Aku ingin berkongsi maklumat yang kuperolehi dari sahabat FB>>>>
BILAKAH SEPATUTNYA BERPUASA SUNAT ARAFAH?
oleh Ustaz Hashim Al-Maranji pada pada 15hb November 2010 pukul 4.45 ptg
Saya ditanya oleh beberapa orang tentang bilakah sepatutnya kita di
Isu ini timbul bila penetapan wuquf oleh kerajaan saudi, 9 zulhijjah jatuh pd hari Isnin 15/11/2010, sedangkan mengikut rukyah dan falaq
Pertama:
Berpuasalah kamu sekalian apabila melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (akhiri bulan puasa) apabila kamu semua melihatnya (anak bulan). Hadis sahih riwayat Abu Hurairah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat Sahih Muslim no: 1080.
Kedua:
Puasa (Ramadhan) adalah hari kamu semua berpuasa dan Eid al-Fitri adalah hari kamu semua berbuka dan Eid al-Adha adalah hari di mana kamu semua menyembelih korban dan Arafah adalah hari yang kamu semua sedia maklum. Hadis daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh al-Shafi’e (al-Umm, 1/230) dan al-Baihaqi (al-Sunan al-Kubra – no: 9610) sebagaimana nukil al-Suyuti dalam Jamii’ al-Sagheir – no: 5891. Berkata al-Suyuti, hadis ini dha‘if kerana mursal (‘Atha’ tidak pernah bertemu dengan Rasulullah).
Al-Albani berkata ianya sahih sebagaimana dalam Sahih Jamii’ al-Sagheir – no: 4224. Saya berkata hal ini tidak benar, yang sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah bahagian pertama hadis: “Puasa (Ramadhan) adalah hari kalian semua berpuasa dan (Id) al-Fitri adalah hari kalian semua berbuka dan (Id) al-Adha adalah hari di mana kalian semua menyembelih kurban” sebagaimana takhrij al-Albani sendiri dalam Irwa’ al-Ghaleel – no: 905. Tambahan “Arafah adalah hari yang kalian semua sedia maklum” adalah tambahan dari ‘Atha’ sahaja.
Ketiga:
Dari Kuraib : Sesungguhnya Ummu Fadl binti Al-Haarits telah mengutusnya menemui Mu'awiyah di Syam. Berkata Kuraib: Lalu aku datang ke Syam, terus aku selesaikan semua keperluannya. Dan tampaklah oleh ku (bulan) Ramadhan, sedang aku masih di Syam, dan aku melihat hilal (Ramadhan) pada malam Juma'at. Kemudian aku datang ke Madinah pada akhir bulan (Ramadhan), lalu Abdullah bin Abbas bertanya ke padaku (tentang beberapa hal), kemudian ia menyebutkan tentang hilal, lalu ia bertanya: "Bila kamu melihat hilal (Ramadlan) ?. Aku menjawab: "Kami melihatnya pada malam Jum'at". Dia bertanya lagi: "Engkau melihatnya (sendiri) ?. Aku menjawab: "Ya ! Dan orang banyak juga melihatnya, lalu mereka puasa dan Mu'awiyah berpuasa". Ibn Abbas berkata: "Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka senantiasa kami berpuasa sampai kami sempurnakan tiga puluh hari, atau sampai kami melihat hilal (bulan Syawal)". Aku bertanya: "Apakah tidak cukup bagimu ru'yah (penglihatan) dan puasanya Mu'awiyah ? Ibn Abbas menjawab: "Tidak ! Begitulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan kepada kami.” Hadis sahih yang dikeluarkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 1087.
Daripada ketiga2 hadis ini timbul 3 pendapat:
Pendapat Pertama:
Mana-mana negara yang pertama kali menyaksikan hilal, maka Puasa dan Perayaan Id bagi seluruh umat Islam dimulai berdasarkan persaksian tersebut. Dengan teknologi masa kini persaksian di sebuah negara dapat diumumkan kepada seluruh umat Islam sedunia dalam masa kurang sejam sahaja. Pendapat pertama ini adalah berdasarkan hadis pertama yang bersifat umum, maka ia meliputi seluruh umat Islam tanpa kecuali.
Pendapat Kedua:
Puasa dan Perayaan Id ditentukan berdasarkan persaksian hilal di Makkah dan Madinah. Ini didasarkan kepada hadis kedua. Lebih dari itu, memandangkan Puasa Sunat Arafah adalah bersempena Wuquf di Arafah, maka hendaklah umat Islam seluruh dunia berpuasa sunat Arafah mengikut hari yang sama berlangsungnya wuquf di Arafah.
