Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, November 13, 2010

AWAS- tidur berdengkur bukan memalukan namun menakutkan..ianya penyakit OSA


Assalamualaikum…

Alhamdullilah, ujian sleep study dah selesai..10 malam (12 november 2010) sehingga 6 pagi (13 november 2010)

Mulanya seminggu sebelum ujian dijalankan… perasaan takut dan risau mula mengular dalam hati sanubari kami…maklumlah…bila sebut tentang ujian sleep study yang dijalankan di hospital….pastinya akan terlintas dihati…..tidur di suasana yang dipenuhi orang ,,,, katil seperti di hospital…panas dan merimaskan…copeng telinga di hidangkan dengan bunyi bising dari mesin dan pesakit…

Namun, sangkaan kami meleset…..jam 9 malam di klinik dada Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, ujian sleep study dijalankan…. Suasana hospital yang tiada orang, tiada doctor, nurse mahupun pesakit…hanya kami dan pakar ujian sleep study yang berada dalam klinik ini.

Satu-satunya hospital kerajaan di johor yang mempunyai ujian bagi pesakit yang menghidapi tonsen,….dan tidur berdengkur…Ya..tidur berdengkur yang terlalu kuat, bukan dengkur disebabkan kepenatan..

Tapi awas, sekiranya anda mempunyai saudara dan kenalan terdekat yang mempunyai penyakit dengkur yang kerap hingga mengeluarkan bunyi yang amat kuat…Sila buat ujian sleep study..dihospital yang berdekatan..

Penyakit yang akan menganggu system jantung, buah pinggang, darah tinggi, otak, dan kencing manis…dimana saluran pernafasan akan terhenti (block) hingga mengakibatkan jantung bekerja keras,,,dimana tahap oksigen turun dibawah 50`co….bacaan oksigen yang normal adalah 95`co keatas

Beginilah suasana bilik ujian sleep study dijalankan, selesa seperti dirumah, tilam yang luas dan ianya tidak menyakitkan….hanya badan, kawasan otak dipenuhi wayar …




************************************************************

Sebenarnya dah lama para sahabat, rakan fb, rakan blogger yang mengenaliku ingin tahu apa punca en zalie sakit hingga terlantar di icu dan ward berbulan-bulan lamanya….

Aku nak kongsi maklumat, tapi…aku sendiri kurang jelas mengenai penyakit OSA, atau sinonim dengan panggilan sebenarnya sleep apnea…satu penyakit terbaru di Malaysia, namun sudah lama dikenali di USA. Manakala di asia tenggara, Negara Singapore sudah lama tahu akan kewujudan Penyakit Sleep Apnea. Rata-rata 80% penduduk Singapore sudah menjalankan ujian sleep study di hospital yang terpilih..(terdapat sebuah hospital swasta yang khas ditubuhkan dinegara tersebut)

Sebenarnya ramai masyarakat kita dimalaysia tidak sedar akan kewujudan penyakit ini….apabila bangun dari tidur meninggal dunia, apabila pihak doctor dan polis jalankan siasatan, hanya mengangap punca kematian dari serangan jantung, walhal kematian berpunca dari tidur berdengkur a.k.a sleep apnea.…penyakit ini tidak kenal erti jantina mahupun tahap usia, menyerang hanya kepada pesakit tidur berdengkur.

Jalan penyelesaian bagi penghidap sleep apnea…adalah dengan:-

  1. pembedahan pembuangan tonsen yang hanya bertahan untuk 6 bulan sahaja, walaupun tonsen dibuang, penyakit OSA akan berulang lagi.
  2. memakai mesin cpax pada waktu tidur, samada tidur siang hari atau malam hari….ianya adalah jalan penyelesaian yang paling bagus dan selamat sekali..(anggaran harga mesin dari RM5,000-RM 10,000)

Selepas ujian sleep study dijalankan, pesakit akan menerima tarikh keputusan sleep study……untuk en zalie..keputusan pada 24 november 2010…

Oleh demikian, maklumat selanjutnya akan aku kongsi dengan korang apabila keputusan dapat diperoleh…..

PS: terima kasih kepada sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan en zalie…..aku kongsi maklumat ini untuk kebajikan bersama..kerana Negara kita Malaysia tiada pendedahan berkenaan OSA…

****ngorok bahasa jawa yang bermaksud berdengkur, bunyinya memalukan dan melucukan…namun menakutkan bagi pesakit yang pernah mengalami penyakit sleep apnea sahaja..

39 ulasan:

IMANSHAH said...

terima kasih ayu atas perkongsian, tak tahulah saya ada masalah tidur berdengkur ke tak..sebab tidur sorang2 je

DaiADellas said...

