Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, September 5, 2010

PENGUMUMAN KEPADA PELANGGAN SETIA CITARASA RINDUAN


424288


Assalamualaikum…selamat berhujung minggu…

Kepada pelanggan setia CITARASA RINDUAN,

kami berniaga sempena bulan ramadhan hingga 5hb September 2010,

bersamaan hari ahad.

Oleh itu hari ini adalah hari terakhir dalam bulan ramadhan kami menyediakan juadah lauk pauk, kuih muih, nasi ambeng, mee goreng, mee hoon goreng, nasi goreng, pengat dan bubur.

CITARASA RINDUAN akan beroperasi semula hingga…

Hari raya aidilfitri yang ke 9

bersamaan 18hb sepetember 2010

Terima kasih kepada pelanggan setia CITARASA RINDUAN,

Kami mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, berhati-hati dijalanraya dan selamat pulang ke destinasi anda….ingatlah orang yang tersayang,,,,

PS : OPEN HOUSE, Silalah ke rumah kami pada hari raya ke 4 bersamaan 13 hb September, kami mengalu-alukan kedatangan anda…

12 ulasan:

Chilabaey's Spot 2 said...

Saya belum jadi pelanggan setia lagi ni...??? Macamana yer Ayu.... hhehehehehhee.... :)

Unknown said...

abang,,,

malulah...kedai makan biasa jer.
heheheh

aeinio said...

alahai.. ingatkan balik jb nnt nak singgah.. nampak gayanya tak sempat laa ayu... adoii dah lama betul tak makan nasi ambeng!

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak..cuti sakan lah ni ye...heheh...selamat bercuti kak..

azieazah said...

Terimakasih AYU..

benarlah. Kerja kerja juga, rehat bersama keluarga pun penting.

Semoga percutian sangat menyeronokkan.

Nanti kita cuba nak pegi kedai AYU. Ntah bila.

ISZA said...

kalaulah dekat..

penjejak maya said...

salam,

lame gak bercuti raya tu..

Unknown said...

aeinio

alahai..kesiannya adik

tak mengapa..jemputlah ke rumah hari raya ke 4..sis masakkan mee rebus jb...lontong kering dan soto

semoga awak dapat hadir ya

Unknown said...

awe

tak lah cuti panjang sangat pun,.
sis risau nie..pekerja sis ramai balik indon..

tu pun jual mana yang sempat jer...

Unknown said...

sama-sama sis azie

sis, itulah...bior rehat lama sikit...nanti kalau buka kedai sure menderu customer,,,sure tak cukup tangan 2 nie..

kadangkala kesian tau ngan sahabat atau family y beraya lewat kerumah..sure ayu tarik datang kedai...so, tak dapat makan kuih raya lah....

Unknown said...

cikgu

saya nie malu sangat dgn cikgu

masa cikgu datang tempohari sebenarnya ayu menunggu di bandar...

tapi tak ada rezeki n jodoh nak bersua...

2 hari selepasnya, suami sakit gering..tu yang risau sbb tak jumpa, nasib cikgu pandai nak gerak sendiri ke umah CMG...

terima kasih yer cikgu atas segala..dan maaf dipinta...

Unknown said...

PM

lama kan kita bercuti?,,,

tapikan...belum kira nak bercuti ke hospital lagi, menemani en suami...

rasanya...kena banyak curi masa sikit...