Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 30, 2010

SEKALI LAGI AKU DIDUGA......

Assalamualaikum, salam malam khamis….sedar tak sedar dah hari khamis…sekejap jer masa berlalu..aku terlalu sibuk menguruskan CITARASA RINDUAN…sekejap berlari ke meja customer, sekejap berlari cuci pinggan mangkuk, sekejap masak…semua sekejap…tak ada yang kekal…janji pelanggan di layan bak raja…tak gitu…?

Hari nie, aku di duga sekali lagi olehNya, kali nie Umai pula yang demam mengejut…39 bacaan suhu badannya, panas sangat badannya, dahinya…..jam 3 pagi, tiba-tiba menangis tak henti…aku yang tidur selenanya, terkejut dengan pekikan Umai..

Terus off aircorn, panas sangat suhu badannya…beri makan ubat yang memang ada dalam simpanan, ubat demam, ubat batuk dan salsema…ubatan yang kubeli buat simpanan sekiranya kecemasan yang tiba-tiba..

Merengek, tidur di kanan salah, dikiri salah…bingung aku..bila aku peluk, Umai tak selesa…selepas kudodoikan dengan alunan wirid dan zikir akhirnya Umai lena,.

Sehingga awal pagi aku hanya dapat tidur-tidur ayam. Di CITARASA RINDUAN pula, ingatan hanya untuk Umai…pegang senduk ingat Umai, pegang kuali belangga ingat Umai…semua ajer tak kena.

Jam 9 pagi, semasa aku menyiapkan masakan tengahari di CITARASA RINDUAN, en zalie telefon…..suruh hantar Umai dihantar ke klinik di Taman Mas Kulaijaya, aku menyiakan, namun…minta bersabar kerana lauk pauk tengahari belum siap lagi..

Sehinggalah jam 12 tengahari, semua masakan dan kerja di dapur dah beres,,,aku terus menghantar Umai ke klinik…selepas dapat rawatan dan ubat, umai dah selesa sedikit, tidur di seat belakang dengan lena…

Syukur, demam umai dah beransur reda…aku uruskan CITARASA RINDUAN dengan hati yang lapang…semoga tidurnya malam ini panjang tanpa ada gangguan..

PS: takut juga bila lihat Umai sering terkejut-kejut seperti terperanjat, maklumlah mata budak halus tak macam kita-kita….

13 ulasan:

aNa d'sKoDenG said...

syiannya umai..demam panas tuh..buat umai terkejut2..
mg umai cepat sembuh..

Lelord said...

aduahai...ciannya, moge cepat sembuh yek umai

Siti Indrawati said...

Salam Ayu..sabarlah dah memang adatnya bila jd ibu @ abah,anak sakit kita pun ikut sakit...semoga umia cepat sembuh..

Siti Indrawati said...

Salam Ayu..sabarlah dah memang adatnya bila jd ibu @ abah,anak sakit kita pun ikut sakit...semoga umia cepat sembuh..

ISZA said...

jangan lupa sejukkan badan umai..
harap umai cepat sembuh...

azieazah said...

Syukur dah dibawa ke klinik. Terkawal lah hendaknya. Kena beri perhatian lebih tu.

Sambil jaga orang sakit, kesihatan AYU pun kena jaga juga. Makan vitamin.

Moga segalanya kembali sejahtera.

Mat Gebu said...

salam ayu..kesiannya umai, dan anda memang seorang wanita yang tabah...

eelobor said...

salam, semoga umai cepat sembuh

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ooo budak tu terkejut2 ya Ayu? Org tua kata kalau asyik tido terkejut2 tu maybe dia ada terkehel... itu kot yg menyebabkan dia demam...moga Umai cepat sembuh.

kella said...

alaa.. sianmya umai...
semoga umai cepat sembuh hendaknya..
semakin sembuh hari ini./

Unknown said...

ana--
risau gak bila dia terkejut-kejut (macam melenting2) ayu bacakan selawat kat air, terus jerlum kat kepala dia), sekarang dah tak terkejut lagi...syukur


lelord--
terima kasih kak,malam tadi tak meragam sangat, suhu dah turun ke 36


mak-et--
salam ct, itulah...bila en zalie dan umai sakit...tuhan jer yang tahu perasaan hati kita...alhamdullilah, sekarang hanya batuk dan salsema jer


cikgu isza--
ayu bubuh gel cool kat dahinya, buat 2 malam dah surut panasnya,alhamdullilah



kak azie--
gelabah juga drive semalam, klinik tu jauh dalam 20 minit...tapikan rasa panjang sangat macam 2 jam...heheheheh, alhamdullilah sampai, ayu terus jumpa doktor...balik uruskan CITARASA RINDUAN semula
Ayu kan dah lama tak makan sprulina, ingat nak sambung baliklah...badan dah sakit-sakit nie
Terima kasih atas doa, amin..semoga semuanya sejahtera...


Cik Mat Gebu--
Salam cik mat, sebenarnya ayu nie cenggeng lah juga, namun menjadi tabah bila ada blog...dapat sahabat yang banyak beri dorongan dan sokongan.
Terima kasih cik mat selalu beri kata-kata semangat...


eelobor--
Salam, selamat pagi muaz....terima kasih, sekarang Umai dah sihat, hanya batuk dan salsema jer yang belum surut


Miss Mirror--
MM, ayu urut-urut juga setiap sendinya....mungkin kot sebab Umai nie jenis yang aktif, demam pun boleh main playground...sabor jerlah...

Unknown said...

kella--
alhamdullilah, demamnya dah kurang....hanya batuk dan salsema jer, kak ayu mandikan dari paras badan ke bawah...takut lambat baik sakitnya...
Terima Kasih sayang

eija_sweetmama said...

ciannye umai..nasib baik dh beransur sembuh..moga cepat2 sembuh ye..anak eija pun batuk n selsema..sib baik x teruk sgt..