Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, November 19, 2010

update lagi- Pakatan Ahli Blok

Assalamualaikum.

Pakatan, berjalan dengan selancarnya…24 keluarga, ibubapa ahli blok 10 sedang menguruskan dan melancarkan urusan majlis perkahwinan agar berjalan dengan lancar..

Terpapar di riak muka mereka…kepenatan..namun masih boleh berbual dan bersenda gurau akllumlah..apabila majlis perkahwinan anak buah mereka berjalan…merekalah bertungkus lumus menyempurnakan majlis…

Kaum bapa sedang menghadap berkilo-kilo ayam, daging lembu, kambing dan pelbagai lagi bahan mentah dikerjakan oleh mereka, bekerjasama adalah sangat penting selain mewujudkan suasana hormani..

Manakala kaum ibu, mengopek bawang-bawang, dan menyiapkan makanan tengahari untuk para ahli blok 10 makan bersama-sama

Hari ini, menu tengahari adalah..

  1. asam pedas ikan mayong
  2. ayam masak kari
  3. ikan masin
  4. sambal belacan
  5. urap pucuk ubi

*maaf gambar tidak dapat diuploadkan bersama, kerana menghadapi masalah broadband…

**pakatan:merupakan sebuah bentuk gotong royong, kerjasama dan perpaduan ahli-ahli blok untuk melancarkan sesebuah majlis. Selalu diamalkan oleh penduduk felda mahupun kampung

4 ulasan:

Unknown said...

waaa..semngat mau adaa!!!

My Little Diary said...

salam,
semoga berpanjangan aktiviti murni ini


entry terbaru"mencari jalan pulang"

kella said...

semangat kejiranan.. semangat satu pasukan.. :)

azzey said...

Siti Ruhayu: Mmg klu kat kpg broadband selalu meroyan!