Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, November 11, 2010

Qariah kebangsaan singgah ke Citarasa Rinduan

Dua hari lepas,Qariah kebangsaan singgah ke Citarasa Rinduan………hebat tak?, bukan calang-calang Qariah Kebangsaan 2010 nak singgah ke Citarasa Rinduan..tak gitu..?

HAJAH NORAZRAH AYUB merangkul tempat ke-4 Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa 2010, anak jati felda sungai sayong, sahabat dan kenalan en zalie semasa bersekolah rendah….maklumlah mereka sebaya…

Rasa bangga bila wanita muda berusia 32 tahun ini berjaya di bidang keagamaan, lagilah mengharumkan nama felda….ingin aku kongsi dengan kalian detik 10 tahun yang lampau, dimana Hazra memenangi naib Johan tilawah al quran di peringkat kebangsaan mewakili sekolah kebangsaan LKTP f sungai sayong di sabah….

“Saya bangga menjadi antara anak felda yang memartabatkan kitab suci al-Quran.saya bersedia membawa nama felda ke tahap seterusnya..” itulah kata-kata beliau yang aku petik dari akhbar Felda aspirasi glokal…

Azrah mula berkecimpung dalam pertandingan al-quran sejak berusia 10 tahun wakil sekolah agama felda sungai sayong manakala surah yang di bacanya ialah surah al baqarah ayat 156..

Katanya lagi “sejauh mana kita berlari, sejauh mana kaki berpijak, kembali kepada jalan Allah dan jadikanlah al quran pegangan hidup”




BIODATA NORAZRAH AYUB



Nama : Norazrah bte Ayub

Umur :32 tahun

Asal :Felda Sungai Sayong,Johor

Pendidikan :Universiti Teknologi Malaysia(UTM)

Kerjaya :Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah(MPJBT)

Pencapaian :

· Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010

· Tempat ke-4 Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2010 yang diadakan pada 27 Julai hingga 3 Ogos lalu.




PS: bukan sahaja peramah, happy good luck, malah sentiasa tersenyum….semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat dan mengharumkan nama Malaysia dalam bidang al quran..amin..(sorry, aku tak sempat nak snap pic..)


5 ulasan:

azieazah said...

Wahhh seronoknya menerima tamu dari insan2 yang popular, disegani dan peramah tidak sombong.

Seronok dapat kawan sebegitu...

Setidak-tidak mereka pun dapat turut mendoakan agar murah rezeki orang yg berniaga...

Unknown said...

alhamdullilah,,,
seronok dgn hajah azrah yang sangat peramah...walau dia agak disegani..namun layan kami sama rata..

syukur dgn kejayaan beliau...menaikkan nama felda ke peringkat global..

Cute Oven said...

salam ayu
tahniah diatas kedatangan beliau

Unknown said...

salam kak

terima kasih ya

azzey said...

Siti Ruhayu: Suka dgn kata2nya di hujung entry ni...