Adeh, ponatnya kat kedai…nie baru jer dapat merehatkan diri…dengan cuaca yang agak panas, wap masakkan yang pelbagai bau, tu belum lagi bau bahan mentah yang buatkan tekak bertambah loya..….sabor jerlah
Bercerita tentang masakan, aku dah ada 7 tahun pengalaman memasak di CITARASA RINDUAN pada setiap bulan ramadhan… Untuk satu hari sahaja,pastinya pelbagai jenis masakkan perlu disediakan…25 jenis lauk pauk termasuk mee, mee hoon, nasi goreng, mee teow. Belum termasuk pengat, bubur, nasi ambeng dan lain-lain…
Alhamdullilah, walaupun 3 orang pekerja pulang ke kampong mereka, masih ada seorang pembantu kedai yang tak pulang, bolehlah bantu mengoreng, menyiang ikan, ayam dan bahan mentah yang lain.
Kebetulan adik ipar pun ringan tulang…bolehlah bantu menyiang sayuran selain menjaga anakku si Umairah dirumah.
Tahun ini keadaan berbeza sedikit kerana awal ramadhan aku menjaga amanah yang sangat utama…kepada sesiapa yang menyetahui tentang kisah cerita aku pasti mengetahuinya…mujur ibu mertua boleh mengantikan tempatku..
Alhamdullilah, bila amanahku sudah boleh menguruskan diri sendiri, dapatlah aku menguruskan semula kerjaya yang aku lepaskan ke atas ibu mertua..
Inilah reality sebenar yang aku alami, tapi tetap bersyukur kerana pelanggan CITARASA RINDUAN, tetap menunggu dan membeli makanan kami..
Jua, bersyukur atas rahmat illahi, en zalie semakin sihat dan dapat menjalankan semula kehidupannya….,
Ini nak ke kedai semula…masih ada masakkan yang belum dimasak kerana aku khuatir kalau aku masak awal-awal pasti akan rosak atau basi.
PS: terima kasih kepada semua pengunjung CITARASA RINDUAN….kami mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya..
6 ulasan:
bilalah akak dapat rasa masakan ayu nie yerk...
alhamdulillah....nanti ada masa awe datang JB awe nak rasa makanan kat kedai citarasa rinduan ni...heheh
beshhnyer! restoran akak kat jb ke kat ne tu? ieda punya uncle ada gak bukak gerai kat jb, mee rebus hj wahid, hehehe!
sis zaidah,
jom raya ke 4...open house
awe...
sis tunggu kedatangan awak
ada jodoh...jumpalah kita..
ieda
restoren ala2 warong jer..
peeeh..haji wahid eik...mmg nyammiiii
sis kat area kulaijaya-bandar tenggara
Post a Comment