Assalamualaikum….raya ke 2…jom raya weiiii…
Hari nie gatering perhimpunan keluarga Haji Abu, kali nie di rumah pak saudara en zalie….f sungai sayong.
Setiap tahun aktiviti ini akan dilakukan…awalnya aktiviti ini berjaya dijalankan pada tahun 2004, hanya berbeza tempat…iaitu bergantung kepada rumah adik beradik ayah mertuaku samada di Johor,
Untuk rumahku, kami dah buat pada tahun 2005….ahli keluarga abah mertua ada 16 orang kesemuanya…bila berkumpul mahu-mahu 160 orang termasuk cucu dan cicit waris Haji Abu,,,
Awal pagi, kami akan rewang bersama, baker sate..dan menyiapakan persiapan…untuk stok sate yang merupakan makanan utama ( disebabkan arwah Haji Abu dikenali di F SungaiSayong sebagai tauker sate) sahaja kami bakar sebanyak 1,000 cucuk, belum termasuk juadah yang lain…
Untuk pihak lelaki, akan diadakan majlis kenduri doa selamat keatas arwah atok Abu dan seluruh keluarga yang telah pulang ke rahmatullah..
Selepas itu, sessi bermaafan..yang paling seronok sekali…selepas adik beradik a.k. anak-anak Haji Abu, bermaafan…masa untuk kami a.k.a cucu-cucu ambil peluang bermaafan dengan pakcik dan makcik….
Turutan adalah mengikut peringkat tertua….dimulakan dengan keluarga Mak long sehingga Mak usu…lenguh menunggu bila turn kami nak bermaafan….sabor…
Diakhiri dengan cicit-cicit waris Haji Abu, termasuk Umai,…selepas itu sessi mendapat duit raya..saat nie, aku kena hulur kat anak saudara belah en zalie…ramai ko……..namun, bila ada sepupu yang masih belajar..kena hulur gak…..
Hasil selama 6 tahun aktiviti ini dilakukan, ku dapati,,,
- kami dapat bersua semula selepas satu tahun berjauhan atau dalam jangka masa yang panjang
- kami dapat bermaafan dalam 1 masa sahaja..tidakperlu berkunjung ke rumah saudara yang jauh
- merapatkan lagi hubungan kekeluargaan…
- supaya waris Haji Abu mendapat peluang mengenali saudara mara yang jauh atau yang dekat.
- mewujudkan satu suasana hormani dan berkerjasama antara satu sama lain
PS: dari pagi tadi aku sudah bersama mereka, namun jam 12 tengahari, en zalie mengadu keletihan…aku terpaksa pulang kerumah bersamanya,,,,nampaknya kesihatannya tidak mengizinkan en zalie berada lama disana…
0 ulasan:
Post a Comment