************
BABAK 2
Setiap malam aku memang suka blogging sambil menonton berita di Tv, namun.... hujung-hujung bulan ini aku agak sibuk,
Hanya malam tadi ku dapat labuhkan badan di atas sofa..sambil jari kiriku mengambil remote astro..
“Ibu, jangan tukar channel. Ini astro oasis, nanti adik tak boleh masuk syurga... nak belajar baca doa.,baca yasin nanti tuhan marah..”
*****************
Setiap malam, ku selalu ajarkan umai membaca doa-doa pendek, agar dia cepat ingat, waktu sebelum tidur adalah terbaik untuk anak kita menghafal sesuatu perkara...
Tapi, tak pernah aku suruh umai ulang semula setiap ayat yang ku tuturkan padanya..
Malam semalam, ku tanya semula apa yang dia hafal tentang banyak-banyak doa yang ku ajarkannya.. alhamullilah.. dari 10 doa, kesemuanya umai boleh hafal , kudus, kuat suaranya dan tawaduk doa yang dituturkannya...hanya sesekali agak pelat tuturnya
Syukur


**********************
Syukur, kerana budak comel itu sentiasa membuatkan hati dan perasaanku sentiasa lembut..walau letih dan penat apabila pulang dari citarasa rinduan, menatap anakku seorang, hilang segalanya..
Sesekali ingin pula ku kongsi gelagat umai yang semakin membesar, insyallah.. bulan 9 tepat usianya 4 tahun..TERIMA KASIH ya Tuhan, kerana memberikan aku anak yang sempurna...(pada pandangan seorang ibu yang bekerja..)

21 ulasan:

senyumSOYA said...

kak ayu..
comel anak akak..
macam saya..heheh..eh2..silap..

semoga umai terus rajin belajar ayat2 Allah..
nanti kak ayu sarungkan tudung kat muka bulat dia tu lagi comel kan..

semoga akak jadi ibu mithali dan dapat umai yang solehah..(^^!

Unknown said...

senyum soya...
terima kasih dik, ini gambar lama... bulan 2, alhamdullilah.
umai mmg bertudung.

dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami sklrg

dieya said...

alhamdulillah, tahniah k ayu dikurniakan anak yg comel lagi solehah :-)
kagum dgr umai baru nak masuk 4 tahun dah pun pandai hafal doa. bijaknya!

Unknown said...

dieya--
terima ksih dik,
syukur kepadaNya......
moga sampai besar umai dapat kekalkan apa yang terbaik dari ajaran kak ayu..
amin

bantalbucuk said...

comelnye anak akak.. ^_^

ewanthology said...

melentur buluh, biar dari rebungnya

Aini Azman said...

mesti pandai anak akak bile besar nanti,.=))

Miss Mirror said...

Terlalu byk kenikmatan dunia yg Allah pinjamkan untuk kita Ayu - melihat perkembangan positif anak2 adakala membuat kita puas dan bahagia yg sukar diungkapkan - itulah keindahan menjadi seorang ibu yg tak semua org diberi peluang. Syukurlah kerana kita antara org2 yg terpilih utk diberi amanah.

nur said...

Bagusnye Kak Ayu.. Dan bertuah umai menjadi pelengkap kebahagiaan keluarga akak..

Daddylicious said...

semuanya harus seiring dunia dan akhirat...

IMANSHAH said...

Alhamdulillah didikan ibunya

azila said...

Alhamdulillah, semoga umai menjadi anak yg solehah:)

azieazah said...

Tabik!

sekadar satu coretan said...

cute jer umai tu...cerdik pulak tu...

Mama Kembar Tiga said...

sronoknya ada anak yg cerdik cam umai. mama yg membaca ni pun rasa sejuk hati, ayu apa tah lagi kan? moga moga si kembar 3 mama pun akan pandai cam umai jugak :-)

Unknown said...

Alhamdulillah..
:)

Rupanya TV LED belum wujud di Malaysia

munna said...

alhamdulillah..bila menatap dan melihat perangai anak walau macamana penat dan stress pasti hilang

shahjiehan said...

comelnya anak akak....

hentian said...

nanti kalau terlupa akan sesuatu doa boleh la tanya Umai..

Azian Elias said...

umur anak 3 4 tahun ni lah yang selalunya menyebabkan kita terpanah dek kata2 diarang.. tak dijangka..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Waktu anak2 kecil dulu mereka akan bertanya knpa sy tak solat sewaktu uzur lalu sy menjawab " Allah beri ummi cuti semua org perempuan pun akan dapat cuti ni "..sekarang mereka tak perlu bertanya lagi.

Itulah hikmahnya bila kita selalu menjaga solat anak2 akan sentiasa memerhatikan perbuatan kita.