Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, November 15, 2010

Badan Maiza Susut Setelah Hamil Hampir Tiga Bulan

PETALING JAYA: Berlainan berbanding sesetengah wanita, model Maizawati Zainal (gambar) akui badannya susut sedikit setelah hamil hampir tiga bulan.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza, 35, ini berkata badannya susut kerana kurang selera makan sebaliknya banyak mengamalkan minum susu untuk ketahanan badan.

Paling mengejutkan, Maiza turut mengalami masalah pendarahan baru-baru ini tetapi setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan perkara itu biasa berlaku kepada mana-mana wanita hamil pada peringkat permulaan.

“Mungkin kerana saya ni jenis suka bergerak aktif jadi sebab itu berlaku sedikit pendarahan. Tetapi alhamdulillah, doktor beritahu bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Dia juga memberikan vitamin untuk menambah darah.

“Jadi, sekarang ini doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak dan mengurangkan aktiviti luar. Selepas kandungan sudah besar, mungkin saya boleh memulakan semula kerja. Suami banyak membantu menjaga saya dan anak-anak selain menguruskan perniagaan sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam masa yang sama, Maiza turut meuar-uarkan tentang perniagaan katering mini secara dalam talian yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur.

“Sekarang saya, suami dan kawan sedang membuat bisnes nasi ayam pandan, nasi jagung ayam pandan dan kuih bakar istimewa. Apabila ada tempahan, kami akan turun ke Kuala Lumpur.

“Biasanya, peniagaan ini menjadi tumpuan mereka yang membuat majlis rumah terbuka dan hari jadi,” ujarnya.

Maiza dan pasangannya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak.

Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan




Kredit to mStar online




PS: sopan dan cantik sekali, teringin anak banyak-banyak macam beliau…

13 ulasan:

Lelord said...

hehehhe jom tambah lagi satu

kella said...

murah rezeki dia.. dah mengandung lagi pun.. anak baru dgn laki baru..

sekadar satu coretan said...

biasa la tu...
saye pun mase awal peknen pun susut berkilo2 jugak pas tu bile berselera mkn naik pun bertambah2 kilonye...

nasib baik boleh turun kilo yg berlebiahan tu...

Mas said...

salam ayu....
he..he..murah rezeki maiza tu....

eelobor said...

ayu sejati la dia

azzey said...

Siti Ruhayu: my officemate pun sama... x selera mkn tgh preggie skrg. badan npk susut dan muka pucat!

Unknown said...

kak lelord--
wah.....sudah semestinya..itulah niat yang belum diperolehi..kita usaha sama-sama yer

Unknown said...

kella--
itulah. senang jer beliau mengandung...dengan suami pertama 2 anak. dengan akhil 4 orang...nie dapat lagi...

Unknown said...

ain--
ramai tau kawan-kawan mcm tu..susut masa awal2 mengandung...bila dah 5 bulan ke atas...tu dia...kembang ko..

tahniah sbb awak boleh susut..ada yang makin bertambah tembam.hehehe

Unknown said...

mas--
salam tengahari mas,
sunnguh....suka dengan penampilan beliau..

senang jer beliau hamil yer...bilalah turn ayu pulak

Unknown said...

eelobor--
macam tak caya dia kawin awal.dan ada anak ramai.....rasanya mcm anak dara jer eik tengok penampilan beliau

Unknown said...

azzey--
pembawakan budak..mood berbeza jer kan

ISZA said...

anak banyak takpa ayu tapi jangan lupa didik tau.. huhuhu...