Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, November 5, 2010

aku tak pandai masak..............


Aku salsema dan deman…tadi ada seorang sahabat pm di fb..suruh aku rehat, suruh aku beli aje makanan luar…jangan susahkan diri

Aku balas pm beliau…ucapkan terima kasih..tapi aku lebih suka ahli keluarga makan air tanganku…biar hubungan keluarga kami rapat….biar harmoni…

Dibalas lagi…kenapa?....ooo…tukang masak eik? Tak suka makan makanan kedai lain..

Eik, terkejut dengan katanya…mungkin beliau bergurau..tapi,,,inginku nyatakan…aku tak pandai memasak…aku baru pandai memasak bila duduk bersama keluarga en zalie,..

Kalau aku belum berkawin sudah tentu aku hanya pandai masak yang sederhana…maklumlah…aku kerja di kolej swasta…pegawai akaun…hanya pandai pegang akaun dan kokulator…

Bila dah mendirikan rumahtangga…baru keluarga en zalie pujuk aku berhenti kerja. Kawin dengan anak tunggal…ibu en zalie pun kurang sihat…itu yang ambil keputusan nak belajar segala ilmu beliau…

Alhamdullilah… 8 tahun aku gunakan kepakaran ibu mertua…ilmu yang beliau aku guna pakai..lagilah ibu kata, air tanganku menyelerakan…bangga juga bila dipuji sedemikian..lagilah customer citarasa rinduan tak tahu yang ibu dah 8 tahun tak memasak….menantu yang satu inilah yang teruskan perjuangan..

PS: ingat lagi ibu pernah berkata….suka perangai aku…walau aku memasak, tapi kalau ada kenduri dan yasin, segala makanan aku bawa pulang…bukan jenis yang tak suka makan air tangan orang,,opsss….aku memang tak kisah….

10 ulasan:

Kalamhati said...

whaa tabik ngan sis!..=)

IMANSHAH said...

haha saya suka kalau dapat awek yg pandai masak

Sharinginfoz said...

makan aja le apa yang ada kan

ISZA said...

petua nak pandai masak..
rajin2lah memasak..
:D

azzey said...

Siti Ruhayu: sedap je sy tgk menu2 tu. pandai le tu.......:)

aNa d'sKoDenG said...

moga ayu cepat sembuh ~!!!!!

Unknown said...

kalamhati--
jangan puji sangat...kita memasak sebab dah rezeki agaknya kita dibidang perniagaan makanan..
alhamdullilah.,.,customer citarasa rinduan tak lari..makin tambah hari ke hari..


cikgu--
wah..kena uji tu...masa kak br bertunang, en zalie selalu uji...malu tapi kena gak tunjuk skill..rupanya dapat suami yang familynya berniaga..amin


sharinginfoz--
menu kena ganti2..nnti pelanggan tak lari



cikgu--
setuju....kalau satu hari bermacam-macam jenis masakkakns aya masak...agar pelbagai dan menepati selera pelanggan...



azzey--
inikan lauk kalau dirumah...ringkas dan padat..tamo masak yang berat2 dah bosan menghadap ayam dan ikan.


ana--
terima kasih my laling...

eelobor said...

bila la ada masa nak singgah ke citarasa rinduan

Unknown said...

eelobor..

singgah jgn tak singgah,,hehehe

norinaomar said...

ramai orang yang pandai masak taknak mengaku dirinya pandai masak..
sedap atau tidak tu adalah subjektif,ikut selera masing2..yang penting masak kena ikhlas,penuh kasih sayang dan gembira,kan kan?