Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 28, 2010

Majlis bertandang/sambut menantu/Undur

Majlis bertandang/sambut menantu dan Undur

Alhamdullilah….syukur malam ini aku bertenaga nak bercerita dengan kalian…

Jom aku kongsi kisah sambut menantu di kampong Merchong Jaya, pekan, Pahang.

Ahli peserta yang terlibat adalah keluarga pengantin perempuan, ahli keluarga dan sanak saudara .Jua, ahli blok 10, felda Tenggaroh

Jam 9.30 pagi

Bergerak ke kampong merchong, 7 biji kenderaan berkonvoi bersama-sama..oleh kerana berlaku sedikit masalah. 3 biji kereta bergerak lambat (termasuk kereta pengantin)..biasalah pengantin nak sapu bedak dan pakai bulu paslu….punyalah berjam-jam….sabor jerlah…



11.00 pagi

Berkumpul di persimpangan rehat Muadzam Shah..kami sempat makan bekalan yang ibunda bekalkan..mee Hoon goreng, kuih muih dan minuman..

AKU?...lapar gile, terasa lapar semasa sampai ke mersing, teringat kisah silam….(aku dan dia, walah..)…

Terus terkam makanan…sempat shopping dengan umai, posing depan kamera dengan pengantin perempuan dan sepupu-sepupuku..

11.30 Pagi

Pengantin lelaki sampai ke kawasan rehat muadzam Shah,rupa-rupanya kawasan rehat muadzam shah dekat dengan perkampungan kampong Merchong jaya, Pekan

11.55 pagi-

Sampai ke rumah persinggahan di kampong merchong jaya….punyalah cun view kampong adik iparku….ada laut tu!!!! Umai nak terjun okey tak??????? hehehehehhe

AKU? Bangga beb, dapat sampai ke destinasi kawasan Pahang dengan selamat dan berhemah, inilah pengalaman pertamaku memandu pada jarak yang jauh, sebelum ini kalau kemana-mana mesti bertukar-tukar memandu dengan en Zalie

***********************************************


Asalnya, kami dah diberitahu…tiada rumah persinggahan ataupun majlis besar-besaran….namun, alhamdullilah…kami dilayan bak raja….dapatlah kami melayan sungai dan pantai dikawasan berhampiran…

Kalau nak memancing ikan dapat pun boleh…..

(psst…..dapat ikan pekasam yang masih panas, dari kuali)….family adik iparku hidangkan untukku…pertama kali aku dapat rasa, kata adik aku..mulanya malu nak keluarkan, bila aku dengan muka tak tahu malu tanya mana ikan pekasam???..depa terus goreng…….wow selera sungguh makan nasi putih dengan lauk pauk kampung…

Kalau di johor, hanya dapat makan nasi minyak atau beriani…kalau ada nasi putih, lauk pauk dah tak kena….

Seronok sangat majlis bertandang ke Pahang...terima kasih kepada ahli keluarga adik iparku, jua sanak saudaranya yang terlibat secara langsung atau tidak ….. layanan kamu memang terbaik…



PS: insyallah…ada jodoh dan masa terluang..nak BBQ di pantai kampong adik iparku………….layan ikan segar, apa salahnya…

12 ulasan:

Nur Azila Ismail said...

manis nye pengantin :)

aNa d'sKoDenG said...

wah..best tuh kalo leh bbq..makan ikan segar...

ynn said...

juin sini jap...;d

azieazah said...

Amboiii berserinya pengantin. Manis betullah adik ipar AYU tu, padan berdua.

Seronoknya bertandang ke kampung orang, lihat tempat yg indah, makan yg sedap wpun hanya lauk kampung, tapi itulah pengikat mesra...

Unknown said...

azila--
itulah seri pengantin..saat diijabkabulkan..memang saat mendebarkan..

indah..terasa terawang2...

psst: tak apa,.awak kejar kejayaan...pasti awak mencapai bintang

Unknown said...

ana--
insyallah...teringin nak makan ikan laut yang fresh..sure manis..

Unknown said...

rieyana--
salam ziarah, terima kasih bertandang

Unknown said...

salam kak azie

itulah kak..bukan main happy lagi ayu hari bertandang tu...

alhamdullilah..syukur dapat biras yang segak, dan baik hati..sejuk hati bila ada adik yang rajin dan memahami

Yatie said...

Salam Ayu,
Syukur alhamdulillah.... semuanya selamat dan majlis berjln lancar...tahniah Ayu dpt adik ipar...

Unknown said...

salam kak yatie

syukur..
sama-sama kak...bertambah bilangan ahli keluarga ayu..

azzey said...

Siti Ruhayu: Sweetnya!

Unknown said...

azzey--
terima kasih