Pendapat Ketiga:
Puasa dan Perayaan Id ditentukan berdasarkan persaksian hilal di masing-masing negara. Diwaktu yang sama tidaklah persaksian di satu negara mempengaruhi negara yang lain. Ini adalah berdasarkan hadis ketiga.
Antara ketiga-tiga pendapat ini, perselisihan dapat dihilangkan jika kita mengaitkannya dengan hukum alam. Ketahuilah bahawa hukum alam dan hukum syari‘at berasal daripada pencipta yang sama, iaitu Allah ‘Azza wa Jalla. Adalah mustahil untuk dianggap bahawa Allah telah mencipta dua hukum yang saling bertentangan antara satu sama lain. Yang benar adalah kegagalan manusia untuk menyelaraskan antara dua hukum ini dengan baik. Allah telah mencipta bumi ini sebagai satu planet yang bulat dan berpusing. Allah juga telah mencipta sebuah bulan yang mengelilingi bumi ini mengikut orbit yang telah ditetapkan. Berpusingnya bumi pada paksinya dan beredarnya bulan pada orbitnya pasti akan menyebabkan anak bulan lahir pada waktu yang berbeza di tempat yang berbeza. Hal ini sedia diketahui oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka kerana itulah baginda memerintahkan – sebagaimana terang Ibn Abbas radiallahu ‘anhu – bahawa permulaan Puasa dan Perayaan Id adalah berdasarkan persaksian anak bulan di negara masing-masing.
Perintah Rasulullah ini menjadi pegangan generasi al-Salaf, sebagaimana terang Abu ‘Isa al-Tirmizi setelah mengemukakan hadis di atas dalam kitabnya: “Pengamalan terhadap hadis ini menurut ahli ilmu adalah setiap ahli negara mengikut rukyah (persaksian anak bulan) mereka sendiri.” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir, Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld 3, ms 49 (Kitab Puasa, Bab ke 9: Menerangkan bahawa setiap negara mengikut rukyah (persaksian anak bulan) mereka sendiri). Bagi edisi terjemahan, (Victory Agencie, Kuala Lumpur 1993), lihat jld 2, ms 13-15.]
Hadis ketiga ini tidak bercanggah dengan hadis yang pertama. Penyelarasan dapat dilakukan denganmeletakkan hadis yang pertama di bawah hadis yang ketiga ini. Yakni keumuman hadis pertama sebenarnya adalah terhadap kepada penduduk sesebuah negara sahaja. Demikian juga hadis yang kedua, keumuman “kalian semua” merujuk kepada penduduk sesebuah negara dan tiadalah ia umum kepada seluruh umat Islam sedunia. Analisa ke atas pendapat pertama dan kedua: Diketahui bahawa sebahagian tokoh Islam telah mengemukakan pendapat yang pertama dan kedua di atas sebagai pegangan mereka.
Para tokoh ini sedia kita hormati namun diwaktu yang sama tidaklah bererti kita tidak boleh menganalisa dan mengkaji semula pendapat mereka. Berikut analisa dan ulasan ke atas pendapat mereka:
Pendapat pertama: Mana-mana negara yang pertama kali menyaksikan hilal, maka Puasa dan Perayaan Id bagi seluruh umat Islam dimulai berdasarkan persaksian tersebut. Dengan teknologi masa kini persaksian di sebuah negara dapat diumumkan kepada seluruh umat Islam sedunia dalam masa kurang sejam sahaja. Pendapat pertama ini adalah berdasarkan hadis pertama yang bersifat umum, maka ia meliputi seluruh umat Islam tanpa kecuali.
Analisa: Bulan mengeliling bumi dalam orbit yang telah ditetapkan Allah tanpa henti atau terpesong. Perjalanan bulan yang mengelilingi bumi akan menyebabkan di setiap saat, di setiap ketika, akan ada orang dan negara yang sentiasa menjadi yang pertama melihat kelahiran anak bulan. Dengan itu juga, tidak akan ada satu negara yang dapat mendakwa bahawa dialah yang pertama melihat anak bulan kerana negara di sebelahnya akan mendakwa yang sama juga, demikian seterusnya kepada negara-negara yang lain.Oleh itu pendapat yang pertama ini tidak mungkin akan tercapai kerana realitinya tidak ada negara yang benar-benar boleh mendakwa bahawa dialah yang pertama melihat kelahiran anak bulan.
