CITARASA RINDUAN

Saturday, November 6, 2010

Kalau tak aku dah arwah.....................

Sedia maklum aku salsema dah 2 hari….bila makan ubat panadol memang tak jalan…masih lagi kepala sakit dan salsema tak henti,…..

Pagi dicitarasa rinduan, aku tak berapa selesa menguruskan pekerjaan…al maklum…bila tak berapa sihat…segala pekerjaan agak lambat dan tak teratur…

Selepas menyiapkan segala lauk pauk tengahari…dan menyediakan menu sihat untuk en zalie…aku meneruskan kerja di bahagian cashier pula…

Petang, customer dah mula berkurangan . Aku dah mula merehatkan diri….bukan aku tak nak ke klinik atau malas nak mendapatkan khidmat ubatan dari doctor bertauliah…Tapi, kerana cuti deepavali, klinik yang selalu aku pergi tutup….aku tak berapa serasi dengan klinik yang lain.

Lagilah simpanan ubat salsema dah kehabisan…

Aku minta pandangan pekerja citarasa rinduan…ubat apa yang boleh melegakan sakitku ini?..

Diorang kata ada pil yang dijual disebelah citarasa rinduan…(kedai runcit). RM 0.50 sebiji…makan 2 biji, insyallah…pasti sembuh dengan segera

Oleh kerana dah sakit sangat, hidung pun meleleh tak henti-henti aku makan juga ubat tersebut….(buatan Malaysia, bukan pil luar Negara), lagilah mak saudara aku yang jual ubat tersebut…kiranya aku percayalah ubat nie tak akan menimbulkan effect pada tubuh badan aku

Akhirnya…dari jam 5 petang-10 malam…aku tak bangun-bangun…tak sedar kan diri….en zalie mengejutkan aku berkali-kali…tapi aku tak kalih sana sini….

Rupanya ubat tersebut mengakibatkan aku tidur tanpa sedarkan diri.. ya allah…kalau tak aku dah arwah……

PS: syukur aku dah bangun dari tidur, menguruskan keperluan tersayang walau ada sisa kantuk………………subhanallah..

17 ulasan:

imanshah said...

salam kak ayu

patut senyap je hari ni

semoga cepat sembuh

Mat Gebu said...

Kus smangat...haha, ko pun ayu..moga cepat sembuh yea..

azieazah said...

Semoga menjadi pengajaran dan peringatan lain kali..

kalu jadi apa-apa, tak pasal2 lak ada orang kena saman...

aeinio said...

huihhhss sib baik takde apa2.. jaga diri bebaik ayu..

cikgu isza said...

kalau ada kesan lagi jangan biarkan..
selalu ubat selsema memang begitu tapi tak tahu pula kalau kesannya lama sangat..

jaga kesihatan..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Klu jumpa doktor pun diorg akan tanya nak ubat yg jenis mengantuk atau sebaliknya. Dah.. lain kali Ayu gi klinik je...tak nak beli sembarang2 lg.

Kalamhati said...

huhu jaga kesihatan kak..jangan makan ubat sembarangan..risau plak saya

Lelord said...

darling g kinik tau

aNa d'sKoDenG said...

ishh..seram jek ayu ni taw...
sok g kenek okehh....get well soon

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu--
salam...saya memang blogging malam sahaja..hanya malam nie agak lewat..itulah kes tidur yang agak tak sedar gitu...alhamdullilah..akhirnya sembuh juga...


cik mat--
heheheheeh...terima kasih yer atas doa cik mat tu



kak azie--
itulah, wajib kongsi pengalaman ayu nie..


aeinio--
itulah, kalau tak..sedar2 kat hospital jer...memang mengantuk sangat


cikgu--
saya pun tak sedar sampai en zalie kata..dari citarasa rinduan..saya bolhe bawa motor sampai rumah..sambung balik tidur..dia pun risau sampai lapkan air kat muka...
saya takkan nak makan ubat tu lagi..ajer jadi kes lain nanti.


kalam hati--
terima kasih yer...


kak lelord--
insyallah esok saya ke klinik...


ana--
yer...sangat bahaya kes ayu nie..
terima kasih yer...insyallah esok siap memasak akan ayu ke klinik...
tq yer

syafiqbakhari said...

ishh ..seram bace title post ni .. hehe .. alhamdulillah kan ..

kak , thnks ek sebab prihatin psl blog efy :) ..
maybe post tu je efy kecikkan font .. sebab entry panjang sangat ..
btw , thanks aw

CuteOven said...

salam ayu semuga cepat sembuh begitu juga dgn en zalie semuga cepat pulih...dn tidak lupa pada umai jgn nakal2

CT said...

Hahahaha...pingsan kejap tu...

K.Nor said...

kesiannyer ayu, moga cepat sembuh ya

eelobor said...

alamak, berani nyer dia makan cam gitu jer. kekadang memang betul ubat tuh elok dgn org lain, tp tak sesuai dgn darah kita. harap lain kali baik ke klinik yer sis...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

shafiq--
nice blog...adeh..kenen nak jadi adik ipor eik...kena pandai masak mcm mak gebu baru lulus tau..hehehe


cute oven--
mama...salam tengahari..terima kasih yer mama ats doa-doamu itu


kak ct--
heheheheeh.....penangan ubat gitu


kak nor--
hidung nie meleleh jer....risau lah kak


eelobor--
alhamdullilah..dah ke klinik...klinik tu pun baru beroperasi hari nie..harap-harap sembuh lah cepat..dah geram nak mengemas dan membasuh..

azzey said...

Siti Ruhayu: nasib baik x de apa 2 yg buruk berlaku. lain kali lebh berhati2 ye klu nak ambil @ beli ubat. Nyawa x boleh ditukar ganti Ayu...