GAMBAR menunjukkan Philippe Croizon dekat
Lelaki itu, Philippe Croizon yang berusia 42 tahun itu dijangka menghabiskan cabaran sukar itu dalam tempoh 24 jam.
Namun, dia berjaya menamatkan renangan itu dalam tempoh hanya 13 setengah jam pada Sabtu lalu.
"Saya berjaya melakukannya. Saya sangat gembira. Saya tidak mempercayainya, gila," kata Croizon kepada stesen radio France-Info.
Sebanyak tiga ekor ikan lumba-lumba berenang bersama-sama dengannya buat seketika semasa dia berenang.
"Kami menganggapnya sebagai satu tanda tuah," kata bapanya, Gerard Croizon.
Croizon memulakan renangan dari
Kaki palsu Croizon yang dicipta khas membolehkannya berenang di dalam air.
Perenang itu kehilangan tangan dan kakinya selepas mengalami kejutan elektrik pada tahun 1994 semasa dia hendak membaiki antena televisyen.
Pada tahun 2007, Croizon mendapat liputan meluas kerana dia terjun dengan menggunakan payung terjun.
Dia pernah menulis sebuah buku, J'ai decide de vivre yang mendedahkan pengalaman dirinya. – AP
PS: kalau Croizon boleh, kita ????
2 ulasan:
cacat fizikal bukan halangan utk berjaya...yang pelik..orang barat berusaha utk berjaya even dia OKU..tapi di sini harapkan bantuan...tulang empat kerat boleh guna..namun masalah mereka kita tak tahu,,semoga orang2 sebegini dimurahkan rezeki..amin
salam,
di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
Post a Comment