Pendapat kedua: Memandangkan Puasa Sunat Arafah adalah bersempena Wuquf di Arafah, maka hendaklah umat Islam seluruh dunia berpuasa sunat Arafah mengikut hari yang sama berlangsungnya wuquf di Arafah.
Analisa: Jika hendak disamakan antara wuquf di Arafah dan puasa di tempat selain Arafah, maka kenapakan persamaan tersebut hanya dari sudut “hari” dan tidak dari sudut waktunya ? Yakni hendaklah seseorang itu juga berpuasa mengikut waktu Subuh dan Maghrib bagi Arafah. Hal ini pasti membingungkan kerana wujud perbezaan waktu Subuh/Maghrib bagi tempat-tempat yang berlainan. Hal ini ditambahi lagi dengan faktor zon masa bagi tiap-tiap negara. Hakikatnya jika kita berpuasa di Malaysia mengikut hilal yang disaksikan di Saudi, kita tetap tidak akan dapat melakukannya secara tepat bersempena wuquf di Arafah melainkan sebahagian sahaja. Kini bayangkan pula negara yang beza zon waktu adalah 9 hingga 12 jam daripada Arafah. Bagaimana sekalipun mereka berusaha, mereka tidak akan dapat berpuasa di tempat mereka bersempena wuquf di Arafah. Saya beri contoh, beza waktu antara Kuala Lumpur dan New York ialah 12 jam. Jika kita di sini jam 6 pagi, mereka di sana jam 6 petang. Katakanlah pula Padang Arafah letaknya di Kuala Lumpur. Jika waktu Subuh ialah 6 pagi dan Maghrib ialah 7.30 petang, maka untuk orang Islam di New York berpuasa agar bersempena wuquf di Kuala Lumpur, mereka perlu berpuasa di malam hari. Jika mereka berpuasa di siang hari, ia perlu dilakukan pada siang sebelum malam tersebut atau siang selepas malam tersebut. Yang mana satu jua, ia tetap tidak akan bersempena dengan wuquf di Kuala Lumpur. Demikian sekadar contoh. Oleh itu secara realitinya seseorang itu tidak akan mampu berpuasa bersempena wuquf di Arafah melainkan dia berada di Padang Arafah sendiri. Demikian analisa saya.
Justeru kita sewajarnya berpegang kepada pendapat yang ketiga kerana ia bertepatan dengan nas syari’at dan bertepatan dengan hukum alam.
Merujuk kepada soalan di awal artikel, saya bersetuju dengan para ulama' di Malaysia dan juga pandangan Dr. Azhar iaitu kita di Malaysia berpuasa mengikut persaksian anak bulan di Malaysia dan bukannya Arab Saudi. Ada juga yang berkata, seluruh umat Islam berpuasa bersama-sama demi menjaga kesatuan umat. Saya berkata, kesatuan sebegini menyalahi nas. Kesatuan dalam berpuasa dan perayaan Id adalah umat di setiap negara berpuasa mengikut persaksian hilal di negara masing-masing. Umat di sesebuah negara jangan berpecah dalam penentuan puasa dan perayaan Id. Jika diidamkan kesatuan umat seluruh dunia, MAKA YANG DIPERINTAH OLEH NAS ialah umat bersatu dalam berjihad membela rakyat Patani, Afghanistan, Palestin, Iraq dan lain-lain yang ditindas oleh tentera kufar.
Wallahu a'lam
9 ulasan:
jom puasa!..slmt hari raya aidiladha~
terima kasih atas info ni.. ramai yang keliru kat sekolah tadi dan ada juga yang sedih bila ada yang kata dah terlepas..
agak2 kalau kita nak solat tunggu orang azan di surau belakang rumah kita atau azan kat mekah yer? dah tentu tempat di mana kita menetap dan bermastautin kan. begitu juga dengan perkiraan melihat anak bulan.
eh dah tukar gambar header baru!
terima kasih ye dgn info ni...
Selamat hari Raya Eid Adha..
Siti Ruhayu: Dah tukar header baru ek? slmt hr raya aidil adha ye!
tq utk info tuh kak....
kak, lawo namak header baru.. nyeh3...
selamat hari raya aidil adha kak
salam ayu...
"biskut cinta ayu" ada di blog DTS..sepesel tu utk ayu dan en zalie...ehem ehem..hehe, selamat hari raya...
iye.. kita puasa hari ni.. insyaAllah.. :) selamat hari raya kak..
Post a Comment