Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, November 26, 2010

ABP13: Datuk Siti Nurhaliza Tarik Diri

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13)tahun depan.

Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.

Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.

"Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam.

Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.

"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya.

Kredit to mStar online


PS: mungkin ini keputusan terbaik ct...walaupun aku bukan meminati dunia hiburan, namum. ct adalah satu Ikon penghibur yang paling besar namanya…Jua membanggakan nama Malaysia….Semoga keputusan beliau adalah yang paling terbaik....

2 ulasan:

Aliesha Kirana said...

heheheeh..pandai gak Datuk Siti.. kang ble tiap2 tahun masuk, tp ade time xmenang, frust lak..baik angkat kaki masa tgh naik kan..hehe~

kella said...

hmm baguslah tu..