Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 14, 2010

Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun

Raja Farah dan Megat Bashirun dinikahkan pada 12 November 2010, Jumaat, di Tropika, Bukit Jelutong. - Foto oleh BRIAN MOH

BUKIT JELUTONG: Bagaikan suatu keajaiban yang besar dirasai oleh pasangan pengantin baru, Raja Farah Raja Aziz, 22, dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, setelah selesai diijabkabulkan.

Pasangan ini dinikahkan pada 12 November 2010, Jumaat, di Tropika, di sini. Sebelah malamnya, keluarga pengantin perempuan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan puteri tunggal daripada empat beradik itu.

Biarpun semuanya dilalui dalam masa yang singkat, namun majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

Bayangkan, perkenalan Farah dan Megat bermula pada Februari tahun ini dan selepas lapan bulan pasangan ini mengambil keputusan untuk diijabkabulkan. Lantas mereka terus membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Puasa lalu.

Walaupun terburu-buru, Farah agak bernasib baik kerana mendapat banyak tajaan daripada beberapa pihak seperti pelamin, dekorasi dan gubahan hantaran daripada Reka Teemor, Photo Signature (gambar), Inai, Daya Warisan Collection (kain batik untuk pengiring hantaran) dan Syahrir Nurdin (pakaian akad nikah dan majlis kesyukuran).


Farah dan Megat mengenakan dua persalinan iaitu berkonsepkan tradisional Melayu dan Inggeris moden.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Tarikh perkahwinan ini juga seperti telah ditetapkan oleh-Nya. Selain itu kami memilih hari ini sebagai simbolik urutan nombor yang begitu cantik iaitu 12/11/10.

“Seperti yang diketahui, kami juga mengejar hari sebelum tiba Hari Raya Haji kerana Megat berniat untuk membawa saya pulang ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan pada perayaan itu nanti,” kata Farah yang mengambil cuti selama tiga hingga empat hari pada Hari Raya Haji ini.

Farah dan Megat memilih untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada awal tahun depan bagi kedua-dua belah pihak di Kuala Lumpur.

Selepas berkahwin, Farah dan Megat akan tinggal di rumah keluarga Farah di Tropika, di sini, buat sementara waktu mereka mencari rumah sendiri.

“Saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri daripada ibu seperti memasak dan cara menjaga hati suami,” kata Farah.

Menyentuh tentang karier, Farah akan meneruskan karier seninya seperti biasa tetapi lebih merujuk watak lakonannya kepada suami.

Mempelai bersama-sama keluarga Farah.

“Saya akan kurangkan watak antagonis seperti perempuan gedik. Kalau ada pihak yang menawarkan suami saya berlakon sama-sama, kami akan pertimbangkan. Jika bersesuaian dengan skrip, apa salahnya. Tetapi buat masa ini, biar saya sahaja yang menceburi bidang ini.

“Pada masa akan datang, kita belum tahu jadi saya tak berani nak cakap bagaimana,” ulas Farah yang akan menyambung semula penggambaran drama rantaian Kau & Aku 2 pada 14 November ini.

Sementara Megat menganggap perkahwinan di usia muda bukan menjadi suatu isu besar buat mereka kerana apabila sudah sampai jodoh, lebih baik ia dipercepatkan.

“Keserasian antara satu sama lain menguatkan perasaan kami untuk cepat-cepat berkahwin. Mungkin orang kata kami belum cukup mengenali hati budi masing-masing, tetapi terus-terang, kami bersedia untuk menempuhi apa sahaja dugaan yang akan dilalui selepas ini,” ujar Megat.

Siapa sangka, rupa-rupanya dalam diam Megat sebenarnya amat meminati lakonan Farah terutama menerusi drama Intan Asmara.

“Saya memang minat Farah sebab dia boleh lakonkan watak yang membuatkan orang benci kepadanya. Apabila saya mengenalinya, saya dapati dia berlainan daripada lakonannya. Kiranya dia benar-benar pandai berlakon.

Giliran bergambar dengan keluarga Megat.

“Selain itu, saya tertarik dengan sikapnya yang manja, penyayang, senang dengar kata, bertanggungjawab dan memiliki sifat seorang isteri yang saya inginkan,” tutur anak sulung daripada tujuh beradik ini yang bekerja dalam perniagaan melibatkan bidang korporat milik bapanya, Datuk Zakaria Ibrahim.

Sementara Farah pula menyenangi sikap romantik, kuat agama, penyayang dan memahami yang dimiliki oleh Megat.

Pasangan yang pernah dilanda gosip hamil anak luar nikah ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah dan Pulau Raja Ampat, Indonesia.

Mereka menyerahkan kepada kuasa Allah untuk menetapkan rezeki anak dan sebolehnya mereka merancang memiliki tidak lebih daripada empat orang anak. Kebetulan Farah juga mempunyai empat adik-beradik dan dia merupakan anak ketiga.




Kredit to mStar online






PS: tahniah kepada mempelai..semoga jodoh mereka berkekalan walaupun baru berkenalan…tak semestinya berkenalan bertahun-tahun di akhiri dengan ikatan perkahwinan….apa pun rasa suka dengan ikatan pernikahan mereka, sangat meriah majlis persandingan Raja Farah dan Megat...

11 ulasan:

IMANSHAH said...

wah terasa nak naik pelamin la

aNa d'sKoDenG said...

comel jek raja farah...



p/s: ayu..amik award kat blog ads ekkk

hanees said...

tq kak share citer psl farah tu...

Unknown said...

cikgu--
kalau majlis cikgu..kena lah jemput ayu sekeluarga..nak gak lihatcikgu dipelamin..heheheh

Unknown said...

ana--
mana urlnya...dah pi blog kamu..heheheh tak der lah

Unknown said...

hanisa--
sama-sama, terima kasih selalu singgah blog kak ayu

aNa d'sKoDenG said...

ayu..kat sini hah..heheh

http://adiyahana.blogspot.com/2010/11/menjawab-award.html

Unknown said...

okey ana--
ayu terjah

Unknown said...

lawa ek baju dia..~

Unknown said...

yong--
bestkan kalau artis..semua kena taja.,

Aliesha Kirana said...

sama cantik sama padan..heheeh..tahniah buat dorang berdua!