Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, September 21, 2010

Dua suspek bunuh Sosilawati dibatal lesen guaman sejak 2009

KUALA LUMPUR: Lesen amalan guaman dua peguam yang menjadi suspek kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sudah digantung dan dilucutkan keahlian bermula 5 November tahun lalu.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan, berkata pembatalan itu dibuat selepas Majlis Peguam membuat siasatan berhubung salah laku keduanya yang juga adik-beradik tetapi mereka mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membuat penangguhan ke atas pembatalan itu.


"Berikutan kebenaran permohonan pembatalan itu mereka masih meneruskan amalan sebagai peguam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Ragunath berkata setiap peguam yang didapati terbabit dalam penyelewengan akaun anak guam, rasuah dan lain-lain kesalahan berat akan dibatalkan lesen amalan mereka serta-merta selepas siasatan dibuat iaitu membabitkan 30 peguam sejak lima tahun lalu.


Katanya jumlah itu terlalu kecil kerana ia hanya membabitkan 0.02 peratus peguam yang menjadi ahli majlis berkenaan tetapi sebagai pertubuhan profesional, beliau tetap mengambil berat dengan setiap salah laku yang dibuat oleh ahlinya.


Berikutan itu juga Ragunath berkata Majlis Peguam memutuskan untuk tidak mewakili dua peguam terbabit dalam sebarang siasatan dan ketika dibicarakan tetapi keduanya boleh melantik mana-mana peguam lain yang berdaftar sebagai ahli.


"Kami tidak akan membela mana-mana ahli kami yang terbabit dalam jenayah.


Kami mohon tindakan tegas dikenakan ke atas ahli kami yang terbabit dengan jenayah," tegasnya.


Ditanya pemberita mengenai bidang kuasa Majlis Peguam Ragunath berkata bidang tugas mereka adalah terhad sebagaimana badan profesional yang lain dan hanya berkuasa untuk selia amalan guaman. “ Kami tidak boleh kawal akaun bank peribadi mereka. Jika mereka terbabit dalam perniagaan persendirian, kami tiada kuasa untuk menyelia," katanya.


Ragunath turut merujuk kenyataan satu akhbar arus perdana hari ini yang mempersoalkan ketelusan Majlis Peguam berkaitan lesen guaman dan beliau berkata pihaknya tidak dapat menghidu salah laku peguam terbabit kerana mereka tidak mempunyai kuasa seperti pihak polis.


"Tidak adil untuk menyalahkan kami, bagaimanapun kami mengambil sikap terbuka dengan sebarang kritikan. Tindakan yang kami ambil adalah dengan menghantar surat kepada Ketua Polis Negara untuk bermesyuarat bagi memantapkan lagi kerjasama. Sekiranya mereka perlukan maklumat, peguam kami akan beri bantuan," katanya.

Tambahnya dalam isu perolehan kekayaan peguam yang luar biasa, Majlis Peguam terpaksa menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa lain seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis kerana ia berada dalam bidang kuasa mereka.


Terdahulu beliau mengucapkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa pembunuhan itu, termasuk ahlinya Ahmad Kamil Abdul Karim dan berharap kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin.


Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana kesemua suspek berhak mendapat pembelaan sewajarnya dan walau sekeji manapun perbuatan mereka biarlah mahkamah yang menentukan mereka bersalah atau sebaliknya.


Ahmad Kamil, 32, antara yang dibunuh bersama Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38.

Mereka dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah dan pada 12 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.


Ragunath turut menasihati orang ramai menyelidik terlebih dulu kelayakan peguam menerusi laman web atau hubungi mereka sebelum berurusan dengan mana-mana peguam dan Majlis Peguam bersedia menerima sebarang laporan sekiranya terdapat salah laku yang dibuat ahlinya.- Bernama

Kredit to metro online

PS: risau dengan system perundangan, sebab ramai peguam yang banyak melakukan salah laku…harap-harap orang biasa-biasa, hanya ambil iktibar bukan nak belajar ke arah kejahatan..

4 ulasan:

penjejak maya said...

salam,

peguam pun dah bersepah sekarang ni kalau ada isu besar je mesti ada yang dtg konon nak membantu..

Nur Hawa Mohd Zin said...

harap2 kes ini tak berpanjangan kak..kesian pada arwah semua...

Cik Tim said...

teruk and kejam la mereka ni.. layak ke dipanggil manusia kalau hati dan perangai mengalahkan syaitan?? huhu..

kella said...

terima kasih kak ayu atas berita ini..