Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, November 5, 2010

Zed Zaidi Digelar Suka Kencing Malam


PETALING JAYA: Biarpun telefilem Ngompol sudah disiarkan pada September lalu, namun kesan yang ditinggalkan amat mendalam kepada pelakon utamanya, Zed Zaidi Jamil (gambar).

Ceritanya berkisar tentang Jim atau nama jawanya Wagiman, seorang pelakon lelaki popular.

Jim bukan sahaja mempunyai personaliti yang menarik dan kacak, malah dia mempunyai jutaan peminat di seluruh Malaysia.

Namun begitu, Jim menyembunyikan satu rahsia yang amat besar dalam hidupnya yang cuma diketahui oleh ahli keluarganya iaitu dia mempunyai penyakit kencing malam yang kronik.

Kata Zed, selepas telefilem tersebut disiarkan di Astro Ria, ramai orang yang mengejeknya suka kencing malam.

Melalui telefilem itu juga, dia akui orang semakin yakin bahawa dia sebenarnya mampu berlakon dalam cerita dan watak berunsur komedi.

“Sekarang, saya banyak berlakon watak komedi dan orang sudah nampak saya boleh buat lawak. Selain berlakon watak serius, romantik dan aksi, saya pun boleh buat lawak.

“Misalnya, saya ditawar berlakon watak komedi dalam filem Cuti-Cuti Cinta. Selain itu, saya turut berlakon sebagai pak lawak dalam drama Dollah Hapak dan Along Gedebe untuk Astro Prima,” katanya kepada mStar Online.

Zed yakin dengan percubaan melakonkan watak komedi itu sedikit-sebanyak menunjukkan dia seorang yang versatil.

Berbanding cerita cinta, juara Hero Remaja 2001/2002 itu akui lebih mudah melakonkan cerita komedi.

“Saya susah nak hayati watak dalam cerita cinta kerana saya perlu menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan memberikan kata-kata yang manis. Saya bimbang sekiranya penonton merasakan saya tidak betul-betul romantik dan gagal menyampaikan seperti yang diinginkan.

“Begitu juga dengan watak dalam cerita berunsurkan keagamaan, saya rasa agak sukar berlakon dalam cerita seperti itu. Pada saya, watak komedi lebih relaks dan ia tidak membuatkan saya tertekan,” ujarnya lagi.

Kredit to mStar online




PS: memang melucukan layan drama ini petang tadi di astro, dengan lawak bersahaja mak JIM….(lakonan rumiah sidek)…hebat mak jim 100% berbahasa jawa… I love jawa riot..

tapi terkilan juga sebab salah sangka eding diakhir drama..sungguh sedih bila anggapanku salah belaka..…

6 ulasan:

Unknown said...

hehe.kak jemput join give away saya

http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html

Lelord said...

uwaaa ne leh tgk citer2 camni

Sharinginfoz said...

macam2 gelaran kan

Pala Maldini said...

aisey.. macam best je.. ada ulangan tak ?

azieazah said...

Ye lah.. ending yang unpredictable.

wakakakaka.

Tapi kalu si Zed Zaidi berlakun citer keagamaan pun ok gak. sebab dia pun memang seorang lelaki yang alim jugak, kan?

azzey said...

Siti Ruhayu: tgk juga citer ni....hi3....ingatkan ape le maksudnya....