Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, November 29, 2010

Katakan TIDAK pada PAMPERS



Assalamualaikum….sibuk gile jadualku hari ini…

Selain menguruskan citarasa rinduan…aku telah menyempurnakan misi utama iaitu katakan tidak pada pampers.

Bukan aku atau en zalie yer!!!..ini untuk si cilik anakku Nur Umairah…sejak umai bersekolah pada bulan January 2010…aku dah pasang niat, dah tiba masanya umai tak memakai pampers…

Oleh kerana tiap-tiap hari aku di citarasa rinduan..agak sukar nak ulang alik ke rumah memerhatikan umai….

Akibatnya hari-hari umai asyik terkucil….ada satu hari tu…aku jaga umai elok-elok, dalam tak sedar..umai terlepas di atas karpet…punyalah penat basuh karpet…berat ko….

Bila baca blog mama najlaa a.k.a kak lelord dan si cilik batrice anak kepada blogger zana, seronok juga mereka dah berjaya tidak memakai pampers.. itu yang semangatku semakin berkobar-kobar

Akhirnya….selepas majlis kenduri adik dah selesai, en zalie pun semakin sembuh…aku rasa inilah waktu dan ketikanya..

Alhamdullilah, umai dah pandai minta izin…dalam jam 11 pagi sehingga jam 3 petang, umai buang air di tempat yang betul…seronok sangat lihat dia semakin faham rutin yang sebenar-sebenarnya

TAHNIAH umai……..

PS: tengah tunggu waktu `BO` (ini bahasa hospital ya) bahasa kita-kita buang air besar…harap-harap tak terkucil seperti selalu….selamat berjaya anakku..


9 ulasan:

ynn said...

cayok...cayok...;D

Unknown said...

hehe

semoga umai xcpt dewasa :)

Unknown said...

ynn--
suka sangat...tadi dalam jam 8.45 malam..dia dah BO....suka2..ehhe

Unknown said...

yong--
hahahah...kalau kecik comel jerkan..dah besor comot..

ISZA said...

salam ayu,
saya pula.. bila anak nak masuk dua tahun saya dah mula ajar ke tandas dan tak pakaikan pampers.. alhamdulillah.. selalunya saya guna masa cuti sekolah hujung tahun untuk mendidik anak-anak saya..
bila buka sekolah.. dah pandai dah buang air sendiri..

Unknown said...

salam cikgu isza

itulah...saya nie nak dikatakan 24 jam dengan citarasa rinduan.

puas gak cuti jumaat cuba..hasilnya. bila neneknya yang jaga..pampers juga..

alhamdullilah..akhirnya berjaya..tadi buang air besar di toilet...lega rasanya..

aNa d'sKoDenG said...

yeah...umai dah pandai cakap nak tensheng..nak yak...
tahniah buat umai..tahniah gak buat mama umai...wahhh..jimat pas neh



ayu..
sila amik tag kat sini yer.. heheheh

http://adiyahana.blogspot.com/2010/11/cuti-cuti-sekolah-giveaway.html

Unknown said...

ana--
umai dah pandai berkata-kata dengan jelas masa berumur 2 tahun..

tapi masalahnya..kak tak ada masa nak jaga beliau.

wow..tag eik...okey2 kak ayu pi tempat kamu.
terima kasih ya

azzey said...

Siti Ruhayu: Nk mulakan tu je yg suah....dah lama2 okay tu.....