Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, November 3, 2010

oh...abang...jangan diulang kisah silam..


Sungguh terharu dengan layanan en zalie pada malam ini…walaupun dalam keadaan sedemikaian..namun semangatnya masih kuat…digenggam erat jari jemariku…diucapkan kata-kata indah sempena hari kelahiranku

Hari ini dia temankan aku dicitarasa rinduan…asyik ulang 2,3 patah perkataan yang sama,aku tahu…dia ingin kelainan..lain dari tahun sebelum ini..

Namun dia tak dapat nak tunaikan..aku tahu semangatnya agak kuat namun kudratnya tak sama seperti tahun-tahun yang lepas…

Oh abangku sayang…., aku tak perlukan semua yang kau katakan di citarasa rinduan petang tadi….kerana aku dah puas menikmati segala yang kau berikan…

Aku hanya inginkan kau sejahtera dan sihat selalu..aku tahu kau perlukan masa untuk pulih seperti biasa…

Esok aku pasti menjadi drive dan menemani setiap kelas fisio yang kau ikuti…kerana selagi nafas ini masih ada,,selagi itu pasti aku menjadi peneman setiamu..

PS: jangan kau ratapi kisah silam..kerana ianya agak menyedihkan….

11 ulasan:

siti noorazizah said...

sedeh la pulak dgr citer ko ni kak........anyway aku doakan agar ko bbahagia dsamping suami n anak tcinta......
pd abg ngah, ct doakan agar cepat sembuh

azieazah said...

Setiap orang pasti akan dipilih untuk duji diduga..
Setiap orang pasti akan ada kisah sedih pahit wpun cuma secebis...

Tapi itu semua menjadi peringatan dan panduan, bahawa kita ni cuma manusia biasa. Jangan leka alpa.

Betul, pandang depan dengan optimis dan positif.

Moga sentiasa ceria, sejahtera berbahagia selamanya.

Kunci utama: SABAR.

Unknown said...

smoga suami akak akan sihat seperti sebelumnya~

norhidana said...

selamat hari lahir kak... moga akak bahagia selalu

moga akak tabah menghadapi apa jua rintangan ye bersama suami akak...

Mat Gebu said...

Selamat hari lahir utk puan ayu..dan anda memang seorang wanita yang tabah..dan tidak mudah mengalah...saya kagum.

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

selamat hari lahir..
semoga suami pn ayu sembuh dan tabah selalu

Unknown said...

adik--
berkongsi cerita dimasa dalam keadaan sedih pasti akan membuatkan situasi jadi mendung,.alhamdullilah..syukur diberi peluang olehnya menatap wajah abang ngah...


kak azie--
terima kasih atas setiap kata-kata semangat oleh kak azie...
alhamdullilah..


alinac--
syukur..sangat, semoga satu hari abang akan seperti dahulu...insyallah


dana--
terima kasih dana (geng blog kiranya awak yang pertama wish tau...)
amin..semoga kak setabah dan seteguh seperti kamu juga


cik mat gebu--
terima kasih cik mat, saya wanita biasa...mungkin ujian ini saya tak kalah untuk berjuang..
doakan saya sentiasa menjadi isteri dan anak yang solehah


mama JnJ--
terima kasih..
alhamdullilah..semangatnya kuat...insyallah..jika ada perkembangan ke arah kebaikan..saya akan post entry tersebut

Sis Lin said...

tahniah bt ayu..
di hari kelahiran mu msh dpt lg di sambut bersama dgn org2 yg trsayang...
sis bangga dgn mu dear... :)

azzey said...

Siti Ruhayu: setiapkali saya baca luahan hati aka ttg ur hubby....setiap kali itu juga insyaallah sy doakan dia akan pulih sepenuhnya spt sediakala....(walaupun saya tak tau sgt citer & mslh sebenarnya)

eija_sweetmama said...

pengorbanan isteri x ternilai harganya..moga terus bahagia n en. zalie cepat sembuh ye especially dgn sokongan dan kekuatan yg ayu berikan pada suami tersyg..

Unknown said...

semoga ayu akan terus tabah menghadapi segala ujian drNya....