Sementara nak menunggu ketupat dan daging masak kat dapur tu…aku amik kesempatan nak kongsi resepi ngan korang, TAT NANAS,macam biasa…resepi asal oleh ibunda tercinta PUAN JUMIAH BTE RAMLI
BISKUT TAT NANAS nie, kalau ikutkan orang kata
Jom semak resepi mudah ini,,,yang penting nak buat sesuatu tugas…BISMILAH jangan lupa yer…kemudian..banyak-banyakkan bersabor…insyAllah menjadi…
BAHAN-BAHAN
A)
Tepung gandum 3 cawan
Tepung jagung 1 ½ cawan
Baking powder suku sudu
Susu anmum 2 sudu teh
minyak sapi 2 sudu teh
*ayak kesemua bahan-bahan diatas
B)
Kuning telur 2 biji
Gula pasir 2 susu
Garam secubit rasa
Planta / majerin 1 ½ cawan
Vanilla secubit rasa
Pewarna kuning secubit rasa
*tepuk semua bahan menjadi Satu
C)
Jem nanas
Kuning telur untuk hias diatas biskut
CARA-CARA MENYEDIAKAN
A) selepas bahan A dan B disatukan, korang uli sehingga adunan menjadi lembut
B) bentukkan guna pencetak, yang lebih mudah aku terbalikkan seperti gambar dibawah,
A) kemudian gulung bersama jem nanas, kalau korang nak mencuba letak kurma pun tak kisah, yang penting halal….
B) Siap korang sapu dengan kuning telur, bakar dalam oven….dalam 15 minit…
C) Sedia untuk disimpan, pastikan sejuk dahulu….insyallah rangup dan sedap,,,
4 ulasan:
tahu makan jer..
;)..
tak pandai....
kak wat jem dia camner?
pernah buat sekali je dulu... pecah2 tepi dia kak.. nak gulung pun patah2.. yg ni jadi camtu tak kak?
paling suka...dan wajib ada setiap tahun setiap kali raya..tp shda bab tekan tu x leh..suruh kakak je selalu shda bab gulung je..hehehe..tp resepi kita x sama la akak
Post a Comment