Kenal juga dengan arwah, maklumlah..arwah berniaga pasal malam, agak peramah….selain berniaga selipar crocs….di kawasan kejiranan aku….sering ke masjid berdekatan menunaikan solat fardhu….
Pasar malam dikawasan aku hanya di belakang citarasa rinduan, ada beberapa kali singgah ke tempat arwah berniaga…membelek selipar yang berkenan…
Dan selalu nampak pembunuh beliau (menantu sendiri), agak bengis……dan selalu nampak cengeh…kurus…maklumlah penagih tegar….kalau menantu arwah yang jaga, aku takkan singgah..sebab aku tak suka orang pemarah…
Hinggalah pagi tadi, semasa memasak masakkan tengahari….pelanggan asyik menceritakan tentang kisah arwah, meninggal petang semalam di Bandar tenggara…(15 minit dari kampungku ke Bandar tenggara)
Hanya, disebabkan menantu yang asyik bertengkar inginkan wang, sampai hati anak perempuan a.k.a isteri pembunuh asyik menyalahkan arwah sendiri….
Memang lah itu suami kita, memang lah itu kesayangan kita, dan memaglah `dia` bapa kepada anak kita…tapi, kalau dah membunuh??????
Alstafirullah………zalim sungguh hantu yang bertopengkan syaitan…….yang bernama manusia…semoga pembalasan sebesar-besar ganjaran…jika tidak didunia..diakhirat pasti, jom kita baca kisah tentang kematian arwah.......
CARI...polis mencari senjata digunakan dalam pembunuhan.
JOHOR BAHRU: “Jika semua orang sudah tidak sukakan kami lagi, minta ayah bagi RM500, kami akan pergi dari sini. Selepas ini, anggaplah ayah sudah tidak ada anak bernama Emelia lagi.” Begitu antara kandungan SMS dihantar seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai menjadi punca pergaduhan hingga mengakibatkan kematian bapanya.
Wanita itu menghantar SMS berkenaan kepada ibunya, Rohani Yacob, 45, sebelum dibaca bapanya, Armen Suardi, 53, menyebabkan lelaki terbabit bertengkar dan bergaduh dengan menantu mereka berusia 23 tahun sebelum warga emas itu mati ditikam dengan sebilah pisau Rambo.
Pergaduhan anak menantu itu berlaku di rumah mangsa di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara di sini, kelmarin.
Menceritakan tragedi berdarah itu, Rohani yang tiada di rumah ketika itu berkata, anak sulung daripada empat beradik itu sering bertengkar dengan bapanya, namun dia tidak menyangka pergaduhan kali terakhir kelmarin mengorbankan nyawa suaminya.
“Suami menelefon saya memaklumkan dia ditikam menantu di rumah. Suami kata dia ditikam di belakang kepala dan dada menggunakan pisau Rambo dan akan memandu sendiri van untuk membuat laporan di Balai Polis Bandar Tenggara,”
katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.
Menurutnya, dia yang ketika itu berada di bengkel membaiki kenderaan terus pulang ke rumah, tetapi suaminya sudah pergi ke balai polis.
Katanya, tidak tidak lama kemudian, arwah pulang ke rumah sebelum keluar semula dengan memandu van miliknya untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tenggara.
“Suami cedera parah berikutan tikaman pisau yang menembusi otaknya sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Kulai.
“Berikutan keadaannya yang semakin kritikal kira-kira jam 7 malam kelmarin, arwah dirujuk ke HSI sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, suami disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.20 pagi tadi (semalam),” katanya.
Jenazah mangsa dihantar kembali ke HSI untuk dibedah siasat.
Rohani berkata, lebih menyedihkan, ketika menunggu jenazah arwah dibedah siasat semalam, anak perempuannya, Emelia yang berusia 20 tahun itu masih sempat mengirimkan satu lagi SMS menafikan suaminya menikam bapanya, sebaliknya mendakwa arwah menikam diri sendiri.
“Arwah suami yang baik dan kami sekeluarga cukup sedih dengan kejadian itu, apatah lagi hari ini hari lahir arwah ke-54.
“Saya berharap pembunuh terbabit ditahan dan menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukannya,” katanya.
Menurutnya, hubungan anak dan menantunya dengan arwah suami agak dingin sejak bertahun lalu.
“Menantu tidak mempunyai pekerjaan tetap, malah kami yang membantu membeli barangan keperluan cucu yang berusia 10 bulan seperti susu dan sebagainya.
“Kami tidak sangka ini balasannya terhadap kebaikan kami kepada mereka selama ini,” katanya.
Kredit to metro online
11 ulasan:
kuang ajar gila anak dia..
anak x guna mcm tu la
muda2 nak kawen.pastu nyusah org..
sedey nya T__T
huhu memang tak mengenang budi betul..sedih je baca
yong--
sayang geram....kak memasak, sambil bergelinang airmata...
kedai runcit berdekatan, rupanya anak saudara arwah,...itu yang rasa makin dekat dengan kisah arwah..kesian sangat
cikgu--
yang paling tak puas hati anak arwah sendiri boleh auta cerita, mcm dia ada masa kejadian, nasib arwah bertindak cepat....lapor di balai polis bdr tenggara
Ooo dekat2 dgn rumah Ayu rupanya... hmm... biasa la bila dah "khayal" kan...mcm2 boleh dibuat..ngeri la tengok mat gian... nauzubilahiminzalik...moga Allah melindungi kita semua dari jumpa keadaan mcm ni dlm hidup kita.
kak MM
itulah, sedih bila dengar kisah akhir arwah...
susah kan kalau awalnya, arwah tak suka dgn menantu...dah anak suka, dikawinkan juga
akhirnya, begini kisah hujung nyawanya...
sedih betulkan...kene rasuk ke ape tu...
mintak jauhkan terjadi kat kite semua perkara2 mcm ni...
hehehe, mmg konpem bukan menantu tapi hantu
nauzubillah... neraka lah ko tmptnyer...
ada ke anak yg mcm tu perangai kak... astagfirullah... meremang bulu roma saya baca...
sampai hatinyer dia bt camtu kt mak bapak dia...
apa ke bodoh nk cover laki yg mmg tentu2 jahat... dasar bodoh bengap... geramnyer
ada ke ckp bapak dia tikam diri sndiri
tp mmg berpantang maut sebelum ajl lah arwah tu... siap blh gi balai polis, g klinik lg...
al fatihah semoga arwah ditempatkan bersama golongan yg disayangi ALLAH
Astagfirullah!!
zaman sudah berubah..
akhir zaman dah nie..
memang sah HANTU
gila!
Post a Comment