Saya pn mengalami masalah tonsil. tido mmg berdengkur bila tonsil bengkak dan tido dlm keadaan panas.
husband selalu rakam 'suara' tido sy..malu..hehe
TQ kak ayu atas info nie. saya nk gie buat test jgkla nnt..:)

Unknown said...

sama-sama cikgu--
kes OSA nie memang terbaru..ramai yang belum didedahkan dgn penyakit ini...
saya terpanggil nak kongsi bersama-sama dgn sahabat sekalian..


psst--
cikgu, minta lah ibu atau ahli keluarga minta pendapat...kalau siang hari tidur tu, ada atau tak berdengkur...hehehe

Unknown said...

daia--
semoga kamu buat ujian ini..amat penting. if ianya tak teruk tak perlu pembedahan or mesin cpax....just ubat sahaja..

tonsil bukan punca sleep apnea...but tonsen....

rasanya kes awak hanya buang tonsil...

bab ujian tu...kak pergi bulan ogos...tarikh temujanji utk sleep study november, so 3 bulan selepas check dr pakar dada...

hope entry ini membantu kamu

Mas said...

salam ayu, alhamdudillah, semuanya berjalan ngan lancar.
en zalie sakit tu rupanya...skrng ni mcm mana yer ayu, dah sembuh sepenuhnya ke....
maceh atas kesudiaan ayu berkongsi info tentang penyakit OSA ni, mas pun baru tahu,
mas pun semenjak anak sulung sakit, baru buka mata tentang pelbagai penyakit, klu dulu, tak ambik berat sangat....
ayu mcm mana...selesa ke sepanjang ujian sleep study tu..

My Little Diary said...

salam,
saya jugak tido berdengkur, tapi bila saya betul2 penat di siang hari...
good info.. thx for sharing..

sekadar satu coretan said...

tq ayu sudi berkongsi info ni...selama ni saye tak tau pulak pasal ni...

semoga en zali cepat sembuh ye...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Thanks for sharing Ayu... ha'a akak pun mulanya tertanya2 apa penyakit hubby Ayu tu sampai terlantar berbulan2 di hospital. Moga beliau segera sembuh dan kembali ceria spt dahulu.


latest entry: Dengar Lagu Utk Belajar B.I

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Thanks for sharing Ayu... ha'a akak pun mulanya tertanya2 apa penyakit hubby Ayu tu sampai terlantar berbulan2 di hospital. Moga beliau segera sembuh dan kembali ceria spt dahulu.


latest entry: Dengar Lagu Utk Belajar B.I

Unknown said...

Harap2 semuanya selamat .... AMIN

ISZA said...

salam ayu,
saya, suami dan anak2 semua tidur berdengkur.. kena dapatkan pemeriksaan kesihatan ni..

azieazah said...

Semoga hasil ujian itu nanti akan memberikan hasil yg positif dan memberangsangkan.

Terimakasih AYU, berkongsi suatu perkara, suatu pengetahuan yang pasti saja ramai orang tidak tahu, tahu sedikit atau langsung tak pernah dengar pun tentang sindrom ini.

Rupanya berdengkur bukan hanya kerana penat, tetapi adalah suatu penyakit.

Unknown said...

my litter diary--
salam, selalu kes nie berlaku atas pesakit yang kerap berdengkur...bila tidur akan tersekat, terbatuk. hingga akibatnya tak tidur 100% nyenyak..

pesakit akan rasa dah tidur, namun sebenarnya tidak

sama-sama...semoga info ini berfaedah

Unknown said...

ain--
yer, OSA penyakit terbaru...banyak kes yang berlaku, namun pesakit akan meninggal dengan cara tertidur, rupa-rupanya ianya menyebabkan paras oksigen drop dan nafas tersekat...


bayangkan jantung bekerja sangat kuat..hingga...badan, kaki kembung dipenuhi air akibat buah pinggang yang tak berfungsi..

terima kasih, sekarang en zalie continue mesin cpax

Unknown said...

MM--
sama-sama, itulah ayu nak kongsi tapi kurang ilmu..ayu banyak belajar penyakit OSA dr pakar dada dan hasil carian di google....

insyallah..masih ada 3 pekara yang perlu di teruskan...dan diperbetulkan...
terima kasih selalu memberi kata-kata semangat utk kami..

Unknown said...

azlie--
tq my pren...always waiting u comment.....

Unknown said...

salam cikgu--
harap cikgu buat pemeriksaan...kerana ujian sleep study memakan masa 3 bulan untuk apoiment berikutnya.

ianya tidak menyakitkan...sangat selesa,,,,seperti dirumah

psst--
rujuk dihospital besar berdekatan ya

Unknown said...

kak azie--
amin........semoga dengan ujian ini, kami dapat tahu tahap sebenar kemampuan mesin cpax dapat memberi peluang untuk en zalie semakin sembuh

alhamdullilah, sekarang pun, tiada dengkuran dr beliau...

sama-sama kak azie, ayu harap pendedahan ttg penyakit OSA sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada sahabat yang lain..

semoga ianya banyak memberi ilmu kepada kita semua..amun..

ya.....dengkuran yang kuat dan kerap bukan disebabkan penat namun, ianya memudaratkan kepada 7 fungsi orang yang tiada ganti seperti otak,mata, jantung, buah pinggang dan 3 organ yang lain...

