Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 7, 2010

tanpa korang, siapalah CITARASA RINDUAN

Alhamdullilah..semakin sembuh sekarang, kepada sahabatku sekalian, terima kasih atas doa dan kata-kata semangat korang….syukur…aku semakin sembuh….

Hari ini hari ahad, sudah tentu citarasa rinduan penuh dengan pelanggan…maklumlah hari cuti..pelanggan ramai yang ambil kesempatan nak makan diluar dan bersiar-siar ke tempat peranginan..

Lagilah, citarasa rinduan, laluan ke air terjun kota tinggi dan wet world,kluang…sudah semestinya menjadi daya tarikan pelanggan untuk singgah mengisi perut yang kekosongan.

Citarasa rinduan, sebuah kedai makanan,.,menyediakan masakan kampong dan semestinya mee bandung yang amat digemari pada peminat mee bandung…hasil dari idea ibu mertua..aku ubah menjadi paste bandung..buat masa sekarang segala urusan paste bandung aku hentikan seketika….ingin tukar paste bandung menjadi jualan komersial..insyallah

PS: walau kurang sihat, hati meronta nak jengah citarasa rinduan…petang-petang pasti ramai pelanggan,.,..

8 ulasan:

Kalamhati said...

Mantop!semoga tambah maju dan berjaya lebarkan sayap..menanti kemunculan paste bandung citarasa rinduan di pasaran!bukan sesuati yg mustahil tu..=)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terdetik di hati rasa bangga mengenali citarasa rinduan.... (",)

Mohamad said...

Sedapnye tengok masakan diatas tu... bila lah dapat ke sana..

My Little Diary said...

semoga impian menjadi kenyataan..

azieazah said...

Laluan Kota Tinggi ke Wet World?

Ohh.. dulu pernah pergi sana 2 kali dah, tapi ye lah, masa tu belum kena AYU kat sini lagi.
Jika tidak, harus singgah terjah dan peluk AYU kuat-kuat. Hehehehhe

Lelord said...

biler la leh dapat rasa mee bandung

Unknown said...

cikgu--
terima kasih...semoga berjaya...saya pun harap begitu jua..hanya kurang arif tentang nak lebarkan sayap sahaja...doakan yer


kak sari--
terima kasih ya...nanti singgah lah..



cikgu mohamad--
terima kasih cikgu, insyallah..pasti dapat ke sini satu hari


my little diary--
terima kasih, semoga allah mempermudahkan


kak azie--
yer ker, alhamdullilah..mana tau..satu hari akan datang, boleh singgah ke sini...amin

eik, mampu ker kak peluk, ayu besor oooooo


kak lelord--
isnyallah, pasti satu hari kak dapat rasa...amin

azzey said...

Siti Ruhayu: Seronok bisnes ye Ayu. nt klu ada rezeki saya ke sana.....insyaallah saya cari CITARASA RINDUAN ni...:)