Cik Puan Syeeda said...

kak ayu:

thanks singgah blog saya. hopefully en. zalie cepat2 sembuh tau!

Unknown said...

syeeda--
sama-sama...awak sentiasa dalam bloglist kak,,,hehehhe

alhamdullilah..semakin kuat dan bersemangat untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar,.

kak pernah katakan padan beliau..
now u mohamad razali hamis born..

heheheh

Unknown said...

mas
salam (maaf sampai tertinggal komen kamu, harap maaf yer)

sekarang continue pada cpax mesin..
masa dicaj dr hospital mmg ayu dah beli mesin tu..itu yang doktor bagi keluar dr hospital..

sama-sama..semoga ianya bermanfaat..
itulah mas, ramai org melayu kita suka ambil pendekatan..tamo rujuk hospital if sakit..katanya makin pi hospital makin byk sakit..

harapan ayu adalah kesedaran orang kita...

ayu bawa kerusi malas...tu yang badan ada sakit2...hehehehe
but okeylah, tidur walau tak nyenyak, pagi2 bawa kereta mcm ular kena palu..hehehe

Sky8Men said...

oho...cm2 ke..biasa egt klu meninggal time tido..mst kes sakit jantung..upe2nye ade penyakit yg dipandang ringan tp diam2 membunuh..huhu

Unknown said...

sky8men--
itulah, ramai yang pandang ringan..namum kepada kes en zalie mungkin ada hikmahnya..

dapat atasi awal sebelum parah...

aeinio said...

tq 4 sharing ayu... semoga en zalie cepat sembuh dan kita semua tahu cara pencegahannya..

Unknown said...

aeini--
sama-sama, semoga en zalie cepat sembuh..tapi still mesin cpax selamanya,tapi tak mengapa just utk tidur jer..

semoga entry ini berfaedah..amin

Anonymous said...

salam..

banyaknya wayar...:)

Awangku Johan said...

huhuhu... mmg menakutkan bila tido berdengkur... huhuhu.. sy plh mls nk tdo dgn org yg berdengkur.. blh ggu konsentrasi.. huhu

Unknown said...

SR--
salam..ujian sleep study nak tentukan tahap ketinggian tak bernafas dan penurunan oksigen,,
khas untuk pesakit yang ada OSA, tidur berdengkur..

semoga entry ini berfaedah dan bermanfaat

Unknown said...

SR--
salam..ujian sleep study nak tentukan tahap ketinggian tak bernafas dan penurunan oksigen,,
khas untuk pesakit yang ada OSA, tidur berdengkur..

semoga entry ini berfaedah dan bermanfaat

Unknown said...

awangku--
mulanya, ingatkan ianya normal..namun..setahun ini ianya malah menakutkan..nasiblah kesan awal..
tak semestinya kurus atau muda tak menghidapi penyakit ini..
harap-harap ianya dapat mengajar kaum kita berwaspa khasnya kepada masyarakat yang berdengkur

ynn said...

bahaya juga kan...skrg dah sihat kew..takut juga yana...

Kelab Kembar Malaysia said...

alamak! aku pun tidur berdengkur kuat gak.. tapi berkaitan dengan hidung..

Unknown said...

pap kembar..
molek kalau ke klnik..buat ujian slee study

Kelab Kembar Malaysia said...

mana2 klinik kerajaan ke?

Unknown said...

papa kembar--
tak....
hanya yang di iktiraf

dijohor hanya di klinik dada HOSPITAL SULTANAH AMINAH

manakala, di kl. tak silap hanya hospital yang besar2 sahaja

Unknown said...

anak saya berusia 9 thn baru selesai menjlnkan sleep study malam td. nak tunggu result. tonsilnya dah bengkak. nnk kena operate. harap semuanya berjalan lancar.

Unknown said...

ameen...

moga anak kamu dijauhkan dr penyakit y bukan2

Unknown said...

Assalamualaikum.

baru jumpa post ni. hehe. macamane prosedur sleep test kat Hospital Sultanah Aminah tu ye. mula2 nak jumpa siapa? terima kasih

mjay said...

as salam. ayu, saya baru terjumpa tulisan pasal ni. kebetulan saya pun kena buat sleep study ni. nak Tanya, suami bole tunggu ker? lagi satu, gambar kat blog ayu tu dah x da. hati tgh risau sgt ni. tq yer atas balasan